ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    :: Bakal Meninggalkan Morocco::
    Saturday, May 2, 2009



    Bismillah Wassolatu Wassalamu 3ala Rosulillah.


    Seperti Biasa lah setiap pertemuan ada perpisahan,yang patah akan tumbuh kembali.Begitu lah lumrah dunia dan kehidupan..Minggu ni seorang dari sahabat ana akan pulang ke Tanah air.Ustaz Mujibullah Bin Mohd Nawe.Selama 3 tahun perkenalan dengan beliau banyak yang di pelajari dari beliau.Dulu masa baru sampai,beliau salah seorang dari pada senior aku.Kire tahun pertama beliau tahun kedua.Kire orang lama jugak lah di sini.Orang yang pertama sekali menegur ku ketika baru sampai di kenitra.Ingat ketika tuh semua tengah sibuk-sibuk pasang khemah sebab esoknya ada majlis rumah terbuka sempena hari raya.Sedar tak sedar masa pon dah berlalu.Ustaz Mujibullah pon dah nak pulang ke Malaysia.Gina lah rasanya ustaz-ustaz yang terdahulu ketika habis belajar dan mendapatkan ijazah dan nak pulang ke Malaysia,sudah tentu banyak pengalaman yang mereka akan tinggalkan bersama rakan-rakan mereka.hurm..nak buat camna.Tanggungjawab di malaysia banyak lagi dan orang Malaysia yang dahagakan ilmu wajib kita beri mereka sedikit ilmu yang di pelajari di sini.Apa pon esok majlis perpisahan.Dan aku pon di sini dah tak sampai 3 bulan lagi.Kejap je rasanya.Dah nak pulang ke tanah air.Harap-harap segala ilmu yang aku tuntut di sini boleh di kongsi di malaysia.insyaAllah.Itu lah azam aku.Ingin mencurahkan segala ilmu yang aku ada di tanah air.Ingat pesan ayah ku " Ekau belajar agamo ini,ingat,jangan sombong ngan orang.sok-sok dah berjayo ilmu ko tuh jangan di lotakkan hargo,masyarakat kampung jahil ni yang ko kono botolkan pemikiran nih.Jangan ikut cakap orang jom,Botolkan niat belaja kerana Allah bukan sobab nak duit sok bilo ngajar orang mintak duit dulu." Kata-kata tuh masih aku ingat dan akan aku genggam sampai bila.insyaAllah.


    Maso ni muko semuo baik2..sobab tahun pertamo kek Morocco.Skang ni dah tahun 3..camno lah eh muko masing2..semuo dah berubah.den sorang jo masing maintain.hehe..

    Tgk di Rasyad..Dulu tak do Jambang.skang ni bojambang..Betul tak..aku masih maintain kan??Tak gomok tapi makin kurus.alah..(bilo lah nak gomok nih).

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 5:54 PM  
    1 Comments:
    • At May 3, 2009 at 6:20 PM, Anonymous ouled kenitra said…

      apo pulak punah eh, kito kalau nak tarik org baco tak buleh nak cerito ugamo yo. kok org tu ustat mmg la dio sukio baco tapi nak tarik golongan lain ni kono pendekatan hikmah dan secara tak lansung. pelan2 kito suntik dakwah kek org, lelamo minat la orang

       
    Post a Comment
    << Home
     
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com