Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Pindah
Tuesday, June 30, 2009
Bismillah Wassolatu Wassalamu 3ala Rosulillah Wa3ala Ali waman Walah.. Alhamdulilah kini telah pon berpindah dari Rumah lama ke Rumah lama ( Rumah Atas).Terima Kasih Ahli Rumah Atas sebab bg kami menumpang kasih kejap sebelum pulang ke Malaysia.heh.. Skang ni tengah tunggu natijah pekse.Tak tau lah camna.Tahniah Buat Mujahid dan Syafiq atas kejyaan mereka berdua.Dapat juga menghabiskan Ijazah dalam Kuliah Bahasa Arab dalam masa 3 tahun.Tahniah buat sekali lagi.Tahniah 1000X...Mujahid!!lepas nih belanja Dajaj Rubu3..Haflah.. Natijah atau Keputusan Peperiksaan akan keluar insyaAllah pada esok petang atau pagi hari Khamis.InsyaAllah.Moga2 di permudahkan semua urusan.Kerana urusan lepas keluar natijah ni terlalu banyak.Urusan untuk mendapatkan Visa Umrah,Terjemahan Ijazah,Terjemahan Kasyfun Nuqat dan macam2.Semoga Allah permudahkan semua urusan.Amien.Skang ni pon hati dah kat Malaysia dah.Jasad je kat Morocco tapi hati dah kat Malaysia.Tapi bile pikir2 balik rindu juga kat Morocco rasa tak nak balik.Tapi balik lah dulu.Ada rezeki ke sini datang lah balik.InsyaAllah.
P/S : sapa tau kalau externel hars disk rosak dan tak leh run nak buat apa?Banyak gile file penting aku dalam hdd tuh..
Bismilllah Wasolatu Wassalamu 3ala Rosulillah wa 3ala Alihi Ajma3in. Bersyukur kepada Allah atas kurniaannya dapat juga aku tempuhi peperiksaan akhir ni dengan tanpa halangan.Alhamdulillah.Kini hanya menanti keputusan di tampal.Semoga beroleh apa yang di harapkan.Amin. Sekarang ni tengah sibuk mengemas barang untuk pindah rumah.Aku akan ke rumah lain.Sebab kebanyakan dari kami akan pulan ke malaysia dan ada yang akan ke Mesir.Jadi bagi tidak membebankan mereka kami terpaksa pindah ke rumah lain.Lebih2 lagi aku akan berangkat pulang ke tanah air pada awal bulan 8 nih.InsyaAllah jika tidak ada aral melintang dan peperiksaan ku kali ni lulus.Mudahan di permudahkan semua.Walaupon tidak semua peperiksaan aku dapat jawab dengan baik tetapi paling kurang aku dah berusaha dengan sedaya yang mampu dan kini hanya tawakal kepada Allah.Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bertawakal.
Bismillah Wassolatu Wassalamu 3ala Rosulillah Wa3ala Alihi Wa man Walah. Hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 06-06-09 pihak kedutaan telah mengadakan majlis cukur jambul untuk tiga orang baby.Pertama sekali anak ustaz Hadi bernama Nurul Huda,Yang kedua anak Abang Amir Stephen.Yang ketiga anak Encik Rosman.Ok lah.Malas nak cerita panjang.Just layan gambar,Tapi gambar tak lawa pon sebab aku tak reti amik gambar Majlis.Kalau permandangan tuh boleh lah skit2.Aku bab gambar Majlis Kawin,Cukur jambul semua masih fail lagi.Kene study lagi nih.hehe..okey.Bissihah.
Baby One Malaysia (Maghribi,France,Maghribi)
Untie Ana (Orang Kuat Kedutaan)
Dapat gak melepaskan kerinduaan pada makanan Malaysia..
Wahai orang-orang beriman! Apabila diseru untuk solat Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah segala urusan jual beli . itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Dan apabila selesai mengerjakan solat, bersurailah di serata ceruk bumi dan carilah kurniaan Allahdan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kamu beruntung. Dan ketika mereka melihat perniagaan serta permainan (hiburan), mereka berlari ke situ dan meninggalkan engkau yang sedang berdiri (membaca khutbah). Katakanlah “Apa yang ada disisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan urusan perniagaan. Dan Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki. (surah al-Jumaah, ayat 9-11)."
-Masjid Laila Khadija,Kenitra..Di sini lah tempat pelajar lama bermain bola sepak tetapi kini dah menjadi rumah ibadah (Mosojid).Bekas Padang bomba.(Matofi3)/Dark elMalaki. - Peperiksaan Akhir di tangguhkan dan akan berjalan pada 16.06.09 hingga 25.06.09.Kerana memberi peluang pilihanraya wilayah.Akan berlangsung pada 12/06/09.Aku sokong Parti Buah Zaiton sebab aku suka makan buah zaiton. -Bulan terakhir aku duk umah ni.Lepas ni kami akan berpindah ke Rumah Abou Temmam,Rumah warisan Pelajar Melayu.Biasa lah tuh.Dah bepuluh2 tahun rumah tuh tetapi masih teguh. -Gaduh ngan Tuan Rumah sebab suh ganti pintu yang reput dek anai2.Mohammad (kedai runcit) dan Pak Latif Marakushi nasihat tak yah ganti.Tapi di sebabkan malas nak gaduh dan bertekak dengan tuan rumah kami ganti juga.Nak buat camna.Hujjah dia Kami dah akad dalam akad Qira.Jadi apa barang yang rosak dan berlubang kami kene ganti.Fuh..dan di arahkan keluar sebelom 30.06.09.kami habis pekse 25.jadi siap2 semua barang dari sekarang dan pindahkan ke Abou Temmam. Jumpa lagi lepas pekse.InchaAllah..
Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid Home: Kenitra, Morocco About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco.. See my complete profile