|
Bahas Mood |
Monday, March 23, 2009 |
Bahas Mood
Assalamualaikum warohmatullahi wa barokatuh Alhamdulillah wassolatu was salam 3ala Saidina Rosulillah wa 3ala alihi wa man walah. Erm..dah lama agak nya ku tak meng"update" blog ni.Rasanya jawapannya seperti biasa lah.Sibuk..sibuk..sibuk..Tahun akhir ni aku terpaksa menyiapkan bahas aka assigment di bawah tajuk "Persilisihan Ulama di dalam Syarat-syarat perkahwinan antara Imam mazhab yang empat".Kadang-kadang rakan-rakan arab ku bila dengar pasal bab kahwin ada yang ketawa katanya aku dah nak kawin tapi sebenarnya aku buat berkenan tajuk ini adalah supaya aku lebih "mutamakkin" atau lebih berupaya untuk menjenguhkan diri ku di khalayak masyarakat tentang perkahwinan ini.Seperti yang kita lihat sekarang ni,orang berkahwin semata-mata untuk mengenyangkan nafsu yang menggigil di dalam hatinya tu bukan lah semata-mata untuk mengikut sunnah Rasulillah.Dan selain dari tu aku memilih tajuk ini kerana aku merasakan sekarang ini banyak masalah perkahwinan yang menjadi permainan.Contohnya berkahwin di Selatan Thailand,Kawin Lari.Semua tu adalah daripada kurang nya pengetahuan islam dalam diri mereka.Sebab tu lah aku memilih tajuk ini selain daripada aku mendapat manfaat dari tajuk yang aku buat ini dan juga paling kurang aku dapat menyebarkan kepada masyarakat apabila aku pulang ke Malaysia.InsyaAllah. Alhamdulillah.aku sudah pon mendapat persetujuan dari Ustaz Ziadi Hafizahullah.Beliau lebih memfokus kan kepada "Syarat" dan beliau pon menunjukkan minat dalam tajuk aku ini.haha..apa pon tunggu dan lihat dalam perjumpaan kali pertama yang tidak tau bila akan di adakan.tapi kini aku sudah mula menaip bahas ku kerana segala maklumat telah di dapat dan kini dalam proses untuk mencantikkan ayat dan menaip kedalam bahasa Arab.insyaAllah..

|
posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 10:42 AM  |
|
|
|
Tuan Rumah |

Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
Home: Kenitra, Morocco
About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
See my complete profile
|
Diri Ku |
|
Artikel |
|
Archives |
|
| Tautan Sahabat |
| My Family |
|
Tautan Akhawat |
| Sahabat Lain Negara |
|
Photographer and My Friend |
|
|
Powered by |
 |
|