ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Terjemah Imam An-Nawawi
    Thursday, February 12, 2009
    Terjemahan Imam Nawawi R.H

    Beliau adalah Imam Muhaddith,Ahli Feqh dan seorang yang zuhud yang berasal dari Syam.Nama beliau adalah adalah Muhyiddin Yahya bin Sharaf bin Mari An-nawawi.Beliau di lahir kan di Nawa pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah.dan Nawa adalah satu tempat yang kecil di selatan Dimasyq.Dan sebahagian ulama mengatakan ianya adalah tempat Nabi Allah Ayyub alaihi Assalam.Dan kampong Nawa adalah jalan lama dari Damsyiq ke Mesir,Jordan dan Negara Hijaz.
    Imam An-Nawawi mula berminat dalam mempelajari Ilmu ini ketika beliau datang ke Damsyiq.Dan Imam An-Nawawi telah berkata (Aku telah menghafal kitab “attanbih” dalam masa 4 bulan setengah).Dan Kitab Attanbih salah satu karangan yang di karang oleh Ulama Assyafieyah yang mengandungi Hukum-hukum dalam mazhab Syafie.Dan pengarang kitab tersebut adalah Abu Ishak Ibrahim bin Ali bin Yusuf Assyairazi (393 H-476 H) dan kitab tersebut telah di sebarkan oleh Orentalis Barat yang bernama Joinbal pada tahun 1296 H/1879 M dan di cetak di Brill di London dan mengandungi 350 Muka surat.
    Dan Imam An-Nawawi juga telah membaca dan mengahafal kitab Muhazzab yang telah di karang oleh Imam Abu Ishak Assyairazi.Imam Al-Hafizd Azzahabi telah berkata : Imam An-Nawawi adalah seorang yang senantiasa mempelajari ilmu-ilmu tidak kira siang atau pon malam dan keadaan ini berlaku selama 20 tahun.di samping itu,beliau telah menerima ramai daripada anak murid dan dalam masa itu juga lah beliau seorang ulama yang mencapai kegemilangan dalam bidang keilmuan dan juga pekerjaannya .Kemudian beliau telah menceburkan diri beliau dalam bidang penulisan dalam tempoh antara tahun 660 H hingga tarikh wafat beliau 676 H.
    Di antara ulama-ulama yang telah mengambil ilmu daripada imam An-Nawawi adalah :
    - Zainulddin Abul Baqa Kholid Bin Yusuf Bin Saied
    - Al-Hafizd Al-Lughawi Annabulusi
    - Rodhi Uddin bin Burhan (585-663 H)

    Beliau adalah seorang yang penuh dengan keilmuan dan keilmuan nya seumpama lautan yang luas mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu Hadith,Feqah dan Bahasa Arab.Merupakan seorang yang teramat zuhud dalam kehidupannya dan ikutan dalam sifat wara’ nya.Tiada tandingan dalam membuat perkara yang baik dan mencegah perkara yang mungkar.Sepertimana yang telah di Naqalkan oleh murid nya Alauddin Bin Al-‘Attar pengarang kitab “ Syazaratuz Zahbi” mengatakan Imam Nawawi telah menghabiskan keseluruhan masanya dalam mempelajari kesemua ilmu dan beramal dengan ilmu yang telah di tuntutnya.

    Kitab-kitab yang telah di karang:
    -Raudhatol Toolibin :Kitab feqah mazhab Assyafie
    -Minhaj Attoolibin : Kitab Feqah Mazhab Assyafie
    -Majmuk Syarah kepada Kitab Muhazzab :Kitab Feqah Mazhab Assyafie
    -Umdatul fi Tashih Attanbih
    -Tahrir Alfazd Attanbih
    -Masaailil Manthurah fil Fatwa
    -Al-Idoh wal Ijazz kilahuma fil manaasik
    -Tahzib Al-Asma Wal Lughah
    -Riyaadussolihin :Kitab Hadith
    -Minhaj Fi Syarah Sohih Muslim bin Al-Hajjaj
    Dan bermacam-macam lagi kitab yang telah di tulis oleh Imam An-Nawawi

    Beliau tidak pernah Makan kecuali sekali sahaja iaitu selepas penghujung waktu isya dan tidak pernah Minum kecuali pada waktu beliau bersahur.Dan telah di jemput oleh Penciptanya yang Maha Esa pada Umur 45 Tahun.Dalam tempoh 26 tahun beliau telah mengahbiskan masanya dalam menuntut ilmu,Menulisnya dan beramal dengan apa yang telah di pelajari.Oleh demikian beliau tidak berpeluang untuk berkahwin kerana tidak terlalu sibuk dalam menuntut ilmu.Bukan lah kerana beliau mengingkari Sunnah Rasulullah iaitu berkahwin tetapi beliau terlalu sibuk dalam mempelajari dan mengajar ilmu yang telah di pelajari dan menulis dan menyebarkannya.

    Di Terjemah Oleh:
    Al-Faqir Ila Rabbihi
    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid

    Sumber Terjemahan:

    Syarah Arbain An-Nawawi
    Tahqiq dari pada Syeikh Ali Ahmad Abdul Al-Aal Al-Tahtowi
    Dar Kutub Al-Ilmiyyah Beirut Lubnan

    P/s: Segala kritikan di alu-alukan kerana masih lagi permulaan dalam menterjemahkan kitab-kitab arab nih..Oleh kerana terasa diri ini masih lagi Dhaif dan Ta3ab dalam penguasaan arab ini jadi terpaksa berkeras skit dalam mentelaah kitab-kitab nih.InsyaAllah semoga mendapat keberkatan dalam menterjemah ini.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:58 PM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com