ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    cuti-cuti Malaysia
    Monday, November 23, 2009

    Bismillah wassoalatu wassalamu 3ala Rosulillah wa3ala alihi waman walah.

    Semalam g jenjalan ngan sodara g melaka..saja jenjalan..apa pon ni je lah yang dapat di update..nak update lebih2 nnt2 lah..
    Alhamdulillah permohonan MA aku telah di luluskan..insyaAllah..24.12.09 ni mula mendaftar.Terima kasih pada semua yang mendoakan agar di permudahkan urusan..dan skang tunggu surat tawaran dari U.insyaAllah..harap2 di permudahkan semua urusan..amien..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:40 PM   0 comments
    Lama menyepi
    Monday, November 16, 2009


    Putera Kedua Yam Tuan Besar Negeri Sembilan..

    Pengantin Baru VS Pengantin lama

    Pertahanan Negara..Tak dak Dorang nih memang runtuh Malaysia.

    Bismillah wassolatu wassalamu 3ala Rosulillah wa3ala alihi waman waalah.
    Memang kali ni aku mengisytiharkan bahawa belog aku dah jadi sarang lelabah..Nak buat camne..
    aku pon tak lama lagi akan bekerja dengan MAINS sebagai sukarelawan..jadi lah asalkan bekerja.jangan duk umah je cukup lah..sementara menunggu panggilan dari University untuk penyambungan MA aku.Aku berharap semoga ianya di permudahkan.insyaAllah.
    Malam tadi jam satu pagi aku di kejutkan oleh ayah aku..agar menemankan nya untuk ke Tampin..dalam keadaan mamai aku terus je ikut ayah aku ke bilik dia..lepas tuh aku tanya buat apa g tampin malam2..dia cakap mak sesak nafas..dari mamai terus je mamai aku hilang..aku tengok mak aku tgh baring kat katil..terus aku urut badan mak aku...dan terus aku papah mak masuk kete..Ya Allah.risau nya hati aku bila pikir2 apa yang berlaku..sampai di hospital terus je masuk ke bilik kecemasan..hati aku mula tak tenang..macam2 benda yang main kat kepala aku..akhir sekali alhamdulillah mak aku dah tenang..dan di masukkan ke wad..kini masih lagi di wad..mudahan mak cepat sihat.insyaAllah..
    Sekarang ni aku dalam proses untuk mendapatkan pas kebenaran untuk mengambil gambar dalam istana.Kalau ada apa2 majlis boleh lah aku masuk.Tapi untuk dapat pas tuh payah juga.tapi cuba sedaya upaya.Kini alhamdulillah.gambar yang aku ambil semasa majlis pertabalan dah ada orang tempah.dah dapat hasil pon.tak semestinya kita belaja agama kene jadi ustaz je..apa yang kita ada itu lah kita usaha kan,asalkan rezeki datang dari sumber yang halal..
    Kepada syahiddan aku menunggu kepulangan ko nih..balik copek..malaysia nih sedang menunggu kepulangan ko..nnt ko balik kite g shoot sama2..ramai otai kat sini..okey..jumpa di lain kali.insyaAllah..

    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Hospital Besar Tampin.
    17-11-2009.
    6.19 Petang.

    Pistt..Tampin pon ado wireless.ghombau bilo nak ado??Siap free lagi...raso2 eh ketua pemuda orang ghombau..hehehe..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 8:50 PM   4 comments
    lama menyepi
    Friday, October 9, 2009

    Assalamualaikum..
    sekian lama menyepi ku mengupdate sekoping gambar yang bg ku membosankan.haha..
    ini kerana aku sentiasa berulang alik dari BONGEK ke U*** untuk sambung belajar.
    2-Umah tak dak internet.
    3-Tak de lesen Motokar
    4-Dah tak selalu kluar bejalan..
    5-Tak dak orang ajak outing..keke..

