ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Pemalsuan Al-Quran
    Monday, April 27, 2009
    Bismillah wassolatu wassalamu a3ala Rosulillah wa3ala alihi Wa man walah.

    Asslamualaikum.
    Di kesibukan sekarang ni,dengan di tambah dengan masa yang terlalu hampir dengan peperiksaan akhir yang bakal berlangsung pada akhir bulan 5 nih dapat juga update blog yang usang nih.tak nak cerita banyak pon,cuma mahu cerita sedikit dan mengingati anak muda yang berada di luar sana tentang musuh islam kini sedang berusaha keras untuk menghancurkan ummat islam ni.Dengan apa??ya..ini lah dia yang kita tunggu2..Al-Quran terbaru ciptaan manusia sudah pon terbit di pasaran.Oleh itu kita sebagai orang islam seharusnya berwaspada dengan apa yang berlaku sekarang.Kita yang nak baca al-Quran jangan lah main baca je.nampak tulisan jawi dan cakap tuh al-Quran.padahal kita tak cek sama ada al-Quran yang sebenarnya atau pon yang telah di reka.Ni kita main baca ja.apa pon petikan dari sahabat ana tentang masalah ini..

    "
    Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang diedarkan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 syarikat percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! mempunyai lebih dari 366 halaman iaitu dari bahasa Arab dan Inggeris, sekarang khabarnya diedarkan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah-sekolah berbahasa Inggeris disana.

    Bukunya sendiri memuatkan 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.
    Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan pelbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.

    Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim tentang info ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang mendustakan Agama Allah SWT.

    Ini alamatnya:


    http://www.islam-exposed.org/ "

    Ada ke surah al-mahabbah??tak penah dengar pon..dan banyak lagi kesesatan yang kita dapat tengok dalam ni..kalau kita lihat sebijik dengan al-Quran tapi kekurangan dengan al-Quran al-karim terlalu beza dan besar.Ini lah salah satu i'jaz yang tidak ada dalam semua kitab melainkan Kitab Allah.Contohnya "Ilmu bayan" "Ilmu Badie" " Khabaran tentang Masa yang Lalu,Sekarang,Akan datang" "Tentang kejadian alam dan alam ghaib" tu lah yg tidak dapat di tandingi oleh buku palsu nih.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 11:09 AM   3 comments
    Diyalna Portal
    Tuesday, April 14, 2009
    Assalamualaikum
    Walaupon blog daku masih lagi dalam pembikinan atau pembaikian saya ingin mempromosikan sebuah lagi laman web yang baru sahaja di lancarkan.Oleh itu,bagi sesiapa yang mempunyai ilmu dan ingin berbincang jom lah kita sama-sama berkongsi.InsyaAllah mudahan ilmu yang di bincangkan bermanfaat bagi semua dan dapat melakukan tajdid minda yang kita inginkan.insyaAllah.Bagi sesiapa yang berminat jom kita join portal Diyalna.com.Tahniah kepada Krew-krew Diyalna.Semoga Allah membantu anda dalam memperjuangkan agama Allah.insyaAllah.

    Ads Portal Diyalna.com
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:59 PM   1 comments
    Dalam Penyelenggelaraan
    Thursday, April 9, 2009
    HARAP MAAF..BLOG MASIH DALAM PENYELENGGARAAN..INSYAALLAH AKAN DI UPDATE SELEPAS SEUSAI DI SELENGGARA.

    YANG BENAR
    MUHAMMAD ISKANDAR SHAH BIN AB AHMID
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:22 PM   0 comments
    Berazam untuk mati di dalam islam
    Friday, April 3, 2009
    Berazam untuk mati di dalam islam

    Alhamdulillah wassolatu wassalamu 3ala Rosulillah wa 3ala alihi wa man walah

    Firman Allah di dalam al-Quran dan mafhumnya :
    ((Jangan lah sesekali kamu sekalian mati melainkan kamu di dalam islam))

    ayat ini adalah ayat yang mempunyai sighah Nahi yang membawa maksud larangan untuk mati melainkan di dalam agama islam.Allah menyuruh hamba Nya tidak mati melainkan dalam hal keadaan kita menyembah dan mengabdikan diri kita kepada nya dengan mengakhiri hayat kita dengan kalimah syahdah yang menafikan tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah.
    kita sedia maklum,Islam adalah agama di sisi Allah.seperti mana yang di firman kan oleh Allah subhanahu Wata3ala mafhumnya:
    ((Sesungguh nya Agama di sisi Allah adalah agama islam)) ali-Imran :19.
    Di sini kita lihat Allah menafikan agama yang berada di serata alam ini dan mengiktiraf bahawa agama Islam adalah agama yang berada di sisi Allah.oleh itu kita sebagai ummat Rasulullah S.A.W yang membawa agama Islam yang hanif sepatutnya berbangga dan berazam untuk mati di dalam islam dan takut untuk mati selain dari agama Islam.minta di jauhkan dari semua itu.insyaAllah.
    Allah taala berfirman mafhumnya:
    ((Dan sesiapa yang berkehendak akan agama selain islam maka ianya tidak di terima oleh Allah dan ketahuilah bahawasanya dia di akhirat kelak akan berada di kalangan orang-orang yang rugi)) ali-Imran :85.

    Allah telah merintahkan hamba Nya untuk beribadat kepada Allah dan bukan kepada yang lain dan kita bersaksikan bahawa Allah adalah tuhan sekalian alam.oleh itu apa guna kita hendak mencari tuhan melainkan Allah.
    Kita tidaklah mampu untuk mematikan diri kita di dalam islam tetapi ingat lah Allah taala telah menyediakan jalan bagi kita untuk sampai matlamat yang kita hendaki.Dengan apa?dengan kita menunaikan segala perintahnya dan menginggalkan segala larangan nya.Dan kita di galakkan berdoa untuk mati di dalam islam dan berazam untuknya dan kita membenci untuk mati di dalam agama selain Allah.
    Sebagaimana khabar yang di sampai kan oleh Nabi Allah Yusuf bin Yaakob di dalam al-Quran Mafhumnya :
    ((Kau lah wali bagi ku di dunia dan di akhirat dan matikan aku dalam hal keadaan aku islam)) yusuf :101
    .
    Begitulah.Nabi Allah pon sendiri berdoa agar di matikan di dalam islam,apa kan pula kita yang hambaNya yang selalu tersasar dari lapangan Nya dan selalu membuat dosa dan menyakiti hati Rasulullah dengan meninggalkan apa yang di suruh dan membuat apa yang di larang dan meninggal kan sunnah beliau.
    Marilah kita berdoa agar kita di matikan di kalangan hamba-hamba Nya yang soleh dan di tempatkan bersama dengan hamba-hamba Nya yang mendapat naungan di Arasy nya di hari akhirat kelak.insyaAllah.

    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Universiti Ibn Tofail,Kenitra Maghribi.

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 1:07 AM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com