ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Sayyid Muhammad Khalil Al-Khatib al-Hasani
    Thursday, June 12, 2008

    Nama, keturunan & gelaran.

    Beliau ialah al 'Allamah al Muhaddith al Muhaqqiq al Faqih al Imam al Lughawi Sayyid Muhammad bin Khalil bin Muhammad bin Sayyid bin Ismail bin Ahmad al Khatib bin al Tunajji bin Salim bin Salam bin Salam bin Sa’adullah bin Afandi Muhammad bin ‘Aliyu bin al Bakri bin Ismail bin Muhammad bin Ismail bin al Qasim al Rassi bin Ibrahim Tobatoba bin Ismail bin Ibrahim al Fakhr bin al Hasan al Muthanna bin Imam Hasan al Sibt bin Amirul Mukminin Imam Ali dan Sayyidah Fatimah al Zahra’ binti Sayyiduna Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Terkenal dengan gelaran 'Penyair Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam' di mana gelaran ini diberi oleh Syeikh Abdul Halim Mahmud yang merupakan Syeikhul Azhar pada waktu itu.

    Kelahiran.

    Dilahirkan di desa Naidah, markaz Akhmim, muhafazah Suhaj, Republik Arab Mesir pada hari Selasa, 9 Mac 1909 (16 Safar 1327). Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan Sayyid Khalil dan Sayyidah Na'isah.

    Pendidikan.

    Beliau mula menghafal al Quran semenjak kecil lagi dan berjaya menyelesaikan hafalannya ketika berusia 10 tahun. Setelah itu beliau mula menghafal sebahagian besar matan-matan ilmu sebelum melanjutkan pelajaran di Maahad Suhaj al Dini. Beliau berjaya menamatkan pengajiannya di Maahad tersebut dengan memperoleh Syahadah Ibtidaiyyah pada tahun 1924 (1342) ketika berusia 15 tahun. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah sehingga memperoleh Syahadah Thanawiyyah Azhariyyah pada tahun 1928 (1346) ketika berusia 19 tahun. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti al Azhar al Syarif, Kaherah sehingga berjaya memperoleh ijazah Syahadah 'Alamiyyah pada tahun 1933 (1357) ketika berusia 24 tahun. Kemuncaknya, beliau berjaya memperoleh Syahadah Takhassus
    (Ph.D) dalam bidang Bahasa Arab pada tahun 1936 (1354) ketika berusia 27 tahun.

    Kerjaya.

    Selesai menamatkan pengajian di al Azhar al Syarif, beliau telah dilantik menjadi tenaga pengajar di Maahad Ahmadi, Tanta selama 30 tahun sebelum menjawat jawatan sebagai pensyarah Fakulti Usuluddin, Jabatan Dakwah di Universiti al Azhar al Syarif. Selain itu, beliau turut mengadakan majlis pengajian bertempat di Masjid al Muhafazah, Tanta.

    Perkahwinan.

    Beliau berkahwin dengan Sayyidah Aminah binti Abdul Rahman al Khatib ketika berusia 27 tahun dan dikurniakan Allah dengan lima orang cahaya mata iaitu 4 putera dan seorang puteri. Mereka ialah Muhammad, Mustafa, Mahmud, Ahmad dan Iman.

    Mazhab & Masyrab.

    Sayyid Muhammad Khalil al Khatib merupakan seorang faqih bermazhab Hanafi. Namun begitu, beliau juga seorang alim lagi faqih dalam mazhab yang empat. Sering kali dalam majlis pengajiannya, beliau akan menjawab persoalan mengenai fiqh dengan mengemukakan pandangan daripada setiap mazhab. Beliau melalui masyrab sufi iaitu Khalwatiyyah dan Syazuliyyah di bawah bimbingan lima orang guru mursyid. Mereka ialah :

    1) Sayyid Abdul Jawwad al Dumi, syeikh Tariqat Khalwatiyyah.
    2) Sayyid Ali Daud, syeikh Tariqat Syazuliyyah.
    3) Sayyid Mahmud Husain Syalabi.
    4) Sayyid Abdullah Saad.
    5) Sayyid Muhammad al 'Aqqad, syeikh Tariqat Syazuliyyah Fasiyyah Wafaiyyah.

    Perkara ini beliau sebutkan dengan jelas di dalam kitabnya yang bertajuk Ithaful Akhyar bi Asohhil 'Aqoidi wal Azkar pada bab Sanad al Khatib. Beliau diizinkan untuk memimpin Madrasah Syazuliyyah Khalwatiyyah pada bulan Mac 1938 bersamaan bulan Muharam 1357 ketika berusia 30 tahun. Oleh yang demikian, beliau merupakan pengasas Tariqat Khatibiyyah Syazuliyyah Khalwatiyyah.

