ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Maarad kutub Casablanca
    Thursday, February 19, 2009


    Assalamualaiku
    hurm.semalam pada tarikh 18 Februari 2008 Pelajar Kenitra dan sebahagian pelajar dari Rabat telah pon menyertai program kembara ilmu.huhu..bukan lawatan sambil belajar tapi rombongan ke Pameran Buku Antarabangsa Casablanca.Nasib kami baik sebab kami dapat pinjam bas Jamiah (Bas Universiti ibnu Tofail Kenitra) dan bayaran yang di kenakan skit je lah.berbanding dengan naik Qitor (Keretapi) agak2 nye kami yang dari kenitra nih habis jugak lah pergi balik dalam DH 100 lebih..sebab kenitra-casablanca ni punya lah jauh cam Negeri Sembilan nak g ke Terengganu.haa..tu lah jauhnya.tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami tiba ke Pameran pada jam 11 lebih pagi.tgk je lah beberapa gambar yang sempat di tangkap.ade jugak yang tak sempat di tangkap..hehe..



    Rasyad Tengah terkial-kial cari kitab yang tak jumpe2 lagi.kejap g dar Kutub ilmi,kejap g Dar Aman kejap g Dar Hadith akhir2 tak jumpe gak.



    ni Jela ruangan untuk pameran.xsebesar Mesir.sekangkang kera je.yeke??


    Agak2 eh dah penat sangat kot.tu yang duk dulu rehatkan minda.rehatkan otot yang telah longlai minum-minum,makan-makanhaha..

    Manusia ni penah masuk Sejarah Purba dahulu kala menusia tertinggi di dunia sebab ape?sebab die pakai kaki palsu.kami ni sebenarnya ade keinginan gak nak tarik kaki die.kasi tergolek Dog sekali..baru die tau..tapi kami tak sampai hati..haha.

    Rase ni je kot gambar yang sempat aku tangkap..mesti korang tertanya2 kan kenapa lak aku tangkap 4 keping je..sebabnya tengah syok2 aku tangkap gambar tetiba datang segerombolan manusia nih berbadan serba gagah lagi perkasa ibarat badang yang baru je makan muntah hantu tetiba sergah aku dari belakang..tetiba die cakap:
    Manusia badang :takallam arabaiyah syuwaiyah?? ( Boleh cakap Arab )
    Aku: eh lak3x..(bajet tak tau cakap) aku suh jumpe kawan aku nih..aku tak ngaku aku cakap arab sebab aku nampak orang pegang kamera TV.aku ingat nak temu ramah aku.tu yang terus je aku tunjuk kawan aku..haha..
    Manusia Badang:Hena la yumkin tastahdim camera (sini tak leh gune camera)
    Aku: sofi2..(baik lah)

    alasan yang die gune kan sebab aku pakai camera besar..ni kali kedua aku kene cam nih..pertama kali kat Airport Casablanca.time tuh baru je sampai kat morocco lepas bercuti di Malaysia.sampai je Jamarik ( Kastam) tetiba die cek beg aku,die jumpe camera aku..terus je die amik.dia cakap ko nih pakai camera besar2 sebab ko perisik.kalau nak balik bayar DH1200 =RM 500..huish..aku baru je sampai duit pon tak de.memang dasar arab tol.kalau aku nak jadi perisik baik aku gune pen perisik je.buat penat nak bawak hulu hilir.akhir sekali terpaksa guna tektik politik..merayu2 buat muke kesian skit bajet suh buat simpati akhir nye tektik ni berjaya.aku dan kamera aku di lepaskan..huhu..alasan yang same gak di berikan kepada aku time maarad kutub nih..sebab nye aku pakai camera besar nih sebab die syak aku ni pengintip.arab ni harap duk sebalah Sepanyol dan perancis tapi perkembangan Teknologi pon die tak tau..tak pe lah janji kamera aku selamat.kalau die rampas lagi payah..huhu..tak pe..lagi 3 bulan je lagi baki aku duk Morocco nih lepas nih aku boleh amik gambar ape2 je kat Malaysia tanpa sebarang masalah.haha..tu lah sebab nya aku dapat tangkap 4 keping gambar je..ape pon kire okey lah.tak de lah di rampas mahupon di herdik dan di malukan di depan khalayak ramai.hehe..hurm. kepada Lutfi terima kasih maklumat pasal Jamiah Umm Qura.aku asalnya memang nak muqabalah sane tapi bile tau susah terpaksa lah di batalkan niat tersebut.hehe..ape pon selamat maju jaya dan selamat pulang ke Malaysia Kamitaken..
    okey lah selamat berjumpa di lain kali..hehe..tak tau lah lepas nih dah sibuk nak siapkan bahas tahun akhir dan nak tumpukan sem akhir nih..hehe..tak sabar nak balik malaysia nih.

