ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Kemangkatan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan
    Saturday, December 27, 2008
    Kemangkatan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan

    Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

    Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul RahmanSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

    "Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,' kata beliau dalam sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini, lapor Bernama.

    Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

    Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada jam 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

    "Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

    "Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

    Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

    Semoga Roh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di tempatkan bersama orang yang soleh..amien.

    Sumber Berita :http://www.malaysiakini.com/news/95497
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 1:04 AM   0 comments
    Selamat Menyambut Awal Muharram
    Friday, December 26, 2008
    Awal Muharram 1430 Hijriyah....

    Assalamualaikum
    Selawat dan salam kepada Junjungan Saidina Muhammad serta Ahli keluarga dan Para sahabat dan juga mereka yang mengikuti jejak Rasulullah hingga hari Kiamat..
    Dalam beberapa hari sahaja kita akan di kungjungi oleh Tahun Baru islam..cuba kita tanya anak2 kita..Bulan yang berada di awal tahun apa namanya??mereka akan menjawab Januari..cuba pulak tanya bulan dalam islam ape namanya??semestinya dia akan berfikir sambil makan BURGERdil..memikirkan ape kah jawapannya..hurm..sepatutnya kita yang beragama islam ni wajib tau bulan islam kerana banyak peristiwa besar berlaku dalam bulan-bulan islam.Contohnya Muharram,berlakunya hijrah Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekkah ke Kota Madinah..dan daripada peristiwa ini lah bermulanya Kalendar Hijrah dalam Islam..
    Hari ni,aku mendapat maklumat dari sahabat aku yang menyatakan tentang satu laman web yang menghina Rasulullah S.A.W..sedih sungguh aku tengok blog tersebut.aku tau,Pemilik blog tersebut bukan lah seperti yang tertera dalam address Blogspot tersebut.pada mase tuh aku tgk pon sebelom keluar dalam berita dan Surat Khabar..malam ni aku tgk balik blog tersebut dah tak ada post2 yang di Post..dan sekali lagi aku tgk die dah DELETE blog tersebut..hurm..Kenapa??takut ke kene tangkap???tapi dengan Tuhan ko tak takut..menyirap betul aku..ntah ape lah keje yang ko buat..apsal lah ko Bengang sangat ngan islam??tapi ko jangan ingat ko boleh lepas..Malaysia ni ramai hackers..semua leh tau ko sape.sape yang buat blog tersebut..IP address ko tuh boleh detect ko kat mane semua..jangan risau..semua nya Allah akan bg balasan..insyaAllah..tunggu dan lihat sahaja..nasihat ku pada Ummat islam,bersatu lah dan teguhkan lah Akidah mu dan jangan lah sesekali mensyirikkan Allah dan menghina Rasulullah yang banyak berjasa kepada Kita.semoga Allah menjaga keturunan kita dari bersikap demikian insyaAllah..akhir kalam..selamat menyambut Awal Muharram dan semoga Azam baru kita membawa kepada Dekatnya kita kepada Allah..

    Photobucket

    Ikhlas Dari:
    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    University Of Ibn Tofail kenitra.Morocco.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 4:10 PM   0 comments
    Musim Peperiksaan Kembali..
    Thursday, December 25, 2008
    Peperiksaan Datang Balik....

    Assalamualaikum..
    hurm..seperti sedia kala.aku akan pastikan blog aku nih berhabuk dan biarkan Labah2 membiak dan membesar sebagai Juara..sekarang ni bulan 12.dan bulan 12 ni hampir melabuhkan tirainya dan juga Tahun 2008 nih bakal menutup pintu nya..dan Tahun 2009 bakal membuka pintunya pula.seperti tahun sebelom ini,kita di galakkan memperbaharui azam kita.Dan di galakkan memuhasabahkan diri kita.Adakah tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelomnya.Dan apakah azam kita untuk tahun ini telah terlaksana atau pon belom terlaksana..dan aku seperti biasa.sebagai insan yang lemah,banyak lagi yang perlu aku perbaharui dan sempurnakan.dan aku harap azam aku akan terlaksana.insyaAllah..semoga Allah memberi petunjuk dan jalan kepada Aku.insyaAllah..
    Bermula 5/01/2009 ni bermula lah Peperiksaan untuk semester 5 nih.iaitu semester 2 terakhir.Dan aku berharap aku dapat buat yang terbaik untuk diri dan keluarga aku..insyaAllah..Hari Selasa lepas,Orang yang aku rindui sampai di kenitra,iaitu Abuya Abdul Latif el-Marrakuchi.dah lame tak jumpe.Alhamdulillah..walaupon rupanya dan nampak sedikit di mamah usia tapi tenaganya masih di kurniakan oleh Allah seperti Muda-mudi..heh..erm..
    oklah..jumpe lagi di post yang akan datang..ape pon doakan kami di sini supaya di permudahkan segala urusan..dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat..salam.