    Karya-karya.

    Beliau mula aktif dalam bidang penulisan ketika masih menuntut di peringkat menengah lagi. Sepanjang usianya, beliau telah menghasilkan sebanyak 77 buah karya yang merangkumi bidang Tafsir, Hadith, Nahu, Sorof, Balaghah, Sirah, Fiqh, Syair-syair Arab dan artikel-artikel semasa. Kitab yang telah mengharumkan nama beliau di kalangan para ulama' bertajuk Ithaful Anam bi Khutob Rasulil Islam yang menghimpunkan sejumlah 574 khutbah-khutbah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dalam pelbagai perkara. Beliau menghabiskan masa selama 15 tahun untuk menyiapkan kitab tersebut. Ini menggambarkan kepada kita tentang kesabaran dan ketelitian beliau bagi menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Beliau merupakan contoh terbaik sebagai penulis yang sabar, sasterawan yang kreatif serta pengkaji yang teliti.

    Kewafatan.

    Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 21 Februari 1986 (12 Jamadil Akhir 1406) dalam usia 77 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Masjid al Muhafazah, Tanta. Semoga Allah meredhai beliau serta membalas jasa-jasa beliau dengan sebaik-baik pembalasan. Amin.

    Bibliografi:

    - Nafhatul Qabul fi Sirah Syair ar Rasul, Syeikhuna Sayyid Mahmud Bin Muhammad al Khatib al Hasani, terbitan tahun 1987.
    - Ithaful Akhyar bi Asohhil 'Aqoidi wal Azkar, Imam Muhammad Khalil al Khatib al Hasani, halaman 11-13, terbitan tahun 2002.
    - Al Qasasul Haq li Sayyidil Khalq, Imam Muhammad Khalil al Khatib, pada muqaddimah, terbitan tahun 2000.
    - Gema Negeri Edisi Perdana, ruangan tokoh, Danial Farhan bin Dolmat, terbitan Badan Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan Mesir (BAKANS).

    Maklumat Di copy Dari:

    http://wwwhumair-humair.blogspot.com/
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 8:42 AM   0 comments
    Wajah Guru ku yang ku Rindui
    Tuesday, June 10, 2008

    NAMA: Sheikh As-Syarif Dr. Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani. Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.

    KELAHIRAN BELIAU: Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.

    LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BELIAU

    Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun.

    Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau melanjutkan pendidikan beliau ke peringkat Kedoktoran (Ph.D) di Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.

    AKTIVITI-AKTIVITI BELIAU:

    - Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini.
    - Pensyarah di Universiti Islam Lubnan
    - Seorang pendakwah peringkat antarabangsa.
    - Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada
    - Murobbi Tasauf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya.
    -Beliau telah berguru dengan ramai sekali masyaikh dan antara nya Syeikh Abdul Qadir Isa Al-halabi salah seorang pengarang kitab Haqaiq anittasawwuf.
    - Pengasas Dar Al-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir.

    jawatan lain






    Pendidikan
    *Menyelesaikan Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M

    * Menyelesaikan Pendidikan pada Institut Hukum Islam di Fakultas Syariah


    Islam di Universitas Islam Syria 1974 M

    *Menyelesaikan Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Sipil internasional


    pada Fakultas Syari'ah Islam dan Hukum Universitas Al-Azhar 1989 M

    Jawatan :*Terpilih sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga


    Fatwa di Libanon 1975 - 1982 M

    *Imam Masjid di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M

    *Pembimbing Spiritual (Murobi) pada 2 Masjid Bosnia & Hamilton di Toronto,


    di samping pada berbagai Komunitas Muslim di Amerika Utara 1992 M

    :*Terpilih sebagai da'i kehormatan dan Penasehat umum dalam bidang hukum agama


    dan moral Islam


    di seluruh komunitas muslim di Amerika Utara.

    *Diangkat sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon.

    *Teacher Guru Besar Fikih Ushul Fikih di Universitas Al-Azhar.

    *Penasehat dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam

    di Universitas Al Razi Malaysia.

    *Da'i kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore,


    Brunaei, Japan dan lain-lain.

    *Pimpinan Umum Persatuan Da'i Tasawuf internasional.




    Lain-lain :*Pakar bidang studi perbandingan antara fikih Hanafiah dan madzhab-mdzhab lain

    serta pemikiran Islam.

    *Hidup bersama anak dan Isteri dalam kehidupan harmonis dan Islami .

    maklumat di ambil dari:

    http://www.al-hasani.com/melayu/

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 4:21 AM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com