ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Anak amanah Allah..Ibu bapa amanah siapa??
    Friday, April 18, 2008
    Assalamualaikuom warahmatullahi wabarokatuh..
    Alhamdulillah.syukur ke hadrat Allah atas limpahan kurniannya yang telah di berikan kepada kita dan selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Muhammad S.A.W serta ahli bayt dan juga kepada sahabat-sahabat baginda dan juga semua muslimin yang melalui jalan da3wah yang di telah di susuri oleh baginda.

    Teringat aku pada satu al-hikam wal amsal yang berbunyi.."a3qaqta fa u3qiqta"yang bermakna kau menderhaka dan kau di derhakai..mungkin kalau pertama kali kita jumpe ayat nih mungkin kita perlukan masa untuk memahami apa yang ingin di sampaikan oleh pengarang..bile dah bace cerita baru lah ku ketemui jawapan nya.sebenarnya,Hikam ni memang realiti nya berlaku.cume kita amik kisah dan tak kisah..

    Cerita Dongeng atau Kenyataan??

    Bile ku terbaca kisah tersebut,ku teringat pada satu iklan hari raya dari petronas yang mane mengisahkan seorang ayah yang tua dan baru je kluar dari hospital dan di bawa oleh anaknya ke rumahnya..bila dah sampai kat rumah anak pompuannya itu di takdirkan ayahnya ada buat kesalahan skit.sampai satu masa menantunya itu terlalu merasa rimas dengan kehadiran ayahnya ke rumahnya.yela..ayahnya bile nak minum ayahnya menumpahkan air,memecahkan cawan..sehingga satu ketika ayahnya
    "terlabur" dalam kain ketika makan..lantas anak dan menantunya buat satu tindakan yang mane mengasingkan ayahnya keluar manakala anak beranaknya makan dengan keadaan yang agak selesa tapi ayahnya makan dengan kucing..dan pada petangnya sewaktu istirehat anak permpuan dan anak lelaki bagi pasangan tersebut bermain..dalam permainan tersebut anak lelaki di umpamakan sebagai ayah dan anak perempuan nya di ibaratkan sebagai anak..lantas anak perempuan tersebut berkata..
    "nanti bile dah besar ayah dan mak duduk di luar,kita makan kat dalam"..maka pasangan tersebut dengar perbualan anak mereka..lantas dalam keadaan kesal anak kepada ayah tua tersebut mendapatkannya dan meminta maaf atas keterlanjurannya..
    begitulah yang di maksudkan oleh Hikam wal amsal..bile kita derhaka kepada sesorang pasti Allah akan balas perbuatan kita tersebut kepada kita..lebih-lebih lagi orang yang kita derhaka itu adalah Ibu dan Bapa kita..bak kata orang..
    "sekarang Allah bayar cash kat kita"..ape maknenya tuh??hehe..makne nya Allah akan balas perbuatan kita tu direct tak do kona-kona..
    Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

    “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
    (Surah Al-Israa’, ayat 23-24)

    Itulah yang di perintahkan oleh Allah supaya kita menjaga kedua ibubapa kita apabila sampai umurnya iaitu menjadi tua..bukanlah seperti mana hakikat sekarang ni yang mane memandangkan ibubapa satu perkara yang membebankan sehingga sanggup meletakkan ke dalam pusat penjagaan orang tua.lihatlah betapa binatangnya perangai manusia bahkan ada yang lebih dari binatang..sehingga sanggup membiarkan hidup ibu dan bapa mereka tanpa menguruskan hidup mereka..adakah ini yang di namakan anak soleh??ini bukan lah anak soleh tetapi anak yang toleh.sebagimana firman Allah taala dalam al-Quran bermaksud:

    “Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”
    (Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

    Cuba kita renungkan,sekiranya kita menjadi ibu..kita paling kurang akan meminta supaya anak kita mengenangkan jasa kita mengandungkan mereka..tu yang paling kurang..apatah lagi kita mengandungkan,menyusukan,berjaga malam,beri makan dan sebagainya..tapi bile kita dah besar kita lupakan segala jasa dan pengorbanan mereka.subhanallah..lihatlah betapa kejinya kita kerana sanggup melupakan apa yang telah di amanahkan oleh Allah..
    Sebenanya menjaga kedua ibu bapa adalah jihad..makna sebenar jihad bukanlah berperang di jalan Allah..tetapi belajar itu jihad,melawan nafsu adalah jihad dan juga menjaga ibu bapa adalah jihad...sebagaimana Hadith yang
    diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang maksudnya :

    “Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Beliau menjawab: “Ya”, Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).”

