ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Malam Cak Kun Cak
    Friday, May 8, 2009
    Bismillah Wasolatu Wassalamu 3ala Rosulillah Wa 3ala Alihi Waman walah.
    Hari ini hari Jumaat malam sabtu.Biasanya kalau sewaktu di PLKN dulu malam ini di namakan malan cak kun cak.Sebab cuti.Jadi pelatih di benarkan untuk ke mana2 yang dia suka.Tapi bukan fly lah.Maknya dia boleh g Duk dalam berek,lepak-lepak,G minum kat warong dalam kem ke,paling best dua bende nih ( Dating dan Karaokey)..Penuh kat tepi jalan tuh orang berpasangan ini duduk.


    Biasa lah.3 bulan takkan nak lepas kan peluang begitu saja.Paling kurang ada pengalaman manis yang boleh di bawa pulang.Huaaaa..
    Teringat waktu nama aku di panggil sewaktu ada kelas,aku di arahkan datang ke Pejabat kerana ada urusan.Aku pon pergi.Kemudian aku di beritahu surat pemohonan penangguhan latihan di benarkan kerana alasan time tuh nak amik STAM.Tapi last2 sampai kek Morocco.Tapi alhamdulillah.Bersyukur sangat2 aku time tuh sebab di beri penangguhan untuk latihan.Sebab aku tak tahan sangat untuk berada dalam kem tersebut.Biasa lah aku ni bukan jenis yang kaki Cak Kun Cak.Tapi aku ni jenis yang boleh masuk dalam semua kelompok masyarakat.Alhamdulillah.Allah bg aku kelebihan boleh masuk dengan semua orang.tak kira lah Mat rempit ke,Orang tua ke,Muda ke,Mudi (kurang).hehe.
    Bila teringat balik masa latihan best gak.haha..biasa lah.kalau di PLKN ni terkenal dengan istilah Couple kontrek 3 bulan.Time latihan je bercouple,bila dah habis masing2 bawak hala tuju masing2 lah.Dan aku tidak terkecuali.Tapi aku bukan lah bercouple,tapi ada orang yang nak.....tapi aku tak penah lah buat..sebab aku duk PLKN dalam sebulan lebih je.Ada juga lah yang bg nombor talifon dia suh aku call time balikTapi aku tak penah layan pon.aku buang je lepas tuh.(Bajet baik dan thiqah)..Adui..Masalah betul time muda-muda dulu.


    Apa pon,kalau lepas ni di beri peluang untuk menyertai PLKN,sungguh aku akan menolak nya.Sebab banyak lagi perkara yang aku nak buat.Masalah negara lagi,Masalah keluarga lagi (ceh).Apa pon,bg pendapat aku.PLKN bagus.tetapi modulnya perlu di tukar.Dan di asingkan antara Lelaki dan perempuan.Kerana kita buat PLKN untuk mengatasi masalah sosial.Tapi kalau dalam PLKN dah di hidangkan dengan benda ni rasanya ianya kurang berjaya.Ni adalah pendapat aku.Tidak kena mengena dengan politik mahupon orang ramai.Akhir kata.Majulah Agama untuk Dunia dan Akhirat.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:02 PM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com