ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Kobau dah tumbang
    Saturday, May 9, 2009


    Bismillah Wassolatu Wassalamu 3ala Rosulillah.
    Semalam aku menghabis kan masa aku dengan menontoh cerita "Kerbau dah Tumbang".Nak cakap cerita ni kelakar boleh tahan lah juga.Cerita ni mengisahkan seorang perempuan Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berkahwin dengan Jejaka dari Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) yang datang ke Negeri Sembilan untuk melangsungkan majlis perkahwinanya dengan Wanita tersebut.Jadi tiba di hari yang di tetapkan rombongan lelaki tersebut sampai dan menetap di Hotel yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari rumah pengantin perempuan.Dalam cerita ni ada juga lah kebaikan dan keburukan nya.Yang mana perkara tidak logik adalah Pengantin lelaki yang tersilap rumah.Kerana pada waktu tersebut ada juga pasangan yang melansungkan perkahwinan.ntah cam mana boleh tersalah masuk dan siap bersanding tengok2 orang lain.aduish..Kalau biasanya,wakil dari pihak pengantinperempuan akan menjemput pengantin lelaki yang mana menetap di hotel untuk datang ke rumah pengantin perempuan.Dan paling tidak pon rombongan pengantin akan menetap di kampung berdekatan.Jadi pada waktu malam,Pengantin lelaki akan di ajak untuk makan malam dan beramah mesra dengan ahli keluarga.Bagi aku wan dia tuh memang syadid (berprotokol) gak.sebab tak bg jumpa suami dia padahal orang dua2 ni dah berkahwin.Jadi tak dak masalah lah nak berjumpa.Tapi rasanya tak dak adat dalam masyarakat negeri sembilan cam tu.Kalau ada pon,sebahagian.Dan lagi satu,Pengajaran yang aku dapat,jangan terlalu mengikut adat.Sebab adat ini adalah peraturan yang di cipta oleh Manusia.Jadi kita sebagai manusia boleh ikut dan boleh tinggalkan.Contonhya,Wan dia ni terlalu nak sangat cucu dia ni bersanding.Pada hal dah petang dah,Orang dah tak ada dah.Tu pon ank juga cucu dia bersanding.Adoi.Kalau aku dari awal-awal dah cakap dah dengan mak aku :"Mak,iskandar sok kalau kawin tak nak sanding do..buek ringkas2 jo.Panggil orang buek kenduri doa solamat dah.sonang.Duit pon tak banyak kluar.Leh buek boli umah ko,Poi Umrah ko"..Lantas Omak aku berkato " Baguih tuh,Buek ala kadar jo"..haaa.mak aku yang di sayangi pon dah cakap cam tuh.Lesen Bosar tuh..
    So..dari sekarang aku dah simpam dalam kepalo ni Kawin sok buek majlis kocik2,Tak nak borsanding,Sobab tak nak membazir.Sebab banyak lagi perkara yang boleh di gunakan lepas tuh.Kalau kahwin je belanja dah RM 777,777,77.77 Bape kali kita boleh g Umrah dan Haji.Berapa banyak pahala kita dapat dah.Sedekah untuk buat Masjid,Buat rumah anak yatim,Fuhhh!!!..Saham kat akhirat tuh.Kat Akhirat nnt dah berapa banyak kita untung.berapa banyak papan saham dah kita beli.Tapi tu lah,Manusia tidak memikir kan benda yang di hadapan.Tetapi mereka hanya memikir kan benda yang merekada hadapi.Dengan alasan,Kawin ni je lah sekali dalam hidup.OIT!!!kejap2..jangan cakap cam tu bro.Kalau kita buat majlis dengan harga yang tinggi lepas tuh cerai,lepas tuh kawin balik,Tak ke merasa kawin dua kali.Kalau tak cerai pon Allah takdir kan dapat lagi satu rezeki,tambah lagi satu,tak ke tu kawin dua kali ??jadi tak perlu lah nak membazir.Allah tak suka pada orang yang membazir.Bahkan Allah menegaskan dalam Al-Quran bahawa orang yang membazir ni kawan dan saudara dengan syaitan.Tapi tu lah kita,Bila kawan kita cakap, " Ko ni kawan anjing ah!!"..agak2 nye mahu penampar jepun hinggap kat muka kawan tuh.Tapi kita tak sedar yang kita ni memang dah saudara ngan syaitan..aduih..aku harap bende nii tak de lah kita pikir2 kan sama2.sama kita nasihat.Sebab manusia ni memang jenis pelupa.Kalau tak di ingatkan maka akan lupa sampai bila2.Dan aku pon perlu di ingatkan.Bukan lah bermakna aku ni menasihati jadi nya aku tidak perlu di nasihati.Jadi sama2 dalam berbuat kebaikan.InsyaAllah.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 4:34 PM  
    5 Comments:
    • At May 10, 2009 at 5:17 AM, Anonymous Ouled Kenitra said…

      den pun tak pernah tgk ceghito kobau tu.

      se nasihatkan agar kau boli barang hantaran kek morocco peh tu simpan sampai kau nak kawen sok. se dulu boli beg tangan kek situ lopeh tu simpan beberapo tahun. maso boli tu tak ado calon pun laei.

      p/s budak dirasat arab hari ini ado laei tak yg tak paai tudung?

      Semaha mano keto se boli
      Maha laei kasih sayang omak

      Godang mano pun rumah se ado
      Godang laei kasih sayang omak

      Hebat mano pun tompek kojo ese
      Hebat laei kasih sayang omak

      Ceghodik mano pun ese
      Segak mano pun ese
      Bahagio mano pun ese
      Banyak duit mano pun ese
      Taqwa macam mano pun ese
      Semuo itu tangan omaklah mengukirnyo
      Tanpa Omak sapolah ese
      Tanpa Omak tak adolah ese

      Timo kasih Omak
      Tak terbaleh se jaso omak
      cam mano meleleh air mato se pun
      Kasih Omak tak ado bandingnyo.

      Tanpa Omak sapolah ese

       
    • At May 10, 2009 at 7:55 PM, Blogger Hj Ahmad Nazif Ishak said…

      Hehe masa aku kat Saudi dulu selalu gak masuk tv3 nyer web tengok teli movie cam tu.. Pengubat rindu tanah air kita.. Tapi ade separuh setelit tv boleh dapat tv malaysia gak..

       
    • At May 11, 2009 at 8:31 PM, Anonymous ouled kenitra said…

      Is, se donga ada pensyarah nama hassan boumiftah kat sana. kalau ada dia member baik saya dulu tu, selalu poei rumah dia. harap cubo sampaikan salam dan mintak e mel dio. bagi sekali fotopages ese

       
    • At May 12, 2009 at 4:47 PM, Anonymous ouled kenitra said…

      haa tolong sangat la kok jumpo dio. rapat betul se dgn dio dulu.m kalau ingat laei entry ouled bercerita ttg badiah, ado se sebutkan pengalaman poei ke rumah hassan di sidi slimane.

       
    • At May 13, 2009 at 6:08 PM, Anonymous ouled kenitra said…

      tak kona pulak ese dgn namo Akujim tu. mungkin dio konal dgn bebudak lopeh ese balik. tapi kalau dapek sambung balik silaturrahim dongan boumiftah tu se amat2lah berterimo kasih.

       
    Post a Comment
    << Home
     
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com