    (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

    Lihatlah betapa besarnya pahala kita apabila menjaga kedua ibubapa kita.menjaga kedua ibu bapa kita adalah jihad di dalam hidup kita..sebenarnya kita sebagai Melayu terlalu menyempitkan pemikiran kita misalnya perkataan Maksiat.kita hanya pandang maksiat kepada zina..adakah Riba,Rasuah,Judi,Arak itu bukan maksiat..semua nya maksiat tetapi di sebabkan pemikiran kita itu yang membuatkan kita hanya menganggap Zina itu maksiat..sama seperti Jihad.kita belajar,lawan nafsu,jaga ibu bapa itu semua nya jihad.

    Menzahirkan perasaan kasih sayang kita

    Bagaimana kita menzahirkan kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa kita?teringat pula pada mesege di dalam friendster ku yang di foward oleh sahabat-sahabat ku..yang berakhir dengan.."Kalau sayangkan ibu kita,sebarkan lah"..hurm..adakah mesege tu jika kita sebarkan sampai kepada kedua ibu bapa kita??dapatkan ibu bapa kita bacanya sedangkan kite tak foward pon kat mereka..sayangnya manusia..dengan hanya menyebarkan mesege bermakna telah menunjukkan mereka sayangkan kedua ibu bapa mereka..Ya Allah..bantulah kami.itu lah makne nya kasih sayang yang hanya pada nama sahaja.seperti mana yang di lakukan pada hari Ibu dan hari Bapa..hanya pada hari itu sahaja kita mengenangi pengorbanan yang telah di lakukan oleh mereka..sebenarnya perbuatan itu bukanlah yang di ajar oleh rasulullah..sepatutnya sehari-hari kita perlu mengenangi pengorbanan ibu bapa kita.paling kurang dengan mendoakan mereka seperti "Ya Allah,ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku,dan rahmatilah meraka seperti mana mereka menjaga ku sewaktu aku kecil"..itu lah doa yang termaktub dalam al-Quran.akhir kata semoga kita mendapat keberkatan dari Allah dan semoga kita di masukkan ke dalam anak-anak yang soleh yang mendapat keredhoan dan kasih sayangnya kerana kita menyayangi kedua ibu bapa kita..insyaallah taala.

    Akhukum fillah..
    Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid



    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:18 AM   0 comments
    ::Pantun Negeri Sembilan::
    Thursday, April 17, 2008
    Kata-kata Basahan Melayu NS

    Elok ei, baca sambil telontang...

    Situ selalu betompik bebarau
    Masih sosek lagi di hutan
    Dah tau poket kan kemarau
    Masih lai bepangku tangan

    Anak koro usah dicakau
    Indok ei ado di ujung dahan
    Nak kayo usah diigau
    Dek pelaso koka berpanjangan

    Belompatan katak ko danau
    Lacup locap lintang pukang
    Biar duit tak banyak di upau
    Asal idup tak ditanggung oghang

    Tidurlah Utih betikar upih
    Di situ tiung berterbangan
    Biarlah kasih tindih-bertindih
    Tolong menolong biar berpanjangan

    Kain putih telokong putih
    Mari dibawak togak semayang
    Oghang kasih Nabi pun kasih
    Allah Taala tentunya sayang


    Alif Mokhter Alhaj - 20 November 1992
    SLB Negeri Sembilan
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 12:39 PM   1 comments
    Kampus Al-Azhar di Rembau
    Thursday, April 10, 2008

    MAJLIS PECAH TANAH

    UNIVERSITI AL-AZHAR KAMPUS MALAYSIA

    Oleh

    DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN

    Menteri Besar Negeri sembilan

    Tarikh : 12 April 2008 ( Sabtu )

    Venue : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan

    Masa : 2.30 petang

    PENDAHULUAN :

    Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan keizinanNya Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) telah diberi kepercayaan oleh Universiti Al-Azhar untuk menubuhkan Universiti Al-­Azhar Kampus Malaysia pada tahun 1429H/2008M ini.