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 1:24 PM   0 comments
    Terjemah Imam An-Nawawi
    Thursday, February 12, 2009
    Terjemahan Imam Nawawi R.H

    Beliau adalah Imam Muhaddith,Ahli Feqh dan seorang yang zuhud yang berasal dari Syam.Nama beliau adalah adalah Muhyiddin Yahya bin Sharaf bin Mari An-nawawi.Beliau di lahir kan di Nawa pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah.dan Nawa adalah satu tempat yang kecil di selatan Dimasyq.Dan sebahagian ulama mengatakan ianya adalah tempat Nabi Allah Ayyub alaihi Assalam.Dan kampong Nawa adalah jalan lama dari Damsyiq ke Mesir,Jordan dan Negara Hijaz.
    Imam An-Nawawi mula berminat dalam mempelajari Ilmu ini ketika beliau datang ke Damsyiq.Dan Imam An-Nawawi telah berkata (Aku telah menghafal kitab “attanbih” dalam masa 4 bulan setengah).Dan Kitab Attanbih salah satu karangan yang di karang oleh Ulama Assyafieyah yang mengandungi Hukum-hukum dalam mazhab Syafie.Dan pengarang kitab tersebut adalah Abu Ishak Ibrahim bin Ali bin Yusuf Assyairazi (393 H-476 H) dan kitab tersebut telah di sebarkan oleh Orentalis Barat yang bernama Joinbal pada tahun 1296 H/1879 M dan di cetak di Brill di London dan mengandungi 350 Muka surat.
    Dan Imam An-Nawawi juga telah membaca dan mengahafal kitab Muhazzab yang telah di karang oleh Imam Abu Ishak Assyairazi.Imam Al-Hafizd Azzahabi telah berkata : Imam An-Nawawi adalah seorang yang senantiasa mempelajari ilmu-ilmu tidak kira siang atau pon malam dan keadaan ini berlaku selama 20 tahun.di samping itu,beliau telah menerima ramai daripada anak murid dan dalam masa itu juga lah beliau seorang ulama yang mencapai kegemilangan dalam bidang keilmuan dan juga pekerjaannya .Kemudian beliau telah menceburkan diri beliau dalam bidang penulisan dalam tempoh antara tahun 660 H hingga tarikh wafat beliau 676 H.
    Di antara ulama-ulama yang telah mengambil ilmu daripada imam An-Nawawi adalah :
    - Zainulddin Abul Baqa Kholid Bin Yusuf Bin Saied
    - Al-Hafizd Al-Lughawi Annabulusi
    - Rodhi Uddin bin Burhan (585-663 H)

    Beliau adalah seorang yang penuh dengan keilmuan dan keilmuan nya seumpama lautan yang luas mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam ilmu Hadith,Feqah dan Bahasa Arab.Merupakan seorang yang teramat zuhud dalam kehidupannya dan ikutan dalam sifat wara’ nya.Tiada tandingan dalam membuat perkara yang baik dan mencegah perkara yang mungkar.Sepertimana yang telah di Naqalkan oleh murid nya Alauddin Bin Al-‘Attar pengarang kitab “ Syazaratuz Zahbi” mengatakan Imam Nawawi telah menghabiskan keseluruhan masanya dalam mempelajari kesemua ilmu dan beramal dengan ilmu yang telah di tuntutnya.

    Kitab-kitab yang telah di karang:
    -Raudhatol Toolibin :Kitab feqah mazhab Assyafie
    -Minhaj Attoolibin : Kitab Feqah Mazhab Assyafie
    -Majmuk Syarah kepada Kitab Muhazzab :Kitab Feqah Mazhab Assyafie
    -Umdatul fi Tashih Attanbih
    -Tahrir Alfazd Attanbih
    -Masaailil Manthurah fil Fatwa
    -Al-Idoh wal Ijazz kilahuma fil manaasik
    -Tahzib Al-Asma Wal Lughah
    -Riyaadussolihin :Kitab Hadith
    -Minhaj Fi Syarah Sohih Muslim bin Al-Hajjaj
    Dan bermacam-macam lagi kitab yang telah di tulis oleh Imam An-Nawawi

