ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Allah itu wujud
    Sunday, March 30, 2008
    Allah itu wujud


    Ada sebuah sekolah yang mana terdapat dalam sekolah itu seorang guru yang memang telah mememdang hati untuk merosakkan pemikiran pelajar tentang wujudnya Allah.yela,budak-budak sekolah rendah mane lah dorang tau.semua yang di ajar guru tu yang di bawanya pulang.tetiba guru tersebut berkata.
    Guru : Murid-murid..cikgu nak tanya,Kamu semua nampaktak pen ini?
    Murid-murid : Nampak cikgu...
    Cikgu : Tu menandakan Pen ini ada atau tidak?
    Murid-murid : Ada cikgu..
    Cikgu : Sebab apa kamu kata Pen ni ada?
    Murid-murid : Sebab pen ni nampak cikgu..

    bile budak kecik tu dah cakap macam tu die pon ubah soalan..
    cikgu : Kamu nampak Allah tak?
    Murid : Tak nampak cikgu.
    Cikgu : Tu menandakan Allah tu ada tak?
    Murid : (murid-murid terdiam)

    murid-murid terdiam sebab apa yang dia belajar di rumah lain,apa yang cikgu ajar lain..tetiba ada sorang murid yang Allah takdir kan mempunyai aqal yang cerdik jugak tetiba bersuara..
    Si Cerdik : Kawan-kawan...Nampak tak akal cikgu??
    Murid-murid : Tak nampak..
    Si cerdik : kalau tak nampak ape tanda nya..
    Murid-murid : tandanya cikgu ni orang gila..

    Dengan keaadaan memalukan cikgu tersebut keluar tanpa banyak kata..

    cerita ini hanya cerita rekaan tiada kena mengena dengan yang hidup mahu pon yang mati..ini hanya sekadar tauladan dan pengajaran.

    Allah taala telah berfirman dan mafhumnya:
    Dan barangsiapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah, maka orang itu pun tidak akan memperoleh cahaya apapun.” (Q.S. An-Nur:40).

    walaubangaimana sekali pon kita berdakwah kepada sesorang itu tapi sekiranya Allah tidak mahu memberikan hidayah dan petunjuk maka tidak akan memberi manfaat lah baginya.hanya Allah sahaja lah yang mampu memberi hidayah dan pertolongan.sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-qashash yang mafhumnya ;
    Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerimapetunjuk.”(QS. Al-Qashash [28]: 56)..sesungguhnya kita mampu berusaha dalam medan dakwah ini akan tetapi natijah nya adalah Allah sahaja yang maha mengetahuinya.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:56 AM   0 comments
    Marrakech
    Saturday, March 29, 2008
    Marrakech
    Marrkech di kenali sebagai Madinatul Hamra.Hamra dalam bahasa melayu bermakna kemerah-merahan..kenapa ya di namakan al-hamra.sebab utama nya kerana bandar nya kesemuanya di cat dengan warna merah..jom kita tengok...

    marakech ni memakan mase kira2 6 jam dari kenitra..kire memakan masa yang lama jugak nak sampai di sana..dan di marakech terdapat tempat yang menarik untuk di lawati..
    ini adalah salah satu tempat yang menarik.salah satu tempat tinggalan sejarah.di kenali sebagai qasr badiyah.Qasr bermakna istana.banyak juga tersimpan rahsia dalam istana ni.di sebab kan saya bukan berasal dari marrakech makenye saya tak mampu nak menceritakan secara mendalam..hehe..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:47 AM   0 comments
    sunset
    Friday, March 28, 2008
    Sunrise

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:28 AM   0 comments
    Kota Walili
    Kota Walili


    Walili ini adalah salah satu tempat sejarah di bumi Maghribi nih..dan di sini ialah tempat istana.
    Walili juga dikenali sebagai Volubilis @ Oulili. Walili juga merupakan sebuah tapak yang mempunyai ciri-ciri arkeologi di Maghribi.sama juga seperti di Melaka yang di kenali sebagai A'famosa yang mane kesan tinggalan sejaran. Sebuah kota tinggalan yang terletak berdekatan Meknes, antara Fez dan Rabat. Pada 1977, ia telah tersenarai dalam UNESCO world heritage. Nama Oulili diambil daripada sejenis bunga yang dikenali sebagai bunga Oleander. Bunga ini dikenali sebagai 'daflah' dalam bahasa arab. Ia masih banyak ditemui di kawasan itu..





    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:05 AM   0 comments
    Hari Malaysia
    Thursday, March 27, 2008
    Malaysia Day

    Pertandingan yang di adakan antara Malaysia dan Maghrib..tahniah kepada pasukan Malaysia sebab berjaya mengadakan pertandingan persahabatan antara Malaysia dan Maghribi..Hadaf atau pon tujuan sebenarnya dalam pertandingan bukan lah untuk mendapat juara atau pon lain-lain tetapi hadaf utama ialah kita sebagai saudara sesama muslim wajibnya mengeratkan ukhwan sesama muslim..


    Pengarah Hari Malaysia,Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi dan Juga Counselor University Of Hassan II,Mohammedia yang turut hadir pada hari perasmian..



    Pelbagai tempat pameran di sediakan pada hari Malaysia dan juga banyak barang-barang yang di jual dan tujuan nya adalah untuk memperkenalkan Malaysia kepada Mahasiswa arab ni bagaimana rupa bentuk,sistem pembelajaran di malaysia..