    sebab tu lah aku tak berupdate blog nih..tapi apa pon aku mintak maaf pada semua kerna tak dapat nak update blog selalu.Tapi insyaAllah ada gambar baru akan ku update..jika ada member sekitar N9 nak ajak kluar outing dan menembak sila msg 60176027529 aku amat mengalu2kan jemputan anda semua.
    InsyaAllah 26/10/2009 ni sapa yang duk sekitar n9 nih jom poi Istana Sri Menanti.Pertabalan Yam Tuan Negeri Sembilan.Kot setakat luar Istana leh lah kalau dalam tuh VVVVVIP jo leh masuk.hehe..okey..ada masa akan ku update lagi belog ini..insyaAllah..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 8:19 AM   0 comments
    Selamat tinggal Maghribi
    Thursday, August 6, 2009

    Assalamu3alaikom..
    hari ni adalah hari kedua terakhir aku berada di Maghribi sebelum aku bertolak pulang ke Malaysia.Rasa2 nya begini lah perasaaan senior2 aku dulu sebelum meninggalkan bumi Maghribi yang penuh dengan ketenangan dan kedaiman walaupon sesetengah orang tidak merasakan sebegitu.Bagi aku maghribi penuh bermakna buat aku dan aku lebih selesa berada di Maghribi.Ini lah perasaan aku kepada Maghribi.
    Teringat bila mula sampai di Maghribi.Senior2 aku selalu berpesan dengan mengatakan
    "ما دمت في المغرب فلا تستغرب"
    Kalimah yang selalu di laung2 oleh ahli Maghrib.Selagi mana kau berada di Maghrib jangan lah engkau berasa pelik.Mula2 nya aku tak faham kenapa dorang kata begitu tetapi setelah lama ku duk di sini baru lah aku tau kenapa dorang kata begitu..Maghrib bg aku satu negara yang unik dan indah bg aku.Walaupon aku bukan kaki jalan tetapi dengan persekitaraan sekeliling aku merasakan seronok berada di sini.Hajat untuk aku duk lama di sini mungkin tak dapat.Tapi sekiranya di izinkan Allah aku akan kembali ke Maghrib.
    Sebelum aku bertolak ke Maghrib,Ramai juga yang menempelak aku dengan mengatakan aku belajar di negara orang kulit hitam.Tapi aku tabahkan hati walaupon aku ketika tu tak tau di mana letaknya maghribi.Bagi aku walaupon di mana aku di campakkan untuk menuntut ilmu aku tetap akan belajar,Hatta Negara sudan adalah negara orang kulit hitam tetapi ketahuilah bahawa bahasa Arab mereka terlalu baik dan syair2 mereka terlalu berkualiti.Jangan memandang sesuatu pada zohirnya.Tetapi pandang lah ianya melalui apa yang tersurat.Kerana kebenaran tidak di pandang melalui orangnya..Jadi pesanan aku jangan dengar cakap orang.
    Sepertimana kata Ulama : Sekiranya kamu menaqalkan sesuatu pastikan ianya benar dan sekiranya kamu mendakwa sesuatu pastikan ianya mempunyai bukti..
    Jadi masyarakat kita hari ni terlalu banyak main naqal2 tanpa mempunyai bukti yang kukuh..
    Apa pon aku harap kan semua kenangan aku di maghribi ni tidak pupus.walaupon gambar aku dari tahun satu sampai tahun 3 hilang di sebabkan hard disk aku rosak tetapi kenangan di dalam otak aku insyaAllah tetap akan aku ingat sampai bila2..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 1:47 AM   8 comments
    Masih ada waktu
    Wednesday, July 29, 2009

    Bismillah wassolatu wassalamu 3ala Rosulillah wa3ala alihi wa man walah.

    "Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah, yang beriman kepada Allah dan hari akhir serta mendirikan shalat, mengeluarkan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. Lantaran itu mudah-mudahan mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk". (QS. At-Taubah:18)
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 4:22 PM   2 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com