    Beliau tidak pernah Makan kecuali sekali sahaja iaitu selepas penghujung waktu isya dan tidak pernah Minum kecuali pada waktu beliau bersahur.Dan telah di jemput oleh Penciptanya yang Maha Esa pada Umur 45 Tahun.Dalam tempoh 26 tahun beliau telah mengahbiskan masanya dalam menuntut ilmu,Menulisnya dan beramal dengan apa yang telah di pelajari.Oleh demikian beliau tidak berpeluang untuk berkahwin kerana tidak terlalu sibuk dalam menuntut ilmu.Bukan lah kerana beliau mengingkari Sunnah Rasulullah iaitu berkahwin tetapi beliau terlalu sibuk dalam mempelajari dan mengajar ilmu yang telah di pelajari dan menulis dan menyebarkannya.

    Di Terjemah Oleh:
    Al-Faqir Ila Rabbihi
    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid

    Sumber Terjemahan:

    Syarah Arbain An-Nawawi
    Tahqiq dari pada Syeikh Ali Ahmad Abdul Al-Aal Al-Tahtowi
    Dar Kutub Al-Ilmiyyah Beirut Lubnan

    P/s: Segala kritikan di alu-alukan kerana masih lagi permulaan dalam menterjemahkan kitab-kitab arab nih..Oleh kerana terasa diri ini masih lagi Dhaif dan Ta3ab dalam penguasaan arab ini jadi terpaksa berkeras skit dalam mentelaah kitab-kitab nih.InsyaAllah semoga mendapat keberkatan dalam menterjemah ini.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:58 PM   0 comments
    الامام ابن حجر العسقلاني
    Wednesday, February 11, 2009
    السلام عليكم و رحمة الله و بركاته..الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا محمد و على آله و أصحابه و من واله ,أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمد رسول الله له شهادة عبده منيب إلى ربه تائب من كل الذنوب.ومحمد رسوله و حبيبه و خليله الذي بعث الله رحمة للعالمين .أم بعد .
    في هذه الفرصة ساتحدث و سنتعرف عن حياة الامام ابن حجر العسقلاني رحمه الله تعالى .وفي نفس الوقت سأغرض إليكم عن ترجمته و مصنفاته وكل الأشياء التي تتعلق به إختصارا إنشا ألله.

    ترجمة الحافظ ابن حجر
    هو أحمد بن علي بن محمد أبو الفضل الكناني الشافعي المعروف بابن حجر العسقلاني ،حامل لواء السنة قاضى القضاة أوحد الحفاظ و الرواة ،ولد بمصرفي شعبان سنة 773 هجرية و بها نشأ و حفظ القرأن و الحاوي و مختصر إبن الحجب و غيرها

    المرحلة في طلب العلم
    سافر صحبة أحد أوصيائه إلى مكة المكرمة فسمع بها ثم حبب إليه الحديث فاشتغل بطلبه من كبار شيوخه في البلاد الحجازية و الشامية و المصرية و لاسيما الحافظ العراقي و تفقه بالبلقيني و إبن الملقن و غيرهما و أذنوا له بالتدريس و الإفتاء .
    و أخذ الأصلين و غيرهما عن العز بن جماعة و اللغة عن المجد الفيروزابادي والعربية عن العمارى و الاداب و العروض عن البدر البشتكي والكتابة عن جماعة و قرأ بعض القرآن بالسبع على التنوخي و جد في الفنون حتى بلغ فيها الغاية .
    و كان ابن حجر العسقلاني باشر القضاء بالديار المصرية استقلالا مدة تزيد على إحدى و عشرين سنة بأشهر تخللها ولاية جماعة و خطب بالازهر الشريف و جامع عمرو العاص و غيرهما .

