ARREMBAWI

 
    Syahal Sa3ah Dhaba


    Berhubung

    Jalinan
    Borak Baik-Baik



    Pelawat
    IKLAN TAK BERBAYAR
    Diyalna.com Commercial Ehoza.com - Global Information Community Photobucket
    Other things
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
    Negaraku yang tercinta.
    Thursday, July 17, 2008
    Malaysia Negaraku yang tercinta

    Assalamualaikum
    Selawat dan salam keatas junjungan besar Sayyiduna Muhammad dan ke atas ahlil bait baginda,selawat dan salam ke atas sahabat-sahabat baginda dan juga mereka yang meneruskan dakwah Rasulullah ini sehingga hari kiamat..

    sempena hari-hari yang menanti ini ku akan bentangkan sebuah syair arab yang di nuqilkan oleh seorang penyair yang masyhur di lubnan iaitu Ilya Abu Madiy.Beliau seorang nasrani.tetapi di lahirkan di lubnan pada tahun 1891..dan apa yang mengakagumkan saya adalah syair beliau yang bertajuk Biladi atau pon Negaraku...


    إني مررت على الرياض الحالية
    و سمعت أنغام الطيور الشادية
    فطربت لكن لم يجب فؤادية
    كطيور أرضي أو زهور بلادي

    و شربت ماء النيل شيخ الأنهور
    فكأنني قد ذقت ماء الكوثر
    نهر تبارك من قديم الأعصر
    عذب و لكن لا كماء بلادي

    و رسمت يوم صورة في خاطري
    للحسن إن الحسن رب الشاعر
    و ذهبت أنشدها فأعيا خاطري
    حتى نظرت إلى بنات بلادي


    begitulah menariknya kata-kata yang di sampaikan oleh ilya abu madiy dalam syairnya yang mana mengatakan tentang keindahan dan keagungan negaranya sepeti contoh:
    "Aku telah minum air sungai Nil sungai yang paling tua,
    seolah-olah aku telah merasai air kauthar,
    sungai yang mempunyai barakah daripada masa yang lampau,
    masin tetapi tak serupa dengan air di negaraku"

    begitulah perasaan penyair kepada negaranya.walaupon negara lubnan tidaklah secantik di mesir tetapi beliau tetapi menyanjungi negara beliau..beliau menggunakan bahsa yang paling mudah di fahami oleh orang.tidak banyak menggunakan majaz.hanya terdapat sedikit sahaja di dalam bait syairnya..

    semoga negara kita di pelihari dari segala bencana dan kerosakan amien..


    yang benar..

    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Universiti Ibn Tofail,kenitra Morocco
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 2:20 PM   0 comments
    ::Jalan-jalan cari pengalaman::
    Saturday, July 12, 2008
    Jalan-jalan Cari Pengalaman

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

    Sebagai tatapan untuk semua ana akan paparkan gambar kenangan yang telah ana ambil semasa berada di Fes.untuk pengetahuan semua Fes baru sahaja menyambut Ulang Tahunnya yang ke 1200 tahun.herm..lamakan..oleh itu fes di namakan bandar purba.Fes ini mempunyai dua bandar iaitu Madinah Qadimah (Bandar Lama) dan Madinah Jadidah ( Bandar Baru).Gambar di Bawah menunjukkan pemandangan di Madinah Jadidah.

    Pemandangan Di bawah pula menunjukkan pemandangan madinah Qadimah (Bandar Baru)..di dalamnya terdiri daripada Batu-bata dan juga rumah-rumah utk peniaga -peniaga dan juga yang paling penting di dalamnya terdapat juga tempat pembuatan barangan Kulit.Contohnya Beg tangan,Baju kulit,Kasut dan juga pelbagai barang yang di buat dari Kulit..


    Di Bawah ni pulak Pekerja sedang menjemur kulit yang telah di proses untuk menjadikan barangan kulit.mungkin lepas ni kulit ni akan di jadikan beg tangan,baju atau jaket..

    semoga memperoleh manfaat dari gambar yang telah di uploadkan..insyaallah..gambar yang lain akan di uploadkan lagi..insyaAllah.

    Yang Benar
    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 3:49 PM   0 comments
    Mengembara
    Tuesday, July 8, 2008
    Mengembara Ke Fes

    Allah Telah Berfirman dalam surah Al-hajj ayat ke 46 yang mafhumnya berbunyi:

    Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.(al-hajj-46)


    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 6:43 AM   0 comments
    Penyakit Ujub
    Saturday, July 5, 2008
    Semakin Tinggi Ilmu,Semakin Riak dan Takabbur

    Assalamualaikom

    Saya mulakan penulisan saya kali ini dengan sepotong hadith dari Umar Al-Khattab.

    عن أمير المؤمنينَ أبي حفصٍ عُمَرَ بن الخطابِ رضى الله عنه قال سَمِعْتُ رسول اللهِ صلى الله عليه وسلم يقول : إنما الاعمالُ بالنيِّاتِ وإنما لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَاتَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورسولِهِ ومن كانت هِجْرَتُهُ لِدُنْياَ يُصِيْبُهاَ أَوِ إمْرَأَةٍ يَنْكِحُهاَ فَهِجْرَتُهُ إِلىَ مَا هَجَرَ إِلَيْهِ. رواه البخاري و مسلم
    Mafhum Hadith:

