ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    .:: Pemergian Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah ::.
    Thursday, March 20, 2008
    TUAN Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah telah kembali ke Rahmatullah pagi ini dalam usia 74 tahun. Allahyarham yang nama penuhnya Abdullah bin Abdul Rahman adalah antara guru Pondok yang masyhor dan juga bermulut masin yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat bukan saja dari Kelantan tetapi dari seluruh negara hingga dari Pattani.



    Allahryarham meninggal jam 7:10 pagi ini dan akan dikebumikan di perkuburan Lubuk Tapah jam 5: 00 petang ini.Beliau juga seorang yang kuat dalam mendukong sistem pembelajaran secara institusi pondok..

    Sepanjang hayatnya Allahyarham seorang pejuang yang istiqamah mendokong perjuangan Pas dan sering dipanggil untuk mengimani solat hajat dan majlis-majlis keagamaan. Allahyarham juga menjadi pakar rujuk Pas dalam hal-hal mengenai agama.

    Allahyraham juga antara Guru Pondok yang menjadi pakar rujuk Istana Kelantan.Almarhum yang merupakan murid kepada Ayahndanya ,Tuan Guru Haji Abd.Rahman sendiri dan juga merupakan murid kepada Para Ulamak Masjidil Haram, antaranya Sheikh Abdul Qoder alMendeli, Sheikh Hasan Masyath, Sheikh Yasin al Fadani, Tuan Guru Pa Da Eil dan ramai lagi ulamak terbilang ketikaitu.

    Kali terakhir beliau hadir dalam kegiatan parti (perjuangan yang disaksi penulis) ialah sewaktu mengiringi calon Pas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dua tahun lalu.

    Allahyarham kurang cergas dan dan tidak menghadiri majlis-mjalis parti setelah menghidapi sakit diserang angin ahmar sejak beberapa bulan lalu. Sejak itu Allahyarham hanya terlantar atas katil. Bagaimana pun Allahyarham tetap menerima kunjungan orang ramai yang berhajat dengan beliau khasnya untuk mendapatkan air penawar atau pun doa.

    Tuan Guru telah meninggalkan seorang balu Hajjah Kamariah Abdul Ghani dan lima orang anak dua lelaki dan tiga perempuan serta ribuan murid. Sama-sama kita berdoa semoga roh Allahyraham Haji Abdullah Lubuk Tapah ditempatkan bersama roh-roh insan yang beriman dan beramal soleh.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 12:24 AM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com