Erti sebuah Persahabatan
"cepatlah..nanti tak dapat makan"
Assalamualaiukum.. Sabtu yang lepas ku telah mengunjungi sahabat ku yang jauh di Fes yang telah agak lama juga tidak ku lawatinya kerana masing2 sibuk dengan peperiksaan dan sebagainya..oleh tu aku mengambil peluang untuk bercuti ke sana..dan telah lama juga ku tidak meng'update' blog ni.hari ni terasa ringan jari ini untuk menulis satu artikel tentang erti sebuah kawan.. Di sana (Fes) aku telah kenal erti sahabat yang sejati dan bukan sahabat yang hanya di mata kita sahaja baik tetapi di belakang menjadi "Gunting dalam Lipatan" atau bila menghadapai kesusahan mencari dan memerlukan kita tetapi apabila senang menjadi lupa..itu lah kenyataan yang memang tidak dapat di ubah kerana itulah mauqiq atau realiti di zaman kini..contohnya kita dalam masa kita menuntut ilmu atau kita menuntut di sebuah universiti di luar negara.oleh itu para guru2 bukan lah bertutur dalam bahasa Melayu tetapi mereka bertutur dalam bahasa Inggeris,Arab,Perancis.oleh itu sudah pasti kita amat sukar untuk mendapatkan isi penting untuk mata pelajaran nya..kemudian tibalah waktu peperiksaan sedangkan kita tidak memahami satu habukpon mata pelajaran yang kita belajar.oleh itu kita akan berpusu2 mencari kawan-kawan atau menggunakan peluang untuk meminta nota dari kawan kita itu..mereka yang amat memahami kita akan membantu kita dalam pelbagai sudut mahupon kita hanya bercakap dengan mereka sekali sekala sahaja..namun mereka tetap menyanjung kita sebagai orang asing..tetapi apabila keputusan peperiksaan telah keluar dan natijah nya kita berjaya kita akan serta merta lupa akan jasa kawan kita tersebut..apabila di ajak untuk beraktiviti sebagai untuk mendapatkan kenangan kita tolak.apabila meraka datang ke rumah kita,kita lari.dan kita heboh dengan kawan2 lain yang kita tak suka berkawan dengan arab dan kita bagi pelbagai alasan yang bodoh.adakah itu sahabat yang kita cari selama ini???sungguh bertuah bg sesiapa yang mempunyai kawan seperti itu... Di Fes aku telah berjumpa dan berkawan dengan Muhammad Abduh seorang yang berasal dari Sudan..walaupon kulit mereka hitam tetapi aku dapat melihat hati mereka yang putih.dengan layanan dan gurauan yang mereka berikan..walaupon hanya beberapa minit sahaja aku berkenalan..berbeza dengan orang malaysia..kita memerlukan masa untuk berkenalan..bahkan ada yang paling teruk, mereka hanya memandang muka dan paras muka untuk berkawan..Astagfirullah..aku berlindung dari mu Ya Allah dari perasaan riak dan takabbur..kerana paras wajah ini kau berkuasa terhdapat segalanya.Teringat pula pada kata2 Imam Assyahid Hassan AlBanna di dalam berdakwah: "Jadi lah kamu dalam berdakwah ini seumpama sebuah Pokok yang lebat buahnya.Tetapi orang lain membalingnya dengan batu tetapi pokok tersebut menggugurkan nya buah" subhanallah..itulah nasihat Imam Hassan Al-Banna.kita boleh juga ambil nasihat tersebut dalam kita bersahabat ini.. "Tidak berIman sesorang sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana die menyayangi dirinya" .Mafhum dari hadith Rasulullah..hadith ini adalah hadith yang masyhur.kita selalu menggunakan hadith ini tetapi adakah kita melaksanakan??jangan cakap tak serupa bikin..itu lah kita dalam kehidupan seharian.hanya pandai bercakap menggunakan dalil dan hadith tetapi di dalam hati busuk.mempunyai perasaan riak terhadap rakan-rakan sendiri yang ingin meunjukkan dirinya hebat.takkabur dengan perasaan diri sendiri..Astagfirullah..aku bermohon dari perkara syirik ini Ya Allah.semoga kau ampuni diri ku ini dari perkara syirik yang tersembunyi ini..amien..semoga Allah menjadikan kita di kalangan sahabat sejati dan menjadikan kita di kalangan hamba nya yang menuntut ilmu dan mengejar ilmu kerana Allah taala dan bukanlah sebab untuk mendaoat nama atau mendapat pujian di dunia ini.amien..
al-faqir ila Rabbihi Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
|