ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Sunday, March 18, 2007
    ..:: Ganjaran Taatkan Rasulullah ::..

    SEORANG sahabat berkata kepada Rasulullah saw: “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku.


    “Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tak akan tahan memendam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. “Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, kerana aku tahu bahawa engkau pasti akan masuk ke dalam syurga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain.

    “Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam syurga, aku khuatir tak akan dapat melihat wajahmu, kerana darjatku jauh lebih rendah dari darjatmu.”

    Mendengar kata-kata sahabat yang mengharukan itu, Nabi tidak memberi sebarang jawapan sehinggalah malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah yang bermaksud:

    “Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Surah an-Nisaa’, ayat 69).

    Daripada maksud ayat di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa mentaati Allah dan Rasul-Nya akan diberikan nikmat yang paling tinggi iaiatu dapat bersama dengan golongan solihin di syurga.

    Mentaati Allah dan rasul bermakna melakukan amalan yang dituntut oleh Allah dan menjauhi larangannya, manakala mentaati rasul bermakna mengikuti sunnah sedapat mana yang mungkin.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:27 AM   0 comments
    Tuesday, March 13, 2007

    ..Tahajud hindar diri daripada perasaan riak..

    NABI Muhammad bersabda maksudnya: “Sesungguhnya pada waktu malam ada satu masa yang tidaklah seorang Muslim berkebetulan memohon kepada Allah sesuatu kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat pada ketika itu kecuali pasti Dia akan mengurniakannya. Dan hal sedemikian berlaku pada setiap malam.” – (Hadis riwayat Muslim).
    I k l a n




    Allah menciptakan alam penuh dengan ketenangan dan keheningan. Dalam suasana sedemikian, hati menjadi sangat bersih dan penuh tumpuan. Ia adalah saat yang paling tepat untuk bersunyi-sunyian di samping Allah.

    Solat adalah bekalan untuk mengharungi cabaran hidup seharian. Apabila ia dilakukan dalam keheningan malam, maka ia memberi bekalan yang lebih banyak. Pada masa itu, orang beriman yang cinta dan rindu kepada Allah berdiri, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih, membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, bermunajat, berdoa dan menangis kerana takut kepada Allah.

    Bangun pada waktu malam adalah mujahadah diri ke arah memperkuatkan tekad dan keazaman serta mengalahkan bisikan syaitan dan melatih jiwa tunduk sepenuhnya kepada Allah.

    Orang yang meninggalkan tidur, waktu istirahat dan tilam empuk melawan keinginan fizikal, lalu bangun dan bersuci walaupun dalam keadaan mengantuk meletakkan ibadat serta taqarrub kepada Allah teratas daripada segalanya.

    Bangun pada waktu malam ketika manusia lain sedang lena dibuai mimpi membibitkan ketulusan dan keikhlasan pada Allah, sekali gus membebaskan hati dari perasaan riak dan bangga diri.

    Setiap daripada kita pernah melakukan kesilapan dan sememangnya tidak mampu melaksanakan semua tanggungjawab dengan kesempurnaan mutlak.

    Justeru, amat wajar kita mengetuk pintu Allah pada malam hari dan memohon keampunan dan kasihan belas-Nya.

    Doa pada waktu malam adalah ibadat yang paling afdal.

    Diriwayatkan daripada Abu Ummarah, beliau berkata bahawa Rasulullah ditanya: “Wahai Rasulullah, doa apakah yang paling didengar?" Sabda Baginda bermaksud: “Doa pada separuh akhir malam dan selepas solat wajib.” – (Hadis riwayat at-Tarmizi).

    Rumah yang sentiasa dihiasi qiamullail sering dikunjungi malaikat, diliputi rahmat dan kebahagiaan hakiki.

    Alangkah indahnya andai setiap ahli keluarga terutama ibu bapa bekerjasama mewujudkan suasana soleh ini.

    Sabda Rasulullah bermaksud: “Allah merahmati seorang lelaki yang bangun pada waktu malam, lalu dia mendirikan solat. Kemudian dia mengejutkan isterinya, lalu isterinya juga mendirikan solat.

    “Sekiranya isterinya enggan, maka dia akan memercikkan air ke muka isterinya. Dan Allah merahmati seorang wanita yang bangun pada waktu malam, lalu dia mendirikan solat. Kemudian dia mengejutkan suaminya, lalu suaminya mengerjakan solat. Sekiranya suaminya enggan, maka dia memercikkan air ke muka suaminya itu.” – (Hadis riwayat Abu Daud).

    Antara perkara yang dapat membantu kita bangun dan mengerjakan qiamullail ialah niat ikhlas, tekad kuat, sentiasa memperbaharui taubat, menjauhi maksiat, tidur awal, tidur seketika pada waktu siang (qailulah) dan memohon bantuan daripada Allah.

