Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Sunday, March 18, 2007
..:: Ganjaran Taatkan Rasulullah ::..
SEORANG sahabat berkata kepada Rasulullah saw: “Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku.
“Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tak akan tahan memendam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. “Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, kerana aku tahu bahawa engkau pasti akan masuk ke dalam syurga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain.
“Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam syurga, aku khuatir tak akan dapat melihat wajahmu, kerana darjatku jauh lebih rendah dari darjatmu.”
Mendengar kata-kata sahabat yang mengharukan itu, Nabi tidak memberi sebarang jawapan sehinggalah malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah yang bermaksud:
“Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Surah an-Nisaa’, ayat 69).
Daripada maksud ayat di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa mentaati Allah dan Rasul-Nya akan diberikan nikmat yang paling tinggi iaiatu dapat bersama dengan golongan solihin di syurga.
Mentaati Allah dan rasul bermakna melakukan amalan yang dituntut oleh Allah dan menjauhi larangannya, manakala mentaati rasul bermakna mengikuti sunnah sedapat mana yang mungkin.
posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:27 AM
Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid Home: Kenitra, Morocco About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco.. See my complete profile