ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Bahas Mood
    Monday, March 23, 2009
    Bahas Mood
    Assalamualaikum warohmatullahi wa barokatuh
    Alhamdulillah wassolatu was salam 3ala Saidina Rosulillah wa 3ala alihi wa man walah.
    Erm..dah lama agak nya ku tak meng"update" blog ni.Rasanya jawapannya seperti biasa lah.Sibuk..sibuk..sibuk..Tahun akhir ni aku terpaksa menyiapkan bahas aka assigment di bawah tajuk "Persilisihan Ulama di dalam Syarat-syarat perkahwinan antara Imam mazhab yang empat".Kadang-kadang rakan-rakan arab ku bila dengar pasal bab kahwin ada yang ketawa katanya aku dah nak kawin tapi sebenarnya aku buat berkenan tajuk ini adalah supaya aku lebih "mutamakkin" atau lebih berupaya untuk menjenguhkan diri ku di khalayak masyarakat tentang perkahwinan ini.Seperti yang kita lihat sekarang ni,orang berkahwin semata-mata untuk mengenyangkan nafsu yang menggigil di dalam hatinya tu bukan lah semata-mata untuk mengikut sunnah Rasulillah.Dan selain dari tu aku memilih tajuk ini kerana aku merasakan sekarang ini banyak masalah perkahwinan yang menjadi permainan.Contohnya berkahwin di Selatan Thailand,Kawin Lari.Semua tu adalah daripada kurang nya pengetahuan islam dalam diri mereka.Sebab tu lah aku memilih tajuk ini selain daripada aku mendapat manfaat dari tajuk yang aku buat ini dan juga paling kurang aku dapat menyebarkan kepada masyarakat apabila aku pulang ke Malaysia.InsyaAllah.
    Alhamdulillah.aku sudah pon mendapat persetujuan dari Ustaz Ziadi Hafizahullah.Beliau lebih memfokus kan kepada "Syarat" dan beliau pon menunjukkan minat dalam tajuk aku ini.haha..apa pon tunggu dan lihat dalam perjumpaan kali pertama yang tidak tau bila akan di adakan.tapi kini aku sudah mula menaip bahas ku kerana segala maklumat telah di dapat dan kini dalam proses untuk mencantikkan ayat dan menaip kedalam bahasa Arab.insyaAllah..





    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 10:42 AM   0 comments
    Maulid Arrasul
    Tuesday, March 10, 2009
    Assalamualaikum
    Alhamdulillah wassolatu wassalamu 3ala Rosulillah wa 3ala alihi wa ashobihi wa man walah.
    Allahumma Solli 3ala saidina Muhammad Wa 3ala Alihi Wa wasohbihi ajma3in.Selawat dan salam keatas junjungan Baginda Muhammad Bin Abdullah,Utusan Allah yang terakhir dalam menyampaikan wahyuNya,Sebaik-baik penciptaan dan penyuluh kepada cahaya Hidayah mengeluarkan manusia dari kesesatan yang menyembah patung ciptaan kepada menyembah tuhan yang Esa.Selawat dan salam kepada Ahli Bait Rasulullah dan juga sesiapa yang mengikuti jejak langkah Rasulullah dalam menyampaikan risalah Allah.
    Rasulullah adalah utusan Allah ke atas seluruh Alam.Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:
    “Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Al-Anbiya: 107).
    Maka,ketahuilah bahawa Nabi Muhammad di utuskan oleh Allah adalah sebagai Rahmat bagi seluruh alam.Sebagaimana yang di tersebut dalam Maqasid bahawa Rahmat terbahagi kepada dua iaitu rahmat di dunia dan juga rahmat di akhirat.Rahmat di dunia adalah rahmat yang memberi kebaikan sewaktu kita hidup manakala rahmat di akhirat adalah rahmat yang paling tinggi iaitu syurga.

    Ibnu Abbas radliyallahu `anhu berkata tentang ayat di atas: “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka Allah tuliskan baginya rahmat di dunia dan akhirat. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka pun mendapat rahmat dengan datangnya Rasul yaitu keselamatan dari adzab di dunia, seperti ditenggelamkannya ke dalam bumi atau dihujani dengan batu.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/222)
    Rasulullah adalah qudwah bagi setiap muslim.Seharusnya kita menjadikan Rasulullah adalah Ikutan kita masa kini bukan artis-artis atau pemimpin-pemimpin.Kerana Rasulullah adalah sebaik-baik manusia yang di utuskan oleh Allah.Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:
    “Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t juga Hari Akhirat serta yang banyak mengingati Allah”

    (Al-Ahzab:21)

    Oleh itu,Matlamat tertinggi kita adalah akhirat.Jadi tidak boleh tidak,kita seharusnya menjadikan Rasulullah ikutan kita dalam setiap amalan kita dan setiap tingkah laku kita.