    Untuk itu, suatu upacara Majlis Pecah Tanah yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj.Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di Kompleks YSNS. Warga YSNS mengalu-alukan kedatangan Dato/ Datin/ Prof./ Dr./Tuan/ Puan ke majlis yang bersejarah ini.

    Dengan pengiktirafan ini, telah membuka lembaran baru dalam sejarah Al-Azhar kerana inilah Kampus Universiti Al-Azhar yang pertama diadakan di luar negara Mesir. Universiti ini akan menjadi rujukan kepada institusi Islam di dunia dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Islam.

    Kami berazam untuk mengeluarkan sebanyak mungkin graduan yang berketerampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi, seterusnya mampu memperjuangkan dan meneruskan misi Al-­Azhar yang telah dibina semenjak lebih 1400 tahun dahulu dalam menyebarkan dakwah Islam ke serata pelusuk dunia, InsyaAllah.


    Universiti Al-Azhar Mesir :

    Merupakan salah sebuah universiti tertua dan terkenal di dunia. la menjadi tumpuan para cendekiawan Islam dan penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia sejak kurun ke-8 Hijrah meliputi negara-negara Asia, Afrika dan beberapa negara Eropah. Al-Azhar telah melahirkan ribuan ulama’ tersohor di serata dunia seperi al-Imam Ibnu Hajar al­’Asgalani (pengarang kitab Fath al Bari - Syarah Sohih al Bukhari), al-’Allamah Jalaluddin al-Suyuti (pengarang kitab Jam’ al Jawami’ dan lain-lain lagi. Syeikh Idris al-Merbawi, pengarang kitab Kamus al Marbawi yang terkenal dan juga tokoh Maal Hijrah Malaysia adalah antara ulama’ keluaran Universiti yang tersohor ini.


    Rasional Penubuhan
    Universiti Al Azhar Kampus Malaysia :


    · Menyediakan tempat bagi melahirkan bakal ulama’ yang berketerampilan dari segi ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan pegangan Ahli Sunnah wa al Jama’ah

    · Menyediakan peluang pengajian tinggi berbahasa Arab dalam pelbagai disiplin ilmu Islam dengan mengaplikasikan gabungan pendekatan moden dan turath (karya-karya ulama’ silam

    · Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau, sekaligus memacu Malaysia ke arah destinasi pengajian tinggi peringkat antarabangsa

    · Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menyediakan modal insan peringkat pengajian tinggi berlatar belakangkan persekitaran setempat

    · Mengurangkan pengaliran wang ke negara asing dan dalam masa yang sama membawa masuk dana asing ke negara ini dalam konteks pendidikan global

    · Menyahut dasar baru kerajaan memberikan kebenaran kepada universiti asing menubuhkan cawangan di Malaysia

    · Menyahut cabaran dan merebut peluang yang diberikan oleh Universiti AI-Azhar, sebuah universiti terulung dalam bidang pengajian Islam, bagi memperlihatkan komitmen YSNS menubuhkan Kampus cawangan di Malaysia yang satu-satunya diluluskan di luar Mesir (bertaraf cawangan Universiti Al-Azhar)

    · Bakal menjadi ‘koridor ilmu’ di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global

    HARAPAN :

    Sesungguhnya dengan penubuhan Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia ini, diharapkan akan dapat memperkembangkan lagi sayap dan peranan Universiti AI-Azhar sebagai sebuahinstitusi pendidikan Islam yang bertaraf antarabangsa dan amat dikenali serta disegani oleh dunia, malah menjadi tempat rujukan kepada umat Islam khususnya di Asia, sekali gus sebagai benteng yang ampuh daripada dipengaruhi oleh fahaman-fahaman bertentangan dengan prinsip yang disepakati Oleh Ahli Sunnah wa al Jama’ah.

