ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Maulid Arrasul
    Tuesday, March 10, 2009
    Assalamualaikum
    Alhamdulillah wassolatu wassalamu 3ala Rosulillah wa 3ala alihi wa ashobihi wa man walah.
    Allahumma Solli 3ala saidina Muhammad Wa 3ala Alihi Wa wasohbihi ajma3in.Selawat dan salam keatas junjungan Baginda Muhammad Bin Abdullah,Utusan Allah yang terakhir dalam menyampaikan wahyuNya,Sebaik-baik penciptaan dan penyuluh kepada cahaya Hidayah mengeluarkan manusia dari kesesatan yang menyembah patung ciptaan kepada menyembah tuhan yang Esa.Selawat dan salam kepada Ahli Bait Rasulullah dan juga sesiapa yang mengikuti jejak langkah Rasulullah dalam menyampaikan risalah Allah.
    Rasulullah adalah utusan Allah ke atas seluruh Alam.Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:
    “Tidaklah Kami mengutus engkau kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” (Al-Anbiya: 107).
    Maka,ketahuilah bahawa Nabi Muhammad di utuskan oleh Allah adalah sebagai Rahmat bagi seluruh alam.Sebagaimana yang di tersebut dalam Maqasid bahawa Rahmat terbahagi kepada dua iaitu rahmat di dunia dan juga rahmat di akhirat.Rahmat di dunia adalah rahmat yang memberi kebaikan sewaktu kita hidup manakala rahmat di akhirat adalah rahmat yang paling tinggi iaitu syurga.

    Ibnu Abbas radliyallahu `anhu berkata tentang ayat di atas: “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka Allah tuliskan baginya rahmat di dunia dan akhirat. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka pun mendapat rahmat dengan datangnya Rasul yaitu keselamatan dari adzab di dunia, seperti ditenggelamkannya ke dalam bumi atau dihujani dengan batu.” (Tafsir Ibnu Katsir 3/222)
    Rasulullah adalah qudwah bagi setiap muslim.Seharusnya kita menjadikan Rasulullah adalah Ikutan kita masa kini bukan artis-artis atau pemimpin-pemimpin.Kerana Rasulullah adalah sebaik-baik manusia yang di utuskan oleh Allah.Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:
    “Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t juga Hari Akhirat serta yang banyak mengingati Allah”

    (Al-Ahzab:21)

    Oleh itu,Matlamat tertinggi kita adalah akhirat.Jadi tidak boleh tidak,kita seharusnya menjadikan Rasulullah ikutan kita dalam setiap amalan kita dan setiap tingkah laku kita.

    Di seluruh dunia hari ini menyambut hari kelahiran Junjungan Besar Muhammad alaihi wassalam.Bersaam 12 Rabiul Awwal.Walaupon tarikh kelahiran Rasulullah sebenarnya bukan seluruh Ulama sepakati tetapi ramai ulama yang mengatakan bahawa 12 rabiul awwal adalah salah satu tarikh di mana Rasulullah di lahirkan.Jadi tidak menjadi masalah bahwa kita beri'tiqad bahawa Rasulullah di lahirkan pada 12 Rabiul Awwal janji ianya tidak berkaitan dengan akidah.Pendapat ini di pegang oleh sebahagian ulama dan salah sorang nya adalah Mohd Ibnu Ishaq Naisaburi.Berkata Ibnu Katsir, “Pendapat ini masyhur di sisi kebanyakkan ulama’ dan dipegangi oleh ahli Makkah sejak dahulu hingga sekarang pada waktu menziarahi tempat kelahiran Nabi s.a.w. Mendakwa Ibnu Jauzi dan Ibnu Jazar dengan ijmak , iaitu ijmak kebanyakkan atau ijmak perbuatan, kerana salaf dan khalaf bersepakat atas amalan Maulid dan menamakan hari kelahiran baginda pada hari tersebut di setiap negeri, sehinggakan di Makkah, tempat kelahirannya…”

    Dan sebahagian pendapat muhaddith dan ulama terdahulu berpendapat dan berti'tiqod bahawa Rasulullah di lahirkan pada lapan Rabiul Awwal.Berkata Syeikh Yusuf Ibnu Ismail Annabhani, “Tetapi, pendapat yang pertama itu masyhur di sisi jumhur ulama’ dan ianya pendapat yang sahih, yang mana dipegangi oleh ulama’ salaf dan khalaf, maka diatas pendapat inilah yang dipegangi.”


    Jadi tidak perlulah berbalah dalam perkara khilaf kerana semua nya mempunyai dalil dan pendapat ulama.Tetapi yang perlunya kita perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam dari di main-main kan oleh musuh-mush Islam.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 8:43 AM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com