    Di seluruh dunia hari ini menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Muhammad alaihi wassalam.Bersaam 12 Rabiul Awwal.Walaupon tarikh kelahiran Rasulullah sebenarnya bukan seluruh Ulama sepakati tetapi ramai ulama yang mengatakan bahawa 12 rabiul awwal adalah salah satu tarikh di mana Rasulullah di lahirkan.Jadi tidak menjadi masalah bahwa kita beri'tiqad bahawa Rasulullah di lahirkan pada 12 Rabiul Awwal janji ianya tidak berkaitan dengan akidah.Pendapat ini di pegang oleh sebahagian ulama dan salah sorang nya adalah Mohd Ibnu Ishaq Naisaburi.Berkata Ibnu Katsir, “Pendapat ini masyhur di sisi kebanyakkan ulama’ dan dipegangi oleh ahli Makkah sejak dahulu hingga sekarang pada waktu menziarahi tempat kelahiran Nabi s.a.w. Mendakwa Ibnu Jauzi dan Ibnu Jazar dengan ijmak , iaitu ijmak kebanyakkan atau ijmak perbuatan, kerana salaf dan khalaf bersepakat atas amalan Maulid dan menamakan hari kelahiran baginda pada hari tersebut di setiap negeri, sehinggakan di Makkah, tempat kelahirannya…”

    Dan sebahagian pendapat muhaddith dan ulama terdahulu berpendapat dan berti'tiqod bahawa Rasulullah di lahirkan pada lapan Rabiul Awwal.Berkata Syeikh Yusuf Ibnu Ismail Annabhani, “Tetapi, pendapat yang pertama itu masyhur di sisi jumhur ulama’ dan ianya pendapat yang sahih, yang mana dipegangi oleh ulama’ salaf dan khalaf, maka diatas pendapat inilah yang dipegangi.”


    Jadi tidak perlulah berbalah dalam perkara khilaf kerana semua nya mempunyai dalil dan pendapat ulama.Tetapi yang perlunya kita perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam dari di main-main kan oleh musuh-mush Islam.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 8:43 AM   1 comments
    ::Bahas::
    Friday, March 6, 2009
    Assalamualaikum
    Alhamdulillah wassolatu wassalamu 3ala Rosulillah wa 3ala aalihi wa sohbihi wa man walah..
    bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kan diri yang hina ini untuk menghirup udaranya dan masih memberikan dua nikmat yang paling berharga dari segala nikmat di dunia in iaitu nikmat iman dan islam.kerana tanpa kedua-keduanya pasti diri ini hidup seperti binatang kerana hidup tanpa berlandaskan manhaj.Alhamdulillah..
    Alhamdulillah..nama-nama pelajar untuk semester 6 yang buat bahas telah di tampal namanya di hadapan bilik guru dirasat islamiyyah.Tahun ini ustaz Ahmad Ziadi telah di beri kepercayaan untuk menjadi musyrif kami untuk bahas.Kami pelajar Malaysia seramai 7 orang semua nya dengan Ustaz Ziadi.seperti biasa lah,permulaan ini kami hanya menyediakan tajuk untuk di persetujui oleh ustaz.Tapi memandangkan ustaz banyak urusan,kami pon tidak sempat lagi untuk mendapat persetujuan dari ustaz.Tapi apa pon alhamdulillah segala tasmim (Rangka Kerja) dan Masodir (sumber) dan maraji3 (rujukan) telah pon di kumpulkan.insyaAllah.mudahan semua berjalan dengan lancar.

    Tajuk yang di pilih??
    Khilaful fiqhiyy fi syuruti azzawaj..insyaAllah..sebahgian orang pikir lain,tapi apa pon semua ini di pilih atas manfaat sesuatu ilmu tersebut.kalau kita buat tajuk yang besar tetapi tidak menberi kesan yang dalam buat apa.jadi baik kita pilih tajuk kecik tetapi memberi keberkatan yang lebih dalam diri kita.insyaAllah.
    seperti mana kata imam Assyafie di dalam Diwannya yang berbunyi :

    لن يبلغ العلم جميعا أحد
    ولو حاوله ألف سنة
    إنما العلم عميق بحره
    فخذه من كل شئ أحسنه


    Maknanya :
    Seseorang pon tidak akan dapat mencapai keseluruhan ilmu,
    Walaupon dia mencubanya seribu tahun,
    Kerana ilmu tersebut terlalu dalam lautan nya,
    Maka ambillah ilmu tersebut dari mana yang di rasakan terbaik.