    Paling utama kewujudannya diharap dapat membawa masyarakat ke arah kehidupan yang sejahtera dan harmoni berpandukan Syariat Ilahi. Semoga sokongan dan dokongan serta sumbangan daripada Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan akan membantu kepada perkembangan Islam di Nusantara khasnya dan di dunia amnya.

    MUSLIMIN/MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS YANG BERSEJARAH INI

    sumber:http://yayasansofa.blogsome.com/

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 10:01 AM   0 comments
    Ummat islam di akhir zaman
    Tuesday, April 1, 2008
    Ummat Islam di akhir zaman


    Allah taala telah berfirman dalam al-Quran:

    وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ (البقرة ،120) وتفسيرها من تفسير جلالين

    "ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم" دينهم "قل إن هدى الله" أي الإسلام "هو الهدى" وما عداه ضلال "ولئن" لام قسم "اتبعت أهواءهم" التي يدعونك إليها فرضا "بعد الذي جاءك من العلم" الوحي من الله "ما لك من الله من ولي" يحفظك "ولا نصير" يمنعك منه

    Mafhumnya:
    "Tidak akan redho ke atas engkau hai Muhammad akan orang-orang yahudi dan nasrani sehingga mana engkau mengikuti akan jejak langkah dan agama mereka,katakanlah hai Muhammad sesungguhnya islam itulah petunjuk.."(al-baqarah ayat 120)

    dan jika di lihat pada tafsiran ayat dari tafsir jalalain yang mana di tafsir oleh dua orang yang bernama jalaluddin assuyuti dan juga jalaluddin al mahalli kerana itu lah di namakan jalalain.Imam jalaluddin telah menafsirkan ayat tersebut dengan berbunyi :
    "orang yahudi dan nasrani ini tidak akan meredhoi ummat islam di bumi ini selagi mana kita tidak mengikuti agama mereka"
    jika di lihat dari konteks Qawaid nahu iaitu kaedah di dalam bahasa arab ni kalimah "لن" membawa enti selama-lamanya sehingga akhir kiamat manakala perkataan " لا" ianya mempunyai had waktu tempoh..oleh itu sekiranya kita lihat pada hakikat hari ini..jarang sekali kita mendengar bahawa orang yahudi masuk islam.sekiranya ada hanyalah jumlah sedikit.
    Rasulullah S.A.W telah bersabda:

    ‏ ‏عن ‏ ‏أبي سعيد الخدري ‏ ‏قال ‏
    ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في جحر ضب لاتبعتموهم قلنا يا رسول الله ‏ ‏آليهود ‏ ‏والنصارى ‏ ‏قال فمن

    Maknanya,dari abi said al-khudri telah berkata Rasulullah s.a.w "nescaya kamu semua akan mengikuti cara hidup mereka sejengkal demi sejengkal kemudian sehasta demi sehasta sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang dhob(biawak pasir) pasti kamu akan mengikuti meraka.para sahabat berkata"Ya Rasulullah,adakah yahudi dan nasrani ?Rasulullah,kalau bukan mereka siapa lagi."(sohih muslim,bab ilmu)

    mafhum dari hadith kita dapat memahami dari hadith yang telah Rasulullah sabdakan bahawa ummat islam akan mengikuti akhlak dan kelakuan dari pada yahudi laknatullah dan nasrani.sehingga kan rasulullah bersabda sehingga puak yahudi dan nasrani ini memasuki kedalam lubang biawak pon nescaya ummat islam ini akan mengikuti jejak langkah meraka.Rasulullah telah mengumpamakan lubang biawah itu kepada perkara-perkara yang kita anggap ianya adalah perkara yang remeh..misalnya menyambut hari kekasih,April fool,hari ayah,hari Ibu..itu lah taktik yang telah di susun oleh puak-puak anti -islam.sepatutnya kita sebagai ummat islam seharusnya tidak terikut dengan apa yang telah di rancang oleh musuh-musuh islam..semoga kita mendapat keberkatan dari Allah..insyaallah..

    arrembawi
    1/04/08
    1455 pm




    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:27 AM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com