    المصنفات لابن حجر
    قد بلغت تصانيفه مائة و خمسين و قل أن تجد فنا من فنون الحديث إلا وله مؤلفات حافلة فيه و من بعضها :
    ـ الإصابة في أسما الصحابة
    ـ تهذيب التهذيب
    ـ التقريب و نعجيل المنفعة برجال الأربعة
    ـ القول المسدد في الذب عن مسند الامام أحمد
    ـ بلوغ المرام
    ـ الدرر الكامنة في أعيان المائة الثامنة
    ـ نخبة الفكر و شرحها
    و غير ذلك من كتبه القيمة

    و قد إنتقل ابن حجر الى جوار ربه بعد عشاء ليلة السبت ثامن عشر ذي الحجة سنة 852 هجرية .أجزل الله له الثواب و جزاه خير الجزاء و نفعنا بعلومه في الدارين إنشأالله
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 9:07 AM   0 comments
    Alhamdulillah
    Tuesday, February 10, 2009
    Assalamualaikum warohmatullah..erm..baru je habis pekse versi Ulangan tadi..ustaz janji datang kul 8pagi tapi atas di sebab kan sedikit masalah maka periksa pon bermula dengan jayanya pada pukul 10 lebih..huhu..hajat tadi dah nak balik je.nasib baik lah ustaz Ibryis datang cakap ustaz Zaid Busyoaro dalam perjalanan..kami pon mule lah duk tempat masing2 bace punya bace ,akhirnya ustaz pon sampai.alhamdulillah.lepas tuh kertas pon di edarkan ustaz buat2 cam tak tau lah muqarrar die..bebudak arab ni pon bersungguh2 bg tau muqarrar ustaz dengan harapan dapat soklan yang senan..akhir2 eh ustz bagi soklan juz'ie.soklan yang orang tak target langsung..huhu.alhamdulillah lah aku menghapal jawapan tuh paling kurang pon dapat lah jugak jawab dengan ayat yang lingtang pukang sebab nak mengejar mase selama setengah jam..huahua.setengah jam nak pikir ayat,pikir jawapan,betulkan ayat semua rasenye memang tak sempat.tapi ape pon dah usaha kite tawakkal je...

    Syaraj Sohih Muslim cetakan Dar Hadith..di bandingkan harga Morocco
    dgn Mesir cam langit ngan bumi...

    sebahgian daripada Kitab2 ku..abang fer cakap tak cukup sekotak lagik..adui..

    Seperti yang sedia maklum minggu lepas adalah minggu penghabisan Pameran Buku di Mesir..aku pon tak melepaskan peluang menyertainya dari Jauh..huhu..tapi aku pon ade lah jugak menyedekahkan sedikit duit ku di Maarad Kutub tuh..atas pengorbanan seorang senior di Mesir akhirnya dapat jugak kitab2 yang aku hajati..semua nye kitab feqh dan hadith dan tafsir..feqh tuh jangan cakap lah..aku beli semua kitab Imam Syafie..taksub mazhab syafie ke aku nih...memang pon.huhu..

    Kitab al-Umm dan Bidayah wan nihayah Ibn Kathir

    Abang fer seorang senior aku yang masih menetap di Mesir..die lah yang menolong aku membeli kitab2 tuh..sian gak dgn abang fer nih.ke hulu ke hilir semata2 nak cari kitab aku..hanyak doa saja yang mampu aku sampai kan semoag Abang fer di rahmati Allah dan di permudahkan segala urusan di Mesir dan di cepatkan pulang ke Malaysia sebab Masjid die tak bina lagi..huhu.tapi Alhamdulillah.puas hati juga beli kitab2 kat mesir.aku beli kitab sebab memikir kan kalau dah balik malaysia memang susah lah nak jumpe kitab2 arab nih.dan kalau ade ape2 masalah memang payah nak merujuk kalau tak sedia dari awal.tambah2 lagi kalau ade rezeki wat master di Malaysia.kitab2 rujukan arab ni memang penting bg sape yang buat tesis dalam bahasa Arab lah..kalau bahasa Melayu penting gak kot.serahkan pada yang pakar lah..hehe..Kitab khasyiatan feqh Imam Syafie syarah kepada Minhaj Toolibin..kan aku dah kata..aku ni taksub imam syafie..huhu..semua kitab Imam syafie...hik3x..tak po..Ilmu.mano yang baik kite amik..

    insyaAllah berjumpe di lain kali..nak rehat jap..tak cukup makan tido.huhu..bittaufiq semua.semoga mendapat natijah yang cemerlang..

    Buat adik2 ku yang bakal menerima natijah STAM awal bulan 3 nih,Amnyakepada yang mengambil STAM di Maahad Ahmadi Gemencheh N9,dan khusunya kepada ******* bersiap sedia lah hati tuh menerima ape pon sekali natijahnya..insyaAllah doaku sentiasa di sisi kamu sekalian..


    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:55 AM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com