|
::Poning Mood:: |
Monday, March 2, 2009 |
Assalamualaikum.. Alhamdulillah was solatu was salamu ala Rosulillah wa 3ala aalihi wa man walah.. Sekarang ni kelas untuk semester akhir pon terlah bermula dan bermula lah masa untuk bersedia membuat bahas (Tesis) untuk ijazah.Ramai juga asatizah yang dah masuk kelas.Untuk semester nih ade 6 Mawad termasuk bahas 7 Mawad.Dan asatizah ada dalam 5 Orang.Salah seorang Ustaz Ben Kiran ,Ustaz Hassan Alami.Alhamdulillah..tahun akhir baru dapat belajar dengan ustaz Hassan Alami.Tapi kecewa skit sebab tak dapat belajar dengan ustaz Ibrisy.Mungkin ustaz Ibrisy terlalu sibuk sampai tak leh ajar kami.kalau ikutkan ustaz Ibrisy ajar Feqh Muqarran untuk tahun ini.Tapi kami tak ade rezeki belajar dengan dia dan di gantikan dengan ustaz Ziadi.Ape pon yang penting Ilmu yang berkat dari Asatizah.Dan bermanfaat untuk bekalan ke Malaysia yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja untuk mengenggam sehelai ijazah yang di ambil di "syubbak maslahah Syu'un Tolabah" aka Kaunter Pelajar..tu lah Morocco.Pihak Univerisiti tak penah buat Konvo dan kalau nak buat terpulang pada Kedutaan.Apa yang aku harapkan,baki yang tinggal tak sampai 6 bulan ni ialah ilmu yang bermanfaat dan bukanlah ilmu yang hanya di bekalkan untuk peperiksaan sahaja.seperti mana kata-kata ustaz binkiran kepada aku sewaktu dia membetulkan kertas jawapan ku di Bilik Guru..yang mana dia merasakan diri ku ini tak layak balik ke Malaysia sebab ilmu kat diri ni tak cukup lagi.Tapi di sebalik kata2 die tu memang betul apa yang di katakan.Ilmu yang dapat kat sini hanya semata2 peperiksaan sahaja.Dan beliau pon mengatakan beliau boleh saja bagi markah tinggi kepada pelajar tetapi ilmu yang beliau ajar adalah ilmu Robbaniah.Dan kalau bagi markah tinggi pon balik Malaysia kalau tak betul boleh ajar ajaran sesat.Tu hujjah beliau lah..yang aku ni pon memang akui ilmu tak banyak lagi..sebab tuh baki yang ada di sini nak cuba untuk perbaiki sedikit gholod atau kesalahan ilmu yang aku dapat.Mana yang salah faham tuh kene perbaiki.Sebab manusia ni tak lari dari kesalahan. Kepala masih lagi pening memikirkan Tajuk Bahas.Sama ada nak buat tajuk Feqh atau Hadith..Sebab aku lebih menumpukan kepada dua tajuk ni kerana insyaAllah aku ingin menyambung Master di dalam salah satu kos ni.Imma al-Quran dan Hadith atau pon Feqh.kalau dapat tawaran Feqah Alhamdulillah sebab paling kurang dapat di amalkan dalam harian kerana seperti mana kata ustaz binkiran Ilmu hadith ini adalah ilmu yang mana hanya tertumpu kepada ahlinya sahaja,tetapi ilmu feqh dan feqh ni masyarakat tidak boleh lari dari nya kerana kehidupan seharian kita ni berjalan atas hukum Feqh.Sekiranya baik niat kita maka baiklah ganjaran kita dan sebaliknya.Begitu lah juga adat kita.Tidak boleh lari dari dua asas penting dalam kehidupan kita.Al-Quran dan Sunnah.. Apa pon apa yang aku harapkan bahas yang akan di buat ni dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Malaysia amnya dan kepada diri aku khususnya..insyaAllah..tajuk bahas??rahsia..insyaAllah lepas di tetapkan tajuknya akan di beritahu.. wallahu a3lam. |
posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 9:05 AM  |
|
|
|
Tuan Rumah |

Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
Home: Kenitra, Morocco
About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
See my complete profile
|
Diri Ku |
|
Artikel |
|
Archives |
|
| Tautan Sahabat |
| My Family |
|
Tautan Akhawat |
| Sahabat Lain Negara |
|
Photographer and My Friend |
|
|
Powered by |
 |
|