ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Ikhlak Jamiah
    Thursday, May 14, 2009
    Bismillah wassolatu Wassalamu 3ala Rosulillah

    Pelajar mula membuat bulatan di hadapan pintu masuk Universiti


    .
    Erm..Dah masuk 4 hari budak arab jamiah ibno Tofai
    l mengunci pintu pagar Universiti,Di sebabkan ketidak puasan hati mereka terhadap Idarah ( Pejabat) Universiti dan sistem universiti.Mereka menyebab kan kami tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.Lebih-lebih lagi kami berbaki 2 minggu sahaja untuk menduduki peperiksaan Akhir Semester 6 (Ijazah).
    Minggu ni sepatutnya kami ada 2 Ujian tetapi terpaksa di batalkan dan di tangguhkan kerana pintu Universiti di tutup oleh mereka.Mungkin dengan ini mereka akan mendapat kepuasaan dan mungkin dapat memaksa pihak pentadbiran universiti untuk memberi apa yang mereka mahukan.Sebenarnya mereka meminta daripada Universiti dua perkara pertama - mereka meminta agar biasiswa mereka di naikkan dan di beri pada waktu yang di tetapkan dan kedua- mereka meinta agar daurah istidrokiah ( Daurah Thaniah) di beri markah seperti daurah ula.Iaitu markah penuh.Oleh itu kerana pihak idarah tidak mengindahkan permintaan mereka jadi mereka telah bertidak dan ini telah menyebabkan kami semua tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran.
    Dan kami di beritahu oleh rakan-rakan kami bahawa berkemungkinan tahun ini adalah sanah baido' (tahun tiada peperiksaan akhir) .Oleh itu di sebabkan tiada pepriksaan jadi kami akan mengambilnya pada tahun akan datang..Tapi kami berharap kalau benda tuh terjadi biar lah terjadi pada puak2 arab yang buat ikhlak ( Pengosongan Universiti) tu ja.Kami yang pelajar melayu ni tidak terlibat takkan kena juga.Dan kemungkinan itu adalah kecil.Dan kami berharap para asatizah pon faham yang kami ni pelajar Malaysia dah tahun akhir.Kalau pembelajaran kami terpaksa di tangguhkan pada tahun depan jadi kami terpaksa pulang ke malaysia atau pon menghabiskan masa selama setengah tahun di maghribi tanpa ada sesi pembelajaran.Kalau yang pulang ke malaysia pula mereka akan datang kembali ke Maghribi pada bulan 3 tahun hadapan.Ni masalah kalau pelajar dah naik angin.Jadi Ustaz2 pon akan membuat suka hati meraka juga.Bila ianya terjadi teringat pulak pada pelajar malaysia yang dulu,yang mana mereka telah di uji dengan perkara yang sama tapi cuma ujiannya lain sikit.kalau nak tau cerita tuh boleh lawat ke Laman webUstaz Mizhar..di situ beliau menceritakan kisah belajar beliau di universiti ibnu tofail..
    Cuma harapan kami,biarlah yang mahu belajar tuh di lepaskan untuk belajar.Jangan lah di halang kami yang datang dari jauh,bukan nak jalan.Kami nak cari ilmu.jadi biarlah kami teruskan sesi pembelajaran.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:42 PM  
    3 Comments:
    • At May 15, 2009 at 1:44 AM, Anonymous ouled kenitra said…

      bondo macam ni lah yg akan ekau cukup ingat pado morocco. lobih2 lagi kau ado pulak amik gambar eh (tak ado arab yang bagi penyepak lopeh tu? he he)

      ujian ni kok berlarutan smpi hari imtihan mmg boghek.

      khair insya Allah

       
    • At May 15, 2009 at 7:01 AM, Anonymous zanaz said…

      waduh macam2 yek kat sana...semoga korang seme dpt sit for the exam this year gak yek...cian kat korang seme.

       
    • At May 15, 2009 at 2:55 PM, Blogger Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid said…

      To Ustaz Mizhar:InsyaAllah.Kenangan abadi..setakat ni tak do lagi ustaz.Sobab eh,ese pakai camera hanset.Amik pon sorok2.hehe..

      To Kak Zana:Cam tu lah kak.Lain orang lain perangai eh.InsyaAllah.Terima kasih kak zana atas doa.InsyaAllah.Mudahan dapat amik pekse awal skit.Nak balik.huahua..

       
    Post a Comment
    << Home
     
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com