ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Wajah-wajah Guru ku...
    Sunday, January 18, 2009
    Wajah-Wajah Guru ku.

    Assalamualaikum
    Alhamdulillah.selesai sudah fatrah imitahan dan sekarnag hanya menunggu natijah keluar.Tak tau lagi bile akan di tampal di papan kenyataan.Paling awal minggu nih,paling lambat minggu depan kot..untuk kali nih,rasenye tak de modal nak citer.Jadi sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Ustaz-ustaz ku yang berkorban untuk agama nih aku nak perkenalkan kepada semua sebahagian ustaz-ustaz aku.bukan semua ustas yang mengajar aku ade dalam nih.ade sebahgian ustaz yang aku ade gambarnya aku masukkan,kalau yang tak da tuh insyaAllah akan menyusul..hehe..Tayyib.Saya mulakan dahulu dengan Ustaz Muhammad Ben Kiran.

    Photobucket

    Photobucket
    Nama nya tidak asing lagi bagi penuntut Jamiah Ibn Tofail.Ustaz Dr Muhammad Ben Siddiq Benkiran.Kunyah die dalam Jamiah ustaz Ben kiran.Seorang Ustaz yang baik tapi terlalu berhati-hati dalam pemberian markah.Subjek yang di ajar di Jamiah kami adalah berkaitan dengan Hadith.kerana beliau seorang yang mahir dalam bidang hadith.beliau merupakan salah seorang anak Murid kepada Dr Farouk Hamadah.Salah seorang Ulama Hadith di Maghribi.Beliau juga sangat sayang kepada Pelajar Malaysia..hehe..(Selepas beliau datang Malaysia) .Seorang ustaz yang berpandangan Luas dan Mahir dalam Ilmu Hadith.Kalau tak berhati2 dalam menjawab soalan pekse,Jumpe lah Ustaz Ben kiran dalam istidrok..hehe.

    Photobucket

    Ustaz Zaid Bousyuaro.Merupakan ustaz yang tegas.Merupakan salah seorang Ulama Maqosid Maghribi.Beliau mengajar kami subjek Maqosid Syariah.nak cakap senang senang jugak lah.sebab die ngajar tak susah.tapi dalam pekse,aku salah jawab..aduih..Merupakan Ustaz yang berhati2 dalam memberi markah jugak.tapi kalau kite jawab ok markah pon ok lah jugak.tak de alasan dalam hujjah nih.kalau dalam ilmu jadal,hujjah ustaz syadid tak leh nak di jadikan dalil yang kuat.sebab kalau kite jawab baik,markah pon baik.hehe..

    Photobucket

    Ustaz Boukili..Ustaz Boukili merupakan salam sorang Ustaz yang baik jugak dengan pelajar Malaysia.bukan selalu bg markah kesian,tapi selalu bg nasihat kat kami.Kalau Imtihan memang kompem dia akan buat syafawi (Lisan)..time ni lah selalu bg nasihat,kalau kite jawab ok markah pon ok.Beliau juga adalah seorang Pemikir Islam atau Umroniah.Memikirkan camne nak bangunkan Hadharah islamiyyah.dan nak menyatukan Ummat islam dari berpecah belah..Falsafah kuat jugak ustaz ku sorang nih.hehe..

    Photobucket

    Ustaz Ahmad Ziadi.Seorang ustaz yang baik dengan pelajar.Pandai amik hati.ramai yang suke kawan ngan Ustaz Ziadi nih.Sebab selalunya die lah tempat untuk orang melepaskan masalah.bile ade masalah die akan dengar..MasyaAllah..Beliau merupakan salah seorang Anak Murid kepada Alamah Syeikh Nasir Addin Al-bani ramihamullah.Ilmu die kire semua boleh.Dan bile mengajar tak suke memberat kan pelajar.Mendapat pendidikan di Universiti Islam Madinah.

    Photobucket

    Dan Akhir sekali,Ustaz Boutharbusy.Yang pakai Tarbus tuh.Tahun lepas mengajar Ilmu terjemah dan tahun ni mengajar kami Ilmu Qiraat.Beliau merupakan salah seorang yang faqeh dalam ilmu qiraat di Morocco nih.gaya die biasa je.tapi Ilmu tabarakallah..dan yang hujung belah kanan tuh Ustaz Sobir.sempat mengajar kami sekejap je.Tentang Fiqh Nawazil..Alhamdulilah seorang ustaz yang baik.Dan sekarang nih merupakan Khotib Jumaat di Masjid depan umah kami nih..

    Semoga Allah memanjangkan Umur Guru-Guru dan supaya di mudahkan segala Urusan dalam kehidupan seharian mereka Amien.sebenarnya ramai lagi ustaz aku di jamiah nun.cume gambar je yang tak de.insyaAllah kalau ade akan ku paprkan di Skrin Monoter nih.hehe..Akhir kalam,semoga Ilmu yang ku telaah dari mereka ni di Berkati oleh Allah.dan kekal hingga ke Hari Kiamat.amien Ya Rabb..



    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:37 PM   0 comments
    Hari Boikot Israel dan Amerika Sedunia
    Friday, January 9, 2009
    Boikot Israel dan Amerika Sedunia...

    Picture From :http://www.flickr.com/photos/hostildiseno/3165933424/


    Picture From:http://www.flickr.com/photos/-lavale-/3180106532/

    Ya Allah Ya Tuhanku..Kami hamba mu yang lemah ini memohon kepada mu agar kau membantu saudara kami di Gazzah.Mereka di Kalangan Orang yang di Zalimi.Kau Tetapkanlah Iman di Hati Mereka dan kau jadikan mereka di kalangan orang yang kau kasihi Ya Allah..
    Amien Ya Rabbal 3Alamien..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 4:07 PM   0 comments
    Oh Gazzah....
    Thursday, January 8, 2009

    Oh Gazzah...


    Saudara Kita di Gazzah semakin hari semakin menderita..Semoga saudara-saudara ku di Gazzah akan terus tabah dan bersemangat dalam mengejar Cita-cita tertinggi dalam islam iaitu Syahid di Jalan Allah dalam mempertahankan Agama Allah dan Menjaga Tanah Suci Gazzah..Dan menjaga Masjid Suci Aqsa yang penuh sejarah dalam islam..
    Ayuh Saudara ku di Semua Negara..Boikot Pada Barangan Israel dan Amerika serta Sekutunya..

    Ikhlas Dari Saudara Mu :
    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    University Of Ibn Tofail Kenitra Morocco.

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:28 PM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com