Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Selamat tinggal Maghribi
Thursday, August 6, 2009
Assalamu3alaikom.. hari ni adalah hari kedua terakhir aku berada di Maghribi sebelum aku bertolak pulang ke Malaysia.Rasa2 nya begini lah perasaaan senior2 aku dulu sebelum meninggalkan bumi Maghribi yang penuh dengan ketenangan dan kedaiman walaupon sesetengah orang tidak merasakan sebegitu.Bagi aku maghribi penuh bermakna buat aku dan aku lebih selesa berada di Maghribi.Ini lah perasaan aku kepada Maghribi. Teringat bila mula sampai di Maghribi.Senior2 aku selalu berpesan dengan mengatakan "ما دمت في المغرب فلا تستغرب" Kalimah yang selalu di laung2 oleh ahli Maghrib.Selagi mana kau berada di Maghrib jangan lah engkau berasa pelik.Mula2 nya aku tak faham kenapa dorang kata begitu tetapi setelah lama ku duk di sini baru lah aku tau kenapa dorang kata begitu..Maghrib bg aku satu negara yang unik dan indah bg aku.Walaupon aku bukan kaki jalan tetapi dengan persekitaraan sekeliling aku merasakan seronok berada di sini.Hajat untuk aku duk lama di sini mungkin tak dapat.Tapi sekiranya di izinkan Allah aku akan kembali ke Maghrib. Sebelum aku bertolak ke Maghrib,Ramai juga yang menempelak aku dengan mengatakan aku belajar di negara orang kulit hitam.Tapi aku tabahkan hati walaupon aku ketika tu tak tau di mana letaknya maghribi.Bagi aku walaupon di mana aku di campakkan untuk menuntut ilmu aku tetap akan belajar,Hatta Negara sudan adalah negara orang kulit hitam tetapi ketahuilah bahawa bahasa Arab mereka terlalu baik dan syair2 mereka terlalu berkualiti.Jangan memandang sesuatu pada zohirnya.Tetapi pandang lah ianya melalui apa yang tersurat.Kerana kebenaran tidak di pandang melalui orangnya..Jadi pesanan aku jangan dengar cakap orang. Sepertimana kata Ulama : Sekiranya kamu menaqalkan sesuatu pastikan ianya benar dan sekiranya kamu mendakwa sesuatu pastikan ianya mempunyai bukti.. Jadi masyarakat kita hari ni terlalu banyak main naqal2 tanpa mempunyai bukti yang kukuh.. Apa pon aku harap kan semua kenangan aku di maghribi ni tidak pupus.walaupon gambar aku dari tahun satu sampai tahun 3 hilang di sebabkan hard disk aku rosak tetapi kenangan di dalam otak aku insyaAllah tetap akan aku ingat sampai bila2..
posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 1:47 AM
Iskandar, hard disk rosak? kasi kat abg kalo nak baiki dan dapat cari balik gamba2 lama. Dengan izin Allah InsyaAllah dapat balik gambar tuu. Ada caranya sebenarnya...
HD aku..org pinjam..pastu..pulang balik..habih sumer pic ilang... lg bengang... tp xpela.. HD yg Allah bg neh lg best...xilang2 pun lagi..ahakz.. Alf Mabruk! jmpe mesia nnt..tingin nak jmep ko..haha..
To Abang Roshidi :Yeke??wah..ada peluang nih.hehe..InsyaAllah.nnt kalau saya dapat jumpa atau klua outing leh lah tolong baiki.Terima kasih banyak2.
To Anap:betul2 tu anap..Allah punya HD lagi up.kene virus pon tak hilang.hehe..InsyaAllah ..nt aku sampai malaysia nnt kite jumpa.InsyaAllah..
To Haidar:Tu lah haidar.Terperanjat gak..dgr2 Insaniah kene tutup sebab H1N1..Bahaya2..Syafaqallah..InsyaAllah ana doakan kita semua selamat dari Bala Allah nih.Semoga Ummat islam malaysia terjaga dari bala nih.InsyaAllah.
selamat kembali ke tanah air. air mata saya tumpah sewaktu kapalterbang telah berlepas dan pandangan bumi maghrib semakin menjauh. dan selepas waktu itu saya masih belum lagi ada rezeki utk kembali ke sana.
saya dah cuba call hassan tapi suara cam org lain je itupun tak jelas.
Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid Home: Kenitra, Morocco About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco.. See my complete profile