Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Anak amanah Allah..Ibu bapa amanah siapa??
Friday, April 18, 2008
Assalamualaikuom warahmatullahi wabarokatuh.. Alhamdulillah.syukur ke hadrat Allah atas limpahan kurniannya yang telah di berikan kepada kita dan selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Muhammad S.A.W serta ahli bayt dan juga kepada sahabat-sahabat baginda dan juga semua muslimin yang melalui jalan da3wah yang di telah di susuri oleh baginda.
Teringat aku pada satu al-hikam wal amsal yang berbunyi.."a3qaqta fa u3qiqta"yang bermakna kau menderhaka dan kau di derhakai..mungkin kalau pertama kali kita jumpe ayat nih mungkin kita perlukan masa untuk memahami apa yang ingin di sampaikan oleh pengarang..bile dah bace cerita baru lah ku ketemui jawapan nya.sebenarnya,Hikam ni memang realiti nya berlaku.cume kita amik kisah dan tak kisah..
Cerita Dongeng atau Kenyataan??
Bile ku terbaca kisah tersebut,ku teringat pada satu iklan hari raya dari petronas yang mane mengisahkan seorang ayah yang tua dan baru je kluar dari hospital dan di bawa oleh anaknya ke rumahnya..bila dah sampai kat rumah anak pompuannya itu di takdirkan ayahnya ada buat kesalahan skit.sampai satu masa menantunya itu terlalu merasa rimas dengan kehadiran ayahnya ke rumahnya.yela..ayahnya bile nak minum ayahnya menumpahkan air,memecahkan cawan..sehingga satu ketika ayahnya "terlabur" dalam kain ketika makan..lantas anak dan menantunya buat satu tindakan yang mane mengasingkan ayahnya keluar manakala anak beranaknya makan dengan keadaan yang agak selesa tapi ayahnya makan dengan kucing..dan pada petangnya sewaktu istirehat anak permpuan dan anak lelaki bagi pasangan tersebut bermain..dalam permainan tersebut anak lelaki di umpamakan sebagai ayah dan anak perempuan nya di ibaratkan sebagai anak..lantas anak perempuan tersebut berkata.. "nanti bile dah besar ayah dan mak duduk di luar,kita makan kat dalam"..maka pasangan tersebut dengar perbualan anak mereka..lantas dalam keadaan kesal anak kepada ayah tua tersebut mendapatkannya dan meminta maaf atas keterlanjurannya.. begitulah yang di maksudkan oleh Hikam wal amsal..bile kita derhaka kepada sesorang pasti Allah akan balas perbuatan kita tersebut kepada kita..lebih-lebih lagi orang yang kita derhaka itu adalah Ibu dan Bapa kita..bak kata orang.."sekarang Allah bayar cash kat kita"..ape maknenya tuh??hehe..makne nya Allah akan balas perbuatan kita tu direct tak do kona-kona.. Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah Al-Israa’, ayat 23-24) Itulah yang di perintahkan oleh Allah supaya kita menjaga kedua ibubapa kita apabila sampai umurnya iaitu menjadi tua..bukanlah seperti mana hakikat sekarang ni yang mane memandangkan ibubapa satu perkara yang membebankan sehingga sanggup meletakkan ke dalam pusat penjagaan orang tua.lihatlah betapa binatangnya perangai manusia bahkan ada yang lebih dari binatang..sehingga sanggup membiarkan hidup ibu dan bapa mereka tanpa menguruskan hidup mereka..adakah ini yang di namakan anak soleh??ini bukan lah anak soleh tetapi anak yang toleh.sebagimana firman Allah taala dalam al-Quran bermaksud:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” (Surah Al-Ahqaf, ayat 15)
Cuba kita renungkan,sekiranya kita menjadi ibu..kita paling kurang akan meminta supaya anak kita mengenangkan jasa kita mengandungkan mereka..tu yang paling kurang..apatah lagi kita mengandungkan,menyusukan,berjaga malam,beri makan dan sebagainya..tapi bile kita dah besar kita lupakan segala jasa dan pengorbanan mereka.subhanallah..lihatlah betapa kejinya kita kerana sanggup melupakan apa yang telah di amanahkan oleh Allah.. Sebenanya menjaga kedua ibu bapa adalah jihad..makna sebenar jihad bukanlah berperang di jalan Allah..tetapi belajar itu jihad,melawan nafsu adalah jihad dan juga menjaga ibu bapa adalah jihad...sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang maksudnya :
“Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Beliau menjawab: “Ya”, Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).”
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Lihatlah betapa besarnya pahala kita apabila menjaga kedua ibubapa kita.menjaga kedua ibu bapa kita adalah jihad di dalam hidup kita..sebenarnya kita sebagai Melayu terlalu menyempitkan pemikiran kita misalnya perkataan Maksiat.kita hanya pandang maksiat kepada zina..adakah Riba,Rasuah,Judi,Arak itu bukan maksiat..semua nya maksiat tetapi di sebabkan pemikiran kita itu yang membuatkan kita hanya menganggap Zina itu maksiat..sama seperti Jihad.kita belajar,lawan nafsu,jaga ibu bapa itu semua nya jihad.
Menzahirkan perasaan kasih sayang kita
Bagaimana kita menzahirkan kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa kita?teringat pula pada mesege di dalam friendster ku yang di foward oleh sahabat-sahabat ku..yang berakhir dengan.."Kalau sayangkan ibu kita,sebarkan lah"..hurm..adakah mesege tu jika kita sebarkan sampai kepada kedua ibu bapa kita??dapatkan ibu bapa kita bacanya sedangkan kite tak foward pon kat mereka..sayangnya manusia..dengan hanya menyebarkan mesege bermakna telah menunjukkan mereka sayangkan kedua ibu bapa mereka..Ya Allah..bantulah kami.itu lah makne nya kasih sayang yang hanya pada nama sahaja.seperti mana yang di lakukan pada hari Ibu dan hari Bapa..hanya pada hari itu sahaja kita mengenangi pengorbanan yang telah di lakukan oleh mereka..sebenarnya perbuatan itu bukanlah yang di ajar oleh rasulullah..sepatutnya sehari-hari kita perlu mengenangi pengorbanan ibu bapa kita.paling kurang dengan mendoakan mereka seperti "Ya Allah,ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku,dan rahmatilah meraka seperti mana mereka menjaga ku sewaktu aku kecil"..itu lah doa yang termaktub dalam al-Quran.akhir kata semoga kita mendapat keberkatan dari Allah dan semoga kita di masukkan ke dalam anak-anak yang soleh yang mendapat keredhoan dan kasih sayangnya kerana kita menyayangi kedua ibu bapa kita..insyaallah taala.
Akhukum fillah.. Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid
posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:18 AM
Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid Home: Kenitra, Morocco About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco.. See my complete profile