    Kemesraan dan kenikmatan yang dirasai ketika melakukan qiamullail dan munajat dapat melupakan kita kepada kepenatan dan keletihan.

    Rasulullah memanjangkan masa berdiri ketika qiamullail hingga dua kaki Baginda mula bengkak. Namun, Baginda tidak sedikit pun berasa sakit kerana tenggelam dalam kekhusyukkan menghampirkan diri kepada Allah.

    Seorang soleh berkata: “Tidak ada satu waktu di dunia yang menyamai kenikmatan akhirat kecuali waktu yang dilalui oleh ahli tahajud yang merasakan lazatnya munajat.” – Petikan daripada Suara Masjid terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Wilayah Persekutuan.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 12:38 PM   0 comments
    Salam Ta'aruf emPunya bLog
    Saturday, March 10, 2007
    Nama beliau ialah Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid.Dilahirkan di Hospital Besar Tampin negeri Sembilan darul khusus.beliau telah dilahirkan pada tanggal 20 januari 1988 bersamaan hari rabu.beliau merupakan anak yang kelima daripada tujuh orang adik beradik.Beliau telah menetap di Kampung Bongek Tengah Rembau Negeri Sembilan sejak di lahirkan lagi.Ayah beliau bernama Ab Ahmid bin Abdul Malek.dan Ibunya bernama Zaharah bt Ahmid.kakak nya yang pertama bernama Lily norhafizah bt Ab Ahmid dan telah mendirikan rumah tangga sejak 3tahun yang lalu bersama-sama lelaki idamannya yang bernama Badrul Hidayat dan telah di kurniakan seorang cahaya mata dan telah diberima nama Muhd Luqman Hadi.dan Abang nya yang ke-2 bernama Suhrawardi b Ab Ahmid.Abangnya yang ke-3 pula bernama Nur Muhd haz alazhim b Ab Ahmid dan telah mendirikan rumah tangga sejak setahun yang lepas bersama gadis idamannya yang bernama saidatul Asyikin.Dan berkat daripada keikhlasannya telah di anugerahkan seorang cahaya mata yang telah di beri nama Nur iman haritz.Abangnya yang keempat bernama Nur Muhd Iqbal.Dan Adiknya bernama Muhd Muadzam Shah b Ab Ahmid yang berusia 18 tahun.beliau masih lagi di alam persekolahan.dan adiknya yang terakhir bernama Nur Muhd Hazrullah yang masih lagi di bangku persekolahan.beliau mendapat pendidikan awal daripada ibubapanya dan kemudian beliau telah dihantar menuntul ilmu di tadika kemas,kg bongek tengah.Dalam masa yang sama beliau telah dihantar mengaji bersama seorang guru di kampung tersebut yang bernama Almarhum Hj Abdul Ghani bin Omar.selepas tamat pra sekolah beliau telah dihantar ke Sekolah Kebangsaan Undang Rembau (SKUR).selepas itu beliau telah menyambung pelajaran beliau ke Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau (SMRAR) untuk menuntu ilmu agama saperti yang di idam-idamkan sejak kecil.dalam masa yang sama beliau telah di hantar oleh ayahnya belajar bahasa arab bersama seorang gurunya yang bernama Hj Rosli B Saleh yang berkelulusan dari makkah.dari sinilah bermulanya bibit-bibit kecintaannya kepada bahasa Arab.selepas menamatkan pengajian sehingga PMR beliau telah di tawarkan untuk belajar di Maahad Ahmadi,Gemencheh negeri sembilan atau lebih dikenali dengan nama (MANS).dengan kerodhaan daripada Allah dan juga sokongan daripada Keluarga dan asatizahnya beliau telah menamatkan pengajiannya di peringkat SPM.dan selepas itu beliau telah di tawarkan memasuki Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya nilam puri(APIUM).Akan tetapi jodohnya bersama APIUM tidak kekal lama apabila beliau mendapat tawaran untu menyambung pelajarannya ke University Of Ibnu Tofail Morocco.Dan hingga kini beliau masih lagi belajar disini dan harap pembaca dapat mendoakan kejayaan beliau di sini..insyaallah..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:05 AM   0 comments
    Setinggi-tinggi penghargaan..
    assalamualaikum kepada semua sahabat yang di kenali mahupun yang tidak di kenali.Alhamdulillah ini blog saya yang tak seberapa ni dah siap.dan terima kasih di tujukan kepada Abang Syed Fadlullah sebb membantu saya menyiapkan blog.'jasamu akan dikenang' insyaallah..saya akan teruskan blog ni...akhir kalam semoga hubungan ukhwah fillah akan sentiasa mengalir di sungai-sungai hati orang yang sentiasa mengharapkan cinta dari Allah..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 5:24 AM   0 comments
    salam perkenalan.
    Friday, March 9, 2007
    salam muhibbah dan salam perkenalan buat rakan-rakan yang di ingati..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:36 PM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com