    Dari pemimpin orang mukmin, Abu Hafsin, ‘Umar bin al-Khatab (r.a) telah berkata: Aku telah dengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : “Sesungguhnya setiap amal-amal perbuatan/pekerjaan tertakluk/tergantung dengan niat-niat dan bagi setiap seseorang berdasarkan kepada apa yang telah diniatkan, maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya kerana Allah dan RasulNya dan sesiapa yang berhijrah kerana untuk mendapat keuntungan dunia atau disebabkan wanita untuk dikahwini maka hijrahnya kepada apa yang telah dihijrahnya. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

    sekiranya kita membuat satu penelitian terhadap hadith yang telah Rasululah sabdakan maka kita akan dapat ketahui bahawa setiap amalan bergantung kepada niat sesorang.tidak di nafikan kita tidak mengetahui niat seseorang itu tetapi ianya dapat di zahir dengan perbuatan contohnya apabila dia bersedekah dia tidak menunjuk-nunjuk dan tidak mengunkit-unkit amalan yang telah di lakukan.itu lah yang di namakan Amalan yang ikhlas.
    Imam Ahmad dan al-Syafi’e pula menyatakan : “Termasuk dalam hadith tersebut satu pertiga ilmu kerana usaha hamba adalah kombinasi/gabungan antara hati, lidah dan anggota, maka niat dengan hati merupakan salah satu dari tiga kombinasi tersebut”.Imam Ahmad dan Assyafie mengatakan bahawa niat merupakan elemen dan penyertaan antara Hati,Lidah dan Anggota.Hati berperanan sebagai menyatakan niat yang akan kita lakukan manakala lidah mengucapkan apa yang telah di niatkan hanya kerana Allah manakala Anggota adalah melakukan segala yang telah kita niatkan.

    Realiti zaman sekarang penyakit syirik Kecik ini terlalu di pandang enteng dan remeh oleh sebahagian kita,tidak kurangnya juga pelajar yang belajar ilmu agama.meraka merasakan diri mereka terlalu hebat sehingga sanggup memperlekehkan ulama.dan ada juga yang belajar dan pergi ke kelas talaqqi hanya bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai bahawa beliau seorang yang rajin ke kelas.tetapi bukannya atas tujuan ikhlas dan untuk mendapatkan keredhaan dari Allah.walaupon pada batinnya kita tidak ketahui niat asal nya.tetapi dengan anggotanya beliau menzahirkan sifat nya..na3uzubillahi min zalik.ketahuilah bahawa setiap amalan yang di lakukan hanya bertujuan untuk mendapat pujian dan pandangan tinggi sesungguhnya Allah tidak menerima pon walau sebezar zarah berdasarkan hadith Rasulullah

    عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال، قال الله عز وجل : أَناَ أَغْنَى الشُّرَكاَءِ عَنِ الشِّرْكِ فَمَنْ عَمِلَ لِيْ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيْهِ غَيْرِى فَأَناَ مِنْهُ بَرِيْءٌ وَهُوَ لِلَّذِي أَشْرَكَ. رواه إبن ماجة

    Dari Abu Hurairah (r.a) sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) berkata: Allah (s.w.t) telah berfirman : Aku adalah sekutu yang paling kaya dari pensekutuan, maka sesiapa yang melakukan amalan mensekutukan padanya selain dariKu. Maka Aku suci darinya.

    Apa yang di maksudkan oleh Menyekutu adalah Sifat Riak dan takabbur.oleh itu kita sebagai pelajar yang mempelajari Ilmu Agama hendaklah membetulkan Niat kita Kerana Allah dan bukanlah untuk mendapatkan ilmu supaya kita boleh riak dan berbangga dengan ilmu yang kita ada.

    Begitu juga dalam hal ibadah kita.kita melakukan ibadah hanya untuk memperlihatkan kepada orang lain bahawa kita adalah seorang yang rajin beribdah dan pergi ke masjid misalnya.supaya orang tau bahawa kita ni adalah baik dan seorang yang kuat beribadah.ingatlah Allah telah melaknat orang yang beribdaha semata-mata untuk memperlihatkan kepada orang akan ibadahnya.sebagaimana firman Allah dalam surah Al-ma'uun ayat 4-6

    فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّيْنَ اَلَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُوْنَ. اَلَّذِيْنَ هُمْ يُرَاؤُوْنَ

    Maksudnya:
    Celakalah bagi orang yang sembahnya.mereka yang sewaktu mendirikan sembahyang dalam keadaan lalai.meraka melakukan sembahyang untuk di lihat akan ibadahnya.

    itu lah Firman Allah.mereka yang melakukan ibadah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk bahwa dia adah seorang yang taat pada perintah Allah..ingatlah walaupaon ada di kalangan rakan kita yang melakukan ibadah kurang tetapi amalan meraka di terima oleh Allah atas dasar niat meraka..Ya Allah..jadikanlah niat aku di kalangan niat Hamba mu yang ikhlas.dan bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dalam beribadah..amien..

    Akhir sekali saya tinggalkan dengan mafhum hadith.moga-moga kita yang sedang belajar ini dapat memperbetulkan niat kita.insyaallah.

    Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu? Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia. Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan. Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu? Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak. Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku. Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.Allah berfirman, “Benar hambaku. Dia pun dihantar ke syurga.(HR. Thabrani)

    Yang Benar
    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid

    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 4:39 AM   0 comments
    ::Erti sebuah persahabatan::
    Thursday, July 3, 2008
    Erti sebuah Persahabatan

    "cepatlah..nanti tak dapat makan"

    Assalamualaiukum..
    Sabtu yang lepas ku telah mengunjungi sahabat ku yang jauh di Fes yang telah agak lama juga tidak ku lawatinya kerana masing2 sibuk dengan peperiksaan dan sebagainya..oleh tu aku mengambil peluang untuk bercuti ke sana..dan telah lama juga ku tidak meng'update' blog ni.hari ni terasa ringan jari ini untuk menulