ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Jadual Peperiksaan
    Friday, May 22, 2009
    الحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله و على آله و من وأصحابه أجمعين
    Jadual peperiksaan dah pon di tampal kat papan kenyataan Dirasat Islamiyyah.Walaupon khabar nya hari tuh peperiksaan akan di tangguhkan tetapi alhamdulillah..Peperiksaan akan berlangsung seperti biasa dan seperti tarikh yang telah di tetapkan.. .


    02-06-2009 - الإعجاز البيان -الأستاذ صالح زارة
    03-06-2009 - الفقه المقاران -الأستاذ أحمد الزيادي
    04-05-2009 - أيات الأحكام -الأستاذ صالح زارة
    05-06-2009- إعجاز العلمي -الأستاذة مريم آيت أحمد
    -----------------------------------------------------
    10-06-2009 - أحاديث الأحكام - الأستاذ محمد بنكران
    11-06-2009 - الإجتهاد - الأستاذ أبو جميل حسن العلمي

    ni lah jadual untuk peperiksaan akhir semester 6 .InsyaAllah.

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 8:19 AM   4 comments
    Edisi Sebelum Periksa
    Saturday, May 16, 2009

    Tradisi Camio Morocco.Leh bawak 2 dalam satu (orang dan barang)

    Bismillah wassolatu was salamu 3ala Rosulillah wa 3ala alihi wa man walah.


    Semalam hari jumaat peperiksaan ku terpaksa di tangguh lagi di sebabkan pengosongan jamiah masih belum di berhentikan.Dan dengar2 kabar pula tahun ni bukan lah tahun sanah baido (Tahun tiada peperiksaan akhir) tetapi kemungkinan peperiksaan akan di anjakkan.Kiranya kami periksa pada bulan 6 dan habis pada bulan 7 dan selesai semua perkara termasuk dapat ijazah semua dalam bulan 8.Nauzubillah.Sebab tiket dah pon beli.Tarikh pon awal bulan 8.Harap2 semua nya berjalan lancar.InsyaAllah.Mudahan Allah membuka hati orang yang mengunci pintu universiti dan menghalang orang yang nak belajar.Salah satu sebabnya mereka buat begitu sebab intikhabat Wilayah kenitra akan berlangsung tidak lama lagi.Berkemungkinan juga.Kenapa mereka tida buat ketika kelas masih lagi pada peringkat awal??Kalau nak bangkitkan soal minhah dan markah buat lah pada awal pengajian.Ni sudah akhir pengajian dan dah nak masuk peperiksaan baru buat idrob.Betullah kata pelajar2 arab yang (kaki Belajar) ni.Mereka sebenarnya berkaitan dengan politik.Tapi kalau ada kaitan dengan politik sekali pon jangan libatkan pelajar malaysia sekali.Sebab kami mempunyai agenda tersendiri.Apa pon,dengar2 hari ini (sabtu) mereka akan hentikan ikhlak (pengosongan) jamiah.Alhamdulillah.Harap2 semuanya benar.InsyaAllah.
    Ustaz Hassan alami pon berasa kurang puas hati dengan mereka ini sebab menghalang pelajar yang datang untuk belajar.Ustaz Boukili pon sudah bersuara untuk membantu mereka untuk menuntut hak mereka tetapi puak2 el3adlu wal ehsan dengan bongkaknya menolak pelawaan ustaz boukili untuk membantu mereka.Dan menasihatkan agar memberhentikan ikhlak jamie nih.Tapi tu lah.Mereka dengan agenda mereka.Seperti kata kawan ku,Ini bukan lah kumpulan el-3adlu wal ehsan tetapi alla a3dlu wala ehsan. (tidak adil dan tidak ehsan).Ramai dikalangan ustaz2 yang datang ke Jamiah (universiti) dan pulang ke rumah sebab di halang oleh pelajar.Ini lah adab yang paling kurang ajar.Sepatutnya anak murid menghormati ustaz.Kerana mereka adalah yang mendidik kita.Tapi ini adalah sebaliknya.Ustaz di halang untuk mengajar.Kami pelajar Dirasat Islamiyyah (Pengajian Islam) turut di cemoh kerana tidak menyertai mereka.Dan kami (Pelajar Dirasat Islamiyyah) turut di hina kerana bg mereka kami berfikiran sempit dan tidak menyeratai mereka dalam perjuangan mereka.Pada hal mereka yang berpemikiran sempit.Kerana hanya pandai mengunci pintu tetapi tidak tau tidakan seterusnya.
    Ala Kulli hal,harap semuanya akan dapat di selesaikan dengan segera.Kerana kami yang berada di tahun akhir ini banyak lagi agenda.Sekiranya kami lambat menyelesaikan Peperiksaan kemungkinan kami akan lambat untuk memohon kemasukan Master.Kerana dengar2 nya temuduga untuk ke master akan di buat pada bulan 7.Tetapi kalau kami habis urusan pada bulan 8 adakan itu akan mengecewakan kami?sepatutnya Universiti bukan lah menghukum kami semua.Tetapi cukuplah dengan menghukum pelajar yang membuat ikhlak tersebut.Kami yang lain ini biarlah di beri kesempatan untuk belajar seperti biasa dan mengambil peperiksaan seperti biasa.Walaubagaimana pon,kami berdoa agar semuanya selamat dan di permudahkan segala urusan.insyaAllah.
    InsyaAllah.Di entry yang akan datang,saya akan memaparkan tentang pembaharuan yang ada di jamiah Ibn Tofail,Bagi memenuhi hasrat ustaz-ustaz @bekas pelajar universiti Ibn Tofail yang telah lama tinggal kan morocco.InsyaAllah.Sekarang ini semuanya telah bertukar.Dan mana yang buruk telah bertukar baru.Tapi pemandangan tetap sama.



    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 4:48 AM   1 comments
    Ikhlak Jamiah
    Thursday, May 14, 2009
    Bismillah wassolatu Wassalamu 3ala Rosulillah

    Pelajar mula membuat bulatan di hadapan pintu masuk Universiti


    .
    Erm..Dah masuk 4 hari budak arab jamiah ibno Tofai
    l mengunci pintu pagar Universiti,Di sebabkan ketidak puasan hati mereka terhadap Idarah ( Pejabat) Universiti dan sistem universiti.Mereka menyebab kan kami tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.Lebih-lebih lagi kami berbaki 2 minggu sahaja untuk menduduki peperiksaan Akhir Semester 6 (Ijazah).
    Minggu ni sepatutnya kami ada 2 Ujian tetapi terpaksa di batalkan dan di tangguhkan kerana pintu Universiti di tutup oleh mereka.Mungkin dengan ini mereka akan mendapat kepuasaan dan mungkin dapat memaksa pihak pentadbiran universiti untuk memberi apa yang mereka mahukan.Sebenarnya mereka meminta daripada Universiti dua perkara pertama - mereka meminta agar biasiswa mereka di naikkan dan di beri pada waktu yang di tetapkan dan kedua- mereka meinta agar daurah istidrokiah ( Daurah Thaniah) di beri markah seperti daurah ula.Iaitu markah penuh.Oleh itu kerana pihak idarah tidak mengindahkan permintaan mereka jadi mereka telah bertidak dan ini telah menyebabkan kami semua tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran.
    Dan kami di beritahu oleh rakan-rakan kami bahawa berkemungkinan tahun ini adalah sanah baido' (tahun tiada peperiksaan akhir) .Oleh itu di sebabkan tiada pepriksaan jadi kami akan mengambilnya pada tahun akan datang..Tapi kami berharap kalau benda tuh terjadi biar lah terjadi pada puak2 arab yang buat ikhlak ( Pengosongan Universiti) tu ja.Kami yang pelajar melayu ni tidak terlibat takkan kena juga.Dan kemungkinan itu adalah kecil.Dan kami berharap para asatizah pon faham yang kami ni pelajar Malaysia dah tahun akhir.Kalau pembelajaran kami terpaksa di tangguhkan pada tahun depan jadi kami terpaksa pulang ke malaysia atau pon menghabiskan masa selama setengah tahun di maghribi tanpa ada sesi pembelajaran.Kalau yang pulang ke malaysia pula mereka akan datang kembali ke Maghribi pada bulan 3 tahun hadapan.Ni masalah kalau pelajar dah naik angin.Jadi Ustaz2 pon akan membuat suka hati meraka juga.Bila ianya terjadi teringat pulak pada pelajar malaysia yang dulu,yang mana mereka telah di uji dengan perkara yang sama tapi cuma ujiannya lain sikit.kalau nak tau cerita tuh boleh lawat ke Laman webUstaz Mizhar..di situ beliau menceritakan kisah belajar beliau di universiti ibnu tofail..
    Cuma harapan kami,biarlah yang mahu belajar tuh di lepaskan untuk belajar.Jangan lah di halang kami yang datang dari jauh,bukan nak jalan.Kami nak cari ilmu.jadi biarlah kami teruskan sesi pembelajaran.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:42 PM   3 comments
    Kobau dah tumbang
    Saturday, May 9, 2009


    Bismillah Wassolatu Wassalamu 3ala Rosulillah.
    Semalam aku menghabis kan masa aku dengan menontoh cerita "Kerbau dah Tumbang".Nak cakap cerita ni kelakar boleh tahan lah juga.Cerita ni mengisahkan seorang perempuan Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berkahwin dengan Jejaka dari Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) yang datang ke Negeri Sembilan untuk melangsungkan majlis perkahwinanya dengan Wanita tersebut.Jadi tiba di hari yang di tetapkan rombongan lelaki tersebut sampai dan menetap di Hotel yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari rumah pengantin perempuan.Dalam cerita ni ada juga lah kebaikan dan keburukan nya.Yang mana perkara tidak logik adalah Pengantin lelaki yang tersilap rumah.Kerana pada waktu tersebut ada juga pasangan yang melansungkan perkahwinan.ntah cam mana boleh tersalah masuk dan siap bersanding tengok2 orang lain.aduish..Kalau biasanya,wakil dari pihak pengantinperempuan akan menjemput pengantin lelaki yang mana menetap di hotel untuk datang ke rumah pengantin perempuan.Dan paling tidak pon rombongan pengantin akan menetap di kampung berdekatan.Jadi pada waktu malam,Pengantin lelaki akan di ajak untuk makan malam dan beramah mesra dengan ahli keluarga.Bagi aku wan dia tuh memang syadid (berprotokol) gak.sebab tak bg jumpa suami dia padahal orang dua2 ni dah berkahwin.Jadi tak dak masalah lah nak berjumpa.Tapi rasanya tak dak adat dalam masyarakat negeri sembilan cam tu.Kalau ada pon,sebahagian.Dan lagi satu,Pengajaran yang aku dapat,jangan terlalu mengikut adat.Sebab adat ini adalah peraturan yang di cipta oleh Manusia.Jadi kita sebagai manusia boleh ikut dan boleh tinggalkan.Contonhya,Wan dia ni terlalu nak sangat cucu dia ni bersanding.Pada hal dah petang dah,Orang dah tak ada dah.Tu pon ank juga cucu dia bersanding.Adoi.Kalau aku dari awal-awal dah cakap dah dengan mak aku :"Mak,iskandar sok kalau kawin tak nak sanding do..buek ringkas2 jo.Panggil orang buek kenduri doa solamat dah.sonang.Duit pon tak banyak kluar.Leh buek boli umah ko,Poi Umrah ko"..Lantas Omak aku berkato " Baguih tuh,Buek ala kadar jo"..haaa.mak aku yang di sayangi pon dah cakap cam tuh.Lesen Bosar tuh..
    So..dari sekarang aku dah simpam dalam kepalo ni Kawin sok buek majlis kocik2,Tak nak borsanding,Sobab tak nak membazir.Sebab banyak lagi perkara yang boleh di gunakan lepas tuh.Kalau kahwin je belanja dah RM 777,777,77.77 Bape kali kita boleh g Umrah dan Haji.Berapa banyak pahala kita dapat dah.Sedekah untuk buat Masjid,Buat rumah anak yatim,Fuhhh!!!..Saham kat akhirat tuh.Kat Akhirat nnt dah berapa banyak kita untung.berapa banyak papan saham dah kita beli.Tapi tu lah,Manusia tidak memikir kan benda yang di hadapan.Tetapi mereka hanya memikir kan benda yang merekada hadapi.Dengan alasan,Kawin ni je lah sekali dalam hidup.OIT!!!kejap2..jangan cakap cam tu bro.Kalau kita buat majlis dengan harga yang tinggi lepas tuh cerai,lepas tuh kawin balik,Tak ke merasa kawin dua kali.Kalau tak cerai pon Allah takdir kan dapat lagi satu rezeki,tambah lagi satu,tak ke tu kawin dua kali ??jadi tak perlu lah nak membazir.Allah tak suka pada orang yang membazir.Bahkan Allah menegaskan dalam Al-Quran bahawa orang yang membazir ni kawan dan saudara dengan syaitan.Tapi tu lah kita,Bila kawan kita cakap, " Ko ni kawan anjing ah!!"..agak2 nye mahu penampar jepun hinggap kat muka kawan tuh.Tapi kita tak sedar yang kita ni memang dah saudara ngan syaitan..aduih..aku harap bende nii tak de lah kita pikir2 kan sama2.sama kita nasihat.Sebab manusia ni memang jenis pelupa.Kalau tak di ingatkan maka akan lupa sampai bila2.Dan aku pon perlu di ingatkan.Bukan lah bermakna aku ni menasihati jadi nya aku tidak perlu di nasihati.Jadi sama2 dalam berbuat kebaikan.InsyaAllah.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 4:34 PM   5 comments
    Malam Cak Kun Cak
    Friday, May 8, 2009
    Bismillah Wasolatu Wassalamu 3ala Rosulillah Wa 3ala Alihi Waman walah.
    Hari ini hari Jumaat malam sabtu.Biasanya kalau sewaktu di PLKN dulu malam ini di namakan malan cak kun cak.Sebab cuti.Jadi pelatih di benarkan untuk ke mana2 yang dia suka.Tapi bukan fly lah.Maknya dia boleh g Duk dalam berek,lepak-lepak,G minum kat warong dalam kem ke,paling best dua bende nih ( Dating dan Karaokey)..Penuh kat tepi jalan tuh orang berpasangan ini duduk.


    Biasa lah.3 bulan takkan nak lepas kan peluang begitu saja.Paling kurang ada pengalaman manis yang boleh di bawa pulang.Huaaaa..
    Teringat waktu nama aku di panggil sewaktu ada kelas,aku di arahkan datang ke Pejabat kerana ada urusan.Aku pon pergi.Kemudian aku di beritahu surat pemohonan penangguhan latihan di benarkan kerana alasan time tuh nak amik STAM.Tapi last2 sampai kek Morocco.Tapi alhamdulillah.Bersyukur sangat2 aku time tuh sebab di beri penangguhan untuk latihan.Sebab aku tak tahan sangat untuk berada dalam kem tersebut.Biasa lah aku ni bukan jenis yang kaki Cak Kun Cak.Tapi aku ni jenis yang boleh masuk dalam semua kelompok masyarakat.Alhamdulillah.Allah bg aku kelebihan boleh masuk dengan semua orang.tak kira lah Mat rempit ke,Orang tua ke,Muda ke,Mudi (kurang).hehe.
    Bila teringat balik masa latihan best gak.haha..biasa lah.kalau di PLKN ni terkenal dengan istilah Couple kontrek 3 bulan.Time latihan je bercouple,bila dah habis masing2 bawak hala tuju masing2 lah.Dan aku tidak terkecuali.Tapi aku bukan lah bercouple,tapi ada orang yang nak.....tapi aku tak penah lah buat..sebab aku duk PLKN dalam sebulan lebih je.Ada juga lah yang bg nombor talifon dia suh aku call time balikTapi aku tak penah layan pon.aku buang je lepas tuh.(Bajet baik dan thiqah)..Adui..Masalah betul time muda-muda dulu.


    Apa pon,kalau lepas ni di beri peluang untuk menyertai PLKN,sungguh aku akan menolak nya.Sebab banyak lagi perkara yang aku nak buat.Masalah negara lagi,Masalah keluarga lagi (ceh).Apa pon,bg pendapat aku.PLKN bagus.tetapi modulnya perlu di tukar.Dan di asingkan antara Lelaki dan perempuan.Kerana kita buat PLKN untuk mengatasi masalah sosial.Tapi kalau dalam PLKN dah di hidangkan dengan benda ni rasanya ianya kurang berjaya.Ni adalah pendapat aku.Tidak kena mengena dengan politik mahupon orang ramai.Akhir kata.Majulah Agama untuk Dunia dan Akhirat.
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:02 PM   0 comments
    Sihat VS Sihat
    Wednesday, May 6, 2009

    Bismillah wassolatu Wassalamu 3ala Rosulillah..
    Sekarang ini kita asyik dengar pasal sakit.Ada yang sakit jenis b
    erbahaya ada yang jenis tak berbahaya..Tapi dia doa agar di jauhkan dari semua sakit yang membawa kemudaratan kepada kita.Tapi kita tidak boleh untuk menolak secara total kerana Allah menjadi kan sakit itu menyedarkan kita dan menghapus kan segala dosa-dosa kita yang telah lampau.Sekarang ini kita dengar tentang sakit selesema B*B*.Bila dengar pon kita dah takut.Memang B*B* ni biasa nya membawa mudarat kepada kita.Tapi alhamdulillah setakat ini tiada lagi kes di Malaysia.Doa agar Malaysia di jauhkan dari segala penyakit.Itu lah hikmah dari pengharaman Makhluk Allah ini.Sebab ianya banyak membawa mudarat kepada manusia.Tapi manusia ni biasa lah.apa yang di larang itu lah yang nak di lakukan.Semalam baru aku pulih dari demam.Lenguh2 badan masih lagi terasa.Tapi alhamdulillah lepas makan ubat tidor kejap dan terus berpeluh di campur dengan cuaca yang kian panas di Morocco ini membuat kan aku senang sekali berpeluh sewaktu tidor.Walaupon kini belum lagi masuk musim panas sepenuhnya tetapi bahangnya sudah pon terasa.Malam pon susah nak tidor.kadang2 tido lepas subuh.tambah2 lagi subuh sekarang ni masuk pukul 3.50 pagi.kadang2 terus je sampai subuh baru tido.tak pa lah.Ni adalah tahun akhir aku merasakan musim panas di sini.InsyaAllah.Dan peperiksaan kini sudah sampai di gerbang pintu masuk Universiti Ibnu Tofail.Dan kelas Ustaz Ziadi telah pon berakhir.Sebab beliau akan berangkat untuk rehlah ilmiah.(katanya).


    Qasim el-Idrisi.Banyak jasa dia kat orang melayu.Tolong ajar dalam pelajaran.Apa pon Qasim,Ana antadhirukum fi malizia.La tansa..Thisolli ana ba3da wasalta fi malizia.sofi?(Qasim hajat nak datang Malaysia lepas habis Master)..Masyi Musykil qasim.marhaba ila biladika thani.

    Ustaz Mujibullah yang telah selamat sampai di Malaysia..Ustak Jie.Jange lupo pesa kawe.
    Hantar kad..


    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 5:02 PM   1 comments
    K.E.R.A.M.A.I.A.N
    Sunday, May 3, 2009
    Bismillah wassolatu wassalamu 3ala Rosulillah.

    Hari ini telah di adakan majlis perpisahan buat dua orang ustaz ( i)Ustaz Mujibullah (ii) Ustaz Abdullah Bin Abdul Razak yang mana mereka berudua ni telah menamatkan pengajian mereka di Universiti Ibn Tofail kenitra.Cuaca pon ikut turut serta dalam majlis ini..Mula-mulanya cuaca agak terang tetapi apabila Ustaz Muji dan Ustaz Abdullah menyampai kan ucapan maka cuaca pon turut berubah seolah2 mengangisi kepulangan dua orang ustaz ini.Apa pon,Semoga Ustaz Muji dan Ustaz Abdullah akan terus istiqomah dalam mempelajari ilmu Allah ini.kerana habisnya ijazah bukan bermakna habis lah pengajian kita.Tetapi bermula lah tanggungjawab kita di tanah air.InsyaAllah..
    p/s : Ustaz Muji dan Ustaz Loh..jangan lupa kad jemputan..kawe pon teringin gok nak make nasi minyok..kok tok sir make nasi minyok nasi kerabu pon kawe boleh ja..


    Ustaz Loh tersenyum kambing bila di tanyakan "Bilo nok kawen nih??"

    Ustaz Mujibullah kelihatan sibuk sikit hari ini.Flight kul 10.00 Pagi kena tolak Casablanca Aeroport kul 2.30 Pagi..sibuk..sibuk..

    Tuan rumah abou Temman hari ni dapat langkah kanan..hajat datang nak kutip Sewa rumah tapi datang-datang dapat dua sekali..(Sewa Rumah dan Makan).Alhamdulillah..
    Seorang tuan rumah yang baik.jika nak di bandingkan dengan tuan rumah aku.Bayaran nak mahal je.Tapi rumah hancur.eh..tersasul lak..

    oklah.Jumpa di entry yang lain..Bissihah.selamat pulang ustaz Mujibullah.Ingat pesan ana.Doa orang musafir maqbul oleh Allah..Doakan ana kat sini lulus tahun akhir ni dan dapat zaw**h.

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:11 PM   2 comments
    :: Bakal Meninggalkan Morocco::
    Saturday, May 2, 2009



    Bismillah Wassolatu Wassalamu 3ala Rosulillah.


    Seperti Biasa lah setiap pertemuan ada perpisahan,yang patah akan tumbuh kembali.Begitu lah lumrah dunia dan kehidupan..Minggu ni seorang dari sahabat ana akan pulang ke Tanah air.Ustaz Mujibullah Bin Mohd Nawe.Selama 3 tahun perkenalan dengan beliau banyak yang di pelajari dari beliau.Dulu masa baru sampai,beliau salah seorang dari pada senior aku.Kire tahun pertama beliau tahun kedua.Kire orang lama jugak lah di sini.Orang yang pertama sekali menegur ku ketika baru sampai di kenitra.Ingat ketika tuh semua tengah sibuk-sibuk pasang khemah sebab esoknya ada majlis rumah terbuka sempena hari raya.Sedar tak sedar masa pon dah berlalu.Ustaz Mujibullah pon dah nak pulang ke Malaysia.Gina lah rasanya ustaz-ustaz yang terdahulu ketika habis belajar dan mendapatkan ijazah dan nak pulang ke Malaysia,sudah tentu banyak pengalaman yang mereka akan tinggalkan bersama rakan-rakan mereka.hurm..nak buat camna.Tanggungjawab di malaysia banyak lagi dan orang Malaysia yang dahagakan ilmu wajib kita beri mereka sedikit ilmu yang di pelajari di sini.Apa pon esok majlis perpisahan.Dan aku pon di sini dah tak sampai 3 bulan lagi.Kejap je rasanya.Dah nak pulang ke tanah air.Harap-harap segala ilmu yang aku tuntut di sini boleh di kongsi di malaysia.insyaAllah.Itu lah azam aku.Ingin mencurahkan segala ilmu yang aku ada di tanah air.Ingat pesan ayah ku " Ekau belajar agamo ini,ingat,jangan sombong ngan orang.sok-sok dah berjayo ilmu ko tuh jangan di lotakkan hargo,masyarakat kampung jahil ni yang ko kono botolkan pemikiran nih.Jangan ikut cakap orang jom,Botolkan niat belaja kerana Allah bukan sobab nak duit sok bilo ngajar orang mintak duit dulu." Kata-kata tuh masih aku ingat dan akan aku genggam sampai bila.insyaAllah.


    Maso ni muko semuo baik2..sobab tahun pertamo kek Morocco.Skang ni dah tahun 3..camno lah eh muko masing2..semuo dah berubah.den sorang jo masing maintain.hehe..

    Tgk di Rasyad..Dulu tak do Jambang.skang ni bojambang..Betul tak..aku masih maintain kan??Tak gomok tapi makin kurus.alah..(bilo lah nak gomok nih).

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 5:54 PM   1 comments
    Keliru Mencari Jawapan..
    Friday, May 1, 2009
    Asslamualaikum.
    Bismillah Wassolatu wassalamu 3ala Rosulillah Wa 3ala Alihi Wa man walah..
    Tengah Blur mencari jawapan untuk hidup ini g jalan2 kejap untuk mencari ketenangan.Mudahan Allah permudahkan segala urusan.insyaAllah.Semoga Allah memberi jawapan yang terbaik untuk aku.insyaAllah..


    "Atok tiap2 potang datang sini amik ketonangan,sojak wan ko dah tak do, kek sini lah tompek atok rehatkan minda,mano tau jumpo jodoh kek sini.."


    "Apo lah nasib kito ni labu.ko ado caro lain nak kayo copek??"



    Ramai orang salah anggap..dan ramai hantar emel kat aku.suruh cerita pengalaman aku di belajar di Madinah Munawwarah ( dar Hijra).aku tau lah permohonan aku ke sana dulu tak di terima jangan lah aku di keji sebegitu (emo lak).tapi tak pe.aku layan juga lah.Cerita aku belajar di Madinah el-Qunaitoroh.Janji Madinah jugak.Bile tgk muka orang arab je dalam pikiran dorang ( Mesir,Jordan,Saudi -Madinah- Mekka) Maghribi tak da ke??
    Ada juga orang tanya aku,Morocco dengan maghribi jauh tak??aku cakap dekat je..cam Dari Ghombau ke Ghombau ( Rembau ke Rembau) lopeh tuh dia tanya camno lak tuh? aku cakap lah Maghribi tuh dekat Morocco.Die tanya balik yelah..jauh camna??aku cakap Maghribi ialah Morocco,Morocco adalah Maghribi.Maghribi dalam bahasa Arab,Morocco bahasa Omputih.
    Dan soalan cepu emas..Orang morocco kulit hitam kan??aku senang je.."alah mana2 negara pon ada gak orang kulit hitam"Bila dorang dengar Morocco mix dengan sepanyol baru dorang terconggok ( Tercengang).lepas tuh mula lah tanya Lawa tak arab Morocco..soalan yg aku tak jawab sampai sekarang..




    P/S:Mintak maaf lah..dah lama tangan ni tak memegang kamera.payah skit skang ini.InsyaAllah.lepas selesai semua urusan,insyaAllah tangan ku akan memegang kembali kamera.hehe..(cam sebelom ni gambar lawa je.perasan tol lah)
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 7:03 AM   1 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com