    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 8:48 AM   0 comments
    ::Malaysia Day::
    Wednesday, March 26, 2008
    Pada 21-22/02/08,Biro Ekonomi telah menjayakan program Hari Malaysia yang telah di adakan di University Hassan II di Mohammedia..kirenye program tu berjaya lah juga tarik pelajar2 arab ni untuk mengenali malaysia..camne cara hidup rakyat Malaysia,ape makanan,camne cara belajar kat Malaysia..kalau sebelom ni die asyik kenal orang malaysia nih duk dalam hutan..kire dorang ni lebih maju dari malaysia..asyeh..gitu lak.ape pon jom layan gambar nih..



    Ni mase mengiringi para tetamu jemputan..kirenya tetamu VVIP tu macam Pegawai kedutaan,Wakil dari Jabatan Pelajaran Malaysia,dan Ketua University..mase ni di setai paluan kompang semua.tu yang membuatkan pelajar arab ni terpesona dengan budaya Malaysia..yelah..dorang mane ade kompang..yang ado kompang pon bahagian Asia je..



    Ni pulak tarian zapin yang di sertai oleh pelajar dari persatuan..tak tau lah bape hari dorang berlatih..kot kejap je rasenye memang tak same gerakan..memang hancur lah..tapi pada hari tersebut mereka telah membuat satu persembahan yang mengakumkan..tahniah..


    Pada hari tu kirenye ramai jugak lah yang terpesona dengan keunikan yang ada pada Malaysia..dan pada hari tuh jugak ada buat permohonan untuk sambung pelajaran ke Malaysia..kat Universiti di Malaysia contohnya UIAM,KUIS dan bermacam2 lagi..kire bahagian Pendidikan memang laris lah sebab pelajar dari Maghribi nih beriya2 nak ke Malaysia..pada hari tu terasa Bertuan aku menjadi ANAK MALAYSIA..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 9:37 AM   2 comments
    .:: Pemergian Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah ::.
    Thursday, March 20, 2008
    TUAN Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah telah kembali ke Rahmatullah pagi ini dalam usia 74 tahun. Allahyarham yang nama penuhnya Abdullah bin Abdul Rahman adalah antara guru Pondok yang masyhor dan juga bermulut masin yang dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat bukan saja dari Kelantan tetapi dari seluruh negara hingga dari Pattani.



    Allahryarham meninggal jam 7:10 pagi ini dan akan dikebumikan di perkuburan Lubuk Tapah jam 5: 00 petang ini.Beliau juga seorang yang kuat dalam mendukong sistem pembelajaran secara institusi pondok..

    Sepanjang hayatnya Allahyarham seorang pejuang yang istiqamah mendokong perjuangan Pas dan sering dipanggil untuk mengimani solat hajat dan majlis-majlis keagamaan. Allahyarham juga menjadi pakar rujuk Pas dalam hal-hal mengenai agama.

    Allahyraham juga antara Guru Pondok yang menjadi pakar rujuk Istana Kelantan.Almarhum yang merupakan murid kepada Ayahndanya ,Tuan Guru Haji Abd.Rahman sendiri dan juga merupakan murid kepada Para Ulamak Masjidil Haram, antaranya Sheikh Abdul Qoder alMendeli, Sheikh Hasan Masyath, Sheikh Yasin al Fadani, Tuan Guru Pa Da Eil dan ramai lagi ulamak terbilang ketikaitu.

    Kali terakhir beliau hadir dalam kegiatan parti (perjuangan yang disaksi penulis) ialah sewaktu mengiringi calon Pas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dua tahun lalu.

    Allahyarham kurang cergas dan dan tidak menghadiri majlis-mjalis parti setelah menghidapi sakit diserang angin ahmar sejak beberapa bulan lalu. Sejak itu Allahyarham hanya terlantar atas katil. Bagaimana pun Allahyarham tetap menerima kunjungan orang ramai yang berhajat dengan beliau khasnya untuk mendapatkan air penawar atau pun doa.

    Tuan Guru telah meninggalkan seorang balu Hajjah Kamariah Abdul Ghani dan lima orang anak dua lelaki dan tiga perempuan serta ribuan murid. Sama-sama kita berdoa semoga roh Allahyraham Haji Abdullah Lubuk Tapah ditempatkan bersama roh-roh insan yang beriman dan beramal soleh.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 12:24 AM   0 comments
    .:: Kembara Ke Marakech ::.
    Wednesday, March 19, 2008
    Assalamualaikum..tetiba aku teringat pada kata-kata orang tua..
    "Pengalaman mematangkan dalam pemikiran"bile ku amat betul-betul baru dapat mendalami maksud nya..contohnya bile kite dah kene sesuatu musibah,maknenya lepas tuh kita akan cuba untuk berhati-hati supaya tak terkene untuk kali kedua..berjalan meluaskan pandangan..betullah tuh..bile kite berkalan kita akan menambahkan lagi pengalaman kite sebagai perantau..kite boleh lihat bagaimana kehidupan masyarakat sesuatu bangsa..contohnya kehidupan masyarakat kat morocco berlainan dengan gaya hidup di malaysia..dan ade jugak yang tak leh makan makanan arab nih..tapi setakat nih semua nya boleh lagi kot memakannya..alhamdulillah..



    Pemandangan sewaktu matahari nak terbenam..subhanallah..tika nih sewaktu baru pulang dari rumah Abuya Abdul Latif..Arabiy yang telah hampir 20 tahun mengenali rakyat malaysia di sini..die pon dah ibarat kami sebagai anak die..yelah.dari dulu dah mula berkawan dengan rakyat malaysia..









    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 12:06 PM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com