|
::Bahas:: |
Friday, March 6, 2009 |
Assalamualaikum Alhamdulillah wassolatu wassalamu 3ala Rosulillah wa 3ala aalihi wa sohbihi wa man walah.. bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kan diri yang hina ini untuk menghirup udaranya dan masih memberikan dua nikmat yang paling berharga dari segala nikmat di dunia in iaitu nikmat iman dan islam.kerana tanpa kedua-keduanya pasti diri ini hidup seperti binatang kerana hidup tanpa berlandaskan manhaj.Alhamdulillah.. Alhamdulillah..nama-nama pelajar untuk semester 6 yang buat bahas telah di tampal namanya di hadapan bilik guru dirasat islamiyyah.Tahun ini ustaz Ahmad Ziadi telah di beri kepercayaan untuk menjadi musyrif kami untuk bahas.Kami pelajar Malaysia seramai 7 orang semua nya dengan Ustaz Ziadi.seperti biasa lah,permulaan ini kami hanya menyediakan tajuk untuk di persetujui oleh ustaz.Tapi memandangkan ustaz banyak urusan,kami pon tidak sempat lagi untuk mendapat persetujuan dari ustaz.Tapi apa pon alhamdulillah segala tasmim (Rangka Kerja) dan Masodir (sumber) dan maraji3 (rujukan) telah pon di kumpulkan.insyaAllah.mudahan semua berjalan dengan lancar.
Tajuk yang di pilih?? Khilaful fiqhiyy fi syuruti azzawaj..insyaAllah..sebahgian orang pikir lain,tapi apa pon semua ini di pilih atas manfaat sesuatu ilmu tersebut.kalau kita buat tajuk yang besar tetapi tidak menberi kesan yang dalam buat apa.jadi baik kita pilih tajuk kecik tetapi memberi keberkatan yang lebih dalam diri kita.insyaAllah. seperti mana kata imam Assyafie di dalam Diwannya yang berbunyi :
لن يبلغ العلم جميعا أحد ولو حاوله ألف سنة إنما العلم عميق بحره فخذه من كل شئ أحسنه
Maknanya : Seseorang pon tidak akan dapat mencapai keseluruhan ilmu, Walaupon dia mencubanya seribu tahun, Kerana ilmu tersebut terlalu dalam lautan nya, Maka ambillah ilmu tersebut dari mana yang di rasakan terbaik.
Nah.saranan imam syafie sendiri menyatakan kalau nak kaut semua ilmu tu nescaya kita tidak akan dapat mencapainya.tetapi kalau kita rasakan ianya terbaik buat kita maka ambillah.sebab mungkin kita akan mendapat keberkatan dari ilmu tersebut.Lebih baik sedikit dan beramal dengannya daripada kita mengambil banyak tetapi tidak di manfaat kan dan tidak di amalkan..seperti mana pepatah arab:
العلم بلا عمل كالشجربلا ثمر العلم بلا عمل كالسحاب بلا مطر
rasanya semua tau akan pepatah arab ini.sebab dalam Buku Teks Bahasa Arab tingkatan 5 bahagian Nusus mesti ada hikam wal amsal ini..biasa lah.zaman sekolah mesti lah hafal-hafal pepatah ini.kalau tak ustazah rotan..ada juga yang menambah "Ilmu tanpa amal ibarat kereta tanpa stereng" kalau fikir-fikir balik pepatah ini pon boleh digunakan sekarang.sebab apa?sebabnya kalau kereta sahaja yang ada tetapi stereng nya tidak ada apa kejadahnya??oleh itu ilmu itu selari dengan amal.Semoga Allah memberkati segala perjalanan hidup kita insyaAllah..
Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid Universiti Ibn Tofail,Kenitra.
|
posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 1:49 PM  |
|
|
|
Tuan Rumah |

Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
Home: Kenitra, Morocco
About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
See my complete profile
|
Diri Ku |
|
Artikel |
|
Archives |
|
| Tautan Sahabat |
| My Family |
|
Tautan Akhawat |
| Sahabat Lain Negara |
|
Photographer and My Friend |
|
|
Powered by |
 |
|