    Photobucket

    p/s:tak tau lah..ape sebab aku tetiba nak edit gambar nih..gambar ni dah lame aku amik.tapi tetiba malam ni nak edit lah gambar nih..mungkin saje je kot edit gambar nih..tak de gambar lain nak masukkan.asal boleh je..nak gambar ganas2 senjata dan bertukar.dari camera dan jadi Kitab dan Pen..hehe..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:36 PM   0 comments
    Sunday, December 14, 2008
    Edisi Khas sebelum Peperiksaan

    Photobucket


    Tengah duk sorang2 tetiba terfikir,apa gunenya kite bersikap sombong??walaupon ilmu kite tinggi melangit tak semestinya kita ni dah alim.sedangkan ilmu Allah tuh terlalu banyak.sehingga seperti mana Syair imam Syafie "Selamanya tidak akan dapat kau menguasai Ilmu ,walaupon kau menuntut ilmu selama seribu tahun" Diwan Imam Syafie.tu seribu tahun pon kita tak leh nak kutip ilmu Allah nih ape tah lagi umur kita ni yg tak sampai seratus tahun pon..subhanallah..
    dalam beberapa minggu je lagi,kami akan memulakan peperiksaan bagi semester awal nih..iaitu aku akan menduduki peperiksaan semester 5.insyaAllah,kalau di izinkan Allah.bulan 7 ni aku akan grad.insyaAllah..harap doa dari semua orang.supaya di permudahkan segala urusan.amien..


    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 5:04 AM   0 comments
    Eid Mubarak Saied
    Saturday, December 6, 2008
    EID MUBARAK SAIED

    Assalamualaikum..
    erm..tetiba lak hari ni rase nak meng"update" blog ku yang usang lagi tak bermaya nih..adeh.
    .(bak kata faisal.."tak dayo den do")..
    makin hari makin tahap kesejukan di daerah paling best nih Kenitra makin menurun hingga ke tahap bahaya..(sebab tak leh nak kluar dari selimut tu bahaya tuh.)haha..tapi insyaAllah.pepatah arab cakap "sesiapa yang berusaha die akan dapat kejayaan dan sesiapa yang menanam die akan mendapat hasilnya"..oleh itu,kite kene lah berusaha dalam membuat sesuatu pekerjaan agar mendapat hasil yang memuakan..same gak cam pepatah melayu "hendak seribu daya,kalau tak nak seribu dalih"..
    Tak sampai lagi beberapa hari lagi kita Ummat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.Aidiladha ni biasanya orang malaysia panggil hari raya haji sebab Ummat Islam akan ke Haji pada waktu ini..jadi seperti biasanya di Bumi Maghribi nih,mengikut adat dorang setiap keluarga kene paling kurang sekor kambing..so,nak di jadikan cerita,di sebabkan adat dorang ni,maka dengan ini saya pemegang cap mohor china mengumumkan bahawa Rumah kami hampir2 di ceroboh oleh pihak yang tak bertanggung jawab pada malam jumaat..cis..orang malam jumaat buat tahajjud,die ni g main colek2 barang orang.tapi Alhamdulilllah wa tabarakallah,Allah masih nak panjangkan umur barang2 rumah kami nih.Penunggu Rumah atau kata orang Kampung ese "security Guard" yang kami upah tiap2 bulan tuh nampak ade orang nak masuk ikut belakang..kuang asam.kalau nak curi ketuk lah pintu bagi salam ke ape ke.ni main ikut belakang,tak aci lah cam ni..tapi takdir Allah nak jaga kami,tetiba die tersepak tin ke ape ke,,dah lah berbunyi menatang tuh.dio pon dah mengelupur pucat dio last2 eh losap..tetiba pak guard tuh cakap aku nampak ade orang masuk umah ko nih..yela..time tuh pukul 2.15 pagi..mengikut laporan yang di lapor kan oleh cif inspektor syahidd.sebab dio yg donga..tapi tak po lah..sekarang ni kene berjaga2 je lah.kalau ade orang arab masuk umah,tu "FURSATUN KABIRAATUN".atau Peluang Keemasan..ape lagi..siap lah arab ni..aku gergaji tangan die..buat dalam cam dalam citer SAW..tak pon hari raya korban pertama tu orang sembelih kambing pelajar Malaysia sembelih pencuri..haha..erm..dah puas merepek dalam nih..ape pon,semoga semua sihat sejahtera..dan di lindungi oleh Allah..
    akhir kalam..Selamat Menyambut Hari Raya AildilAdha dan Eid Mubarak Saied...