    Nah.saranan imam syafie sendiri menyatakan kalau nak kaut semua ilmu tu nescaya kita tidak akan dapat mencapainya.tetapi kalau kita rasakan ianya terbaik buat kita maka ambillah.sebab mungkin kita akan mendapat keberkatan dari ilmu tersebut.Lebih baik sedikit dan beramal dengannya daripada kita mengambil banyak tetapi tidak di manfaat kan dan tidak di amalkan..seperti mana pepatah arab:

    العلم بلا عمل كالشجربلا ثمر
    العلم بلا عمل كالسحاب بلا مطر


    rasanya semua tau akan pepatah arab ini.sebab dalam Buku Teks Bahasa Arab tingkatan 5 bahagian Nusus mesti ada hikam wal amsal ini..biasa lah.zaman sekolah mesti lah hafal-hafal pepatah ini.kalau tak ustazah rotan..ada juga yang menambah "Ilmu tanpa amal ibarat kereta tanpa stereng" kalau fikir-fikir balik pepatah ini pon boleh digunakan sekarang.sebab apa?sebabnya kalau kereta sahaja yang ada tetapi stereng nya tidak ada apa kejadahnya??oleh itu ilmu itu selari dengan amal.Semoga Allah memberkati segala perjalanan hidup kita insyaAllah..

    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Universiti Ibn Tofail,Kenitra.


    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 1:49 PM   0 comments
    ::Poning Mood::
    Monday, March 2, 2009
    Assalamualaikum..
    Alhamdulillah was solatu was salamu ala Rosulillah wa 3ala aalihi wa man walah..
    Sekarang ni kelas untuk semester akhir pon terlah bermula dan bermula lah masa untuk bersedia membuat bahas (Tesis) untuk ijazah.Ramai juga asatizah yang dah masuk kelas.Untuk semester nih ade 6 Mawad termasuk bahas 7 Mawad.Dan asatizah ada dalam 5 Orang.Salah seorang Ustaz Ben Kiran ,Ustaz Hassan Alami.Alhamdulillah..tahun akhir baru dapat belajar dengan ustaz Hassan Alami.Tapi kecewa skit sebab tak dapat belajar dengan ustaz Ibrisy.Mungkin ustaz Ibrisy terlalu sibuk sampai tak leh ajar kami.kalau ikutkan ustaz Ibrisy ajar Feqh Muqarran untuk tahun ini.Tapi kami tak ade rezeki belajar dengan dia dan di gantikan dengan ustaz Ziadi.Ape pon yang penting Ilmu yang berkat dari Asatizah.Dan bermanfaat untuk bekalan ke Malaysia yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja untuk mengenggam sehelai ijazah yang di ambil di "syubbak maslahah Syu'un Tolabah" aka Kaunter Pelajar..tu lah Morocco.Pihak Univerisiti tak penah buat Konvo dan kalau nak buat terpulang pada Kedutaan.Apa yang aku harapkan,baki yang tinggal tak sampai 6 bulan ni ialah ilmu yang bermanfaat dan bukanlah ilmu yang hanya di bekalkan untuk peperiksaan sahaja.seperti mana kata-kata ustaz binkiran kepada aku sewaktu dia membetulkan kertas jawapan ku di Bilik Guru..yang mana dia merasakan diri ku ini tak layak balik ke Malaysia sebab ilmu kat diri ni tak cukup lagi.Tapi di sebalik kata2 die tu memang betul apa yang di katakan.Ilmu yang dapat kat sini hanya semata2 peperiksaan sahaja.Dan beliau pon mengatakan beliau boleh saja bagi markah tinggi kepada pelajar tetapi ilmu yang beliau ajar adalah ilmu Robbaniah.Dan kalau bagi markah tinggi pon balik Malaysia kalau tak betul boleh ajar ajaran sesat.Tu hujjah beliau lah..yang aku ni pon memang akui ilmu tak banyak lagi..sebab tuh baki yang ada di sini nak cuba untuk perbaiki sedikit gholod atau kesalahan ilmu yang aku dapat.Mana yang salah faham tuh kene perbaiki.Sebab manusia ni tak lari dari kesalahan.
    Kepala masih lagi pening memikirkan Tajuk Bahas.Sama ada nak buat tajuk Feqh atau Hadith..Sebab aku lebih menumpukan kepada dua tajuk ni kerana insyaAllah aku ingin menyambung Master di dalam salah satu kos ni.Imma al-Quran dan Hadith atau pon Feqh.kalau dapat tawaran Feqah Alhamdulillah sebab paling kurang dapat di amalkan dalam harian kerana seperti mana kata ustaz binkiran
    Ilmu hadith ini adalah ilmu yang mana hanya tertumpu kepada ahlinya sahaja,tetapi ilmu feqh dan feqh ni masyarakat tidak boleh lari dari nya kerana kehidupan seharian kita ni berjalan atas hukum Feqh.Sekiranya baik niat kita maka baiklah ganjaran kita dan sebaliknya.Begitu lah juga adat kita.Tidak boleh lari dari dua asas penting dalam kehidupan kita.Al-Quran dan Sunnah..
    Apa pon apa yang aku harapkan bahas yang akan di buat ni dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Malaysia amnya dan kepada diri aku khususnya..insyaAllah..tajuk bahas??rahsia..insyaAllah lepas di tetapkan tajuknya akan di beritahu..
    wallahu a3lam.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 9:05 AM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com