ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Penyakit Ujub
    Saturday, July 5, 2008
    Semakin Tinggi Ilmu,Semakin Riak dan Takabbur

    Assalamualaikom

    Saya mulakan penulisan saya kali ini dengan sepotong hadith dari Umar Al-Khattab.

    عن أمير المؤمنينَ أبي حفصٍ عُمَرَ بن الخطابِ رضى الله عنه قال سَمِعْتُ رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم يقول : إنما الاعمالُ بالنيِّاتِ وإنما لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَاتَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورسولِهِ ومن كانت هِجْرَتُهُ لِدُنْياَ يُصِيْبُهاَ أَوِ إمْرَأَةٍ يَنْكِحُهاَ فَهِجْرَتُهُ إِلىَ مَا هَجَرَ إِلَيْهِ. رواه البخاري و مسلم
    Mafhum Hadith:

    Dari pemimpin orang mukmin, Abu Hafsin, ‘Umar bin al-Khatab (r.a) telah berkata: Aku telah dengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : “Sesungguhnya setiap amal-amal perbuatan/pekerjaan tertakluk/tergantung dengan niat-niat dan bagi setiap seseorang berdasarkan kepada apa yang telah diniatkan, maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya dan sesiapa yang berhijrah kerana untuk mendapat keuntungan dunia atau disebabkan wanita untuk dikahwini maka hijrahnya kepada apa yang telah dihijrahnya. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

    sekiranya kita membuat satu penelitian terhadap hadith yang telah Rasululah sabdakan maka kita akan dapat ketahui bahawa setiap amalan bergantung kepada niat sesorang.tidak di nafikan kita tidak mengetahui niat seseorang itu tetapi ianya dapat di zahir dengan perbuatan contohnya apabila dia bersedekah dia tidak menunjuk-nunjuk dan tidak mengunkit-unkit amalan yang telah di lakukan.itu lah yang di namakan Amalan yang ikhlas.
    Imam Ahmad dan al-Syafi’e pula menyatakan : “Termasuk dalam hadith tersebut satu pertiga ilmu kerana usaha hamba adalah kombinasi/gabungan antara hati, lidah dan anggota, maka niat dengan hati merupakan salah satu dari tiga kombinasi tersebut”.Imam Ahmad dan Assyafie mengatakan bahawa niat merupakan elemen dan penyertaan antara Hati,Lidah dan Anggota.Hati berperanan sebagai menyatakan niat yang akan kita lakukan manakala lidah mengucapkan apa yang telah di niatkan hanya kerana Allah manakala Anggota adalah melakukan segala yang telah kita niatkan.

    Realiti zaman sekarang penyakit syirik Kecik ini terlalu di pandang enteng dan remeh oleh sebahagian kita,tidak kurangnya juga pelajar yang belajar ilmu agama.meraka merasakan diri mereka terlalu hebat sehingga sanggup memperlekehkan ulama.dan ada juga yang belajar dan pergi ke kelas talaqqi hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai bahawa beliau seorang yang rajin ke kelas.tetapi bukannya atas tujuan ikhlas dan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah.walaupon pada batinnya kita tidak ketahui niat asal nya.tetapi dengan anggotanya beliau menzahirkan sifat nya..na3uzubillahi min zalik.ketahuilah bahawa setiap amalan yang di lakukan hanya bertujuan untuk mendapat pujian dan pandangan tinggi sesungguhnya Allah tidak menerima pon walau sebezar zarah berdasarkan hadith Rasulullah

    عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال، قال الله عز وجل : أَناَ أَغْنَى الشُّرَكاَءِ عَنِ الشِّرْكِ فَمَنْ عَمِلَ لِيْ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيْهِ غَيْرِى فَأَناَ مِنْهُ بَرِيْءٌ وَهُوَ لِلَّذِي أَشْرَكَ. رواه إبن ماجة

    Dari Abu Hurairah (r.a) sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) berkata: Allah (s.w.t) telah berfirman : Aku adalah sekutu yang paling kaya dari pensekutuan, maka sesiapa yang melakukan amalan mensekutukan padanya selain dariKu. Maka Aku suci darinya.

    Apa yang di maksudkan oleh Menyekutu adalah Sifat Riak dan takabbur.oleh itu kita sebagai pelajar yang mempelajari Ilmu Agama hendaklah membetulkan Niat kita Kerana Allah dan bukanlah untuk mendapatkan ilmu supaya kita boleh riak dan berbangga dengan ilmu yang kita ada.

    Begitu juga dalam hal ibadah kita.kita melakukan ibadah hanya untuk memperlihatkan kepada orang lain bahawa kita adalah seorang yang rajin beribdah dan pergi ke masjid misalnya.supaya orang tau bahawa kita ni adalah baik dan seorang yang kuat beribadah.ingatlah Allah telah melaknat orang yang beribdaha semata-mata untuk memperlihatkan kepada orang akan ibadahnya.sebagaimana firman Allah dalam surah Al-ma'uun ayat 4-6

    فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّيْنَ اَلَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُوْنَ. اَلَّذِيْنَ هُمْ يُرَاؤُوْنَ

    Maksudnya:
    Celakalah bagi orang yang sembahnya.mereka yang sewaktu mendirikan sembahyang dalam keadaan lalai.meraka melakukan sembahyang untuk di lihat akan ibadahnya.

    itu lah Firman Allah.mereka yang melakukan ibadah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk bahwa dia adah seorang yang taat pada perintah Allah..ingatlah walaupaon ada di kalangan rakan kita yang melakukan ibadah kurang tetapi amalan meraka di terima oleh Allah atas dasar niat meraka..Ya Allah..jadikanlah niat aku di kalangan niat Hamba mu yang ikhlas.dan bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dalam beribadah..amien..

    Akhir sekali saya tinggalkan dengan mafhum hadith.moga-moga kita yang sedang belajar ini dapat memperbetulkan niat kita.insyaallah.

    Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu? Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia. Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan. Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu? Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak. Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku. Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.Allah berfirman, “Benar hambaku. Dia pun dihantar ke syurga.(HR. Thabrani)

    Yang Benar
    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 4:39 AM  
    0 Comments:
    Post a Comment
    << Home
     
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com