    Photobucket

    eid adha edited
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 1:38 AM   0 comments
    Program Ayyam Athaqafiah
    Friday, December 5, 2008
    Assalamualaikum ..
    mudahan semua dalam keadaan Sihat sejahtera..
    erm..baru-baru ni aku ngan syahidd dah di wartakan sebagai "Juru Foto" rasmi Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi..insyaAllah.kami akan laksanakan tugas ni sebaik mungkin..tapi rasenye tahun akhir ni cam susah je..huhu..tapi insyaAllah tugas akan di lakukan dengan sebaik mungkin..Tugas pertama kami telah selesai kami lakukan.iaitu amik gambar time budak ni nasyid atas jemputan Munazzomah Tajdid Tullabi kenitra.bukan senang nak dapat jemputan dari Arab..
    kire hebat juga lah Kumpulan Nasyid kite nih..huhu..ok lah..tak nak cakap banyak..layan lah gambar nih..

    Photobucket

    Photobucket

    Photobucket

    Photobucket

    erm..sekarang ni musim Raya haji dan bakal tiba di pintu gerbangnya..huk3..tambah2 skang ni musim sejuk..lagi lah..
    ape pon jumpe lagi di ent3 lain..ok..bissihah..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 2:42 AM   0 comments
    Monday, December 1, 2008
    Rakan Sepermainan..

    Assalamualaikum

    Erm..sekarang ni Morocco seperti biasa je..bulan 12 adalah bulan paling sedap untuk berbungkus di dalam selimut tebal (lihaf) di tambah lagi dengan Sleeping beg memang takkan keluar kalau tak de urusan..sejak kebelakangan in,Morocco di timpa hujan lebat,tidak seperti Musim yang sebelum nya..hanya angin dan panas menjadi permainan kami..huhu..tapi tahun ni hujan adalah permainan kami..dalam beberapa Minggu sahaja kami akan menghabis kan semester 5 sebelum tiba nya semester 6 iaitu semester akhir aku berada di bumi Maghribi sebelum aku membawa pulang diri ku ini ke Malaysia.insyaAllah..hanya Doa sahaja yang dapat ku pinta daripada rakan-rakan sekalian..semoga Tahun akhir ni berakhir dengan kejayaan agar aku dapat menyampaikan ilmu apabila aku pulang ke Malaysia..insyaAllah.biasa lah..yang datang pasti akan kembali..(yang datang Morocco pasti akan pulang ke Malaysia)..lepas tu pelajar baru lah pula yang akan menjadi pewaris ilmu di maghribi nih..
    Ketika aku belek (tengok) blog kawan-kawan aku yang pernah bersekolah di Maahad Ahmadi Gemencheh dulu,tetiba aku terbaca blog kawan aku nih.Muhammad Asri bin Jani..merupakan salah sorang kembar aku di Maahad..(sebab lahir tarikh yang same je..muke lain2)huhu..asri ni boleh di anggap seorang yang happy go lucky lah..sebab tak penah marah.tapi selalu merajuk.kui3x..die lah yang mengingat kan aku akan pengalaman kat maahad..walaupon 2 tahun setengah (1/2) tapi bagi aku Maahad merupakan tempat yang paling best aku rasekan..jumpe kawan-kawan dan tempat yang pertama aku duduk Asrama..di asrama lah paling banyak citer.mane tak,malam-malam je balik prep bukan tido..kekadang siap boleh ziarah menziarahi satu sama lain..biasa lah merapatkan ukhwah sesama kawan.huk3x...yela.dalam kelas aku je hanya ada 14 orang lelaki..tu lah kawan.same belaja,sama main,sama gaduh semua nya adalah..
    tapi bile dah berpisah,baru lah tau betapa best nye dorang ni..insyaAllah geng..ade rezeki kite jumpe tahun depan.insyaAllah..doakan kami kat sini supaya di permudahkan segala urusan..amien..
    Ni baru ade sepuluh..yang baki lagi empat tak kelihatan..sebab ape??ponteng kelas..huhu...tak de lah..ni adalah kire-kire hari last kami kat maahad..
    Duduk kiri:Ubai,Aku,Faru,Ijad,Mujahid
    berdiri kiri:Ridhwan,Asri,Halim,Faisal,Syidantambahan..Anas,Zaki,Hazmi..tu lah 3 orang yg tercicir..
    Gambar ni hampir keseluruhan ade dalam gambar nih..cume yang tak de ialah Syamim..mim..mane ko???huh..ape pon..sekarang yang tinggal memori je..bende yang dah berlalu tak boleh nak di kembalikan lagi..sebab tu kite kene gunakan mase dengan sepenuhnya..
    Allah bersumpah dengan menggunakan masa..
    Allah berfirman:Demi Masa,sesungguhnya Manusia adalah dalam kerugian..
    memang benar..sekiranya kita tak gunakan masa dengan sempurna pasti kita akan menyesal kelak..mula lah ade yang kata "nyesalnya aku tak bace buku semalam"bile tibe time pekse..huhu..
    oklah..semoga berjumpa di entry lain..insyaAllah..
    to All my friends..semoga berjumpa lagi..insyaAllah..
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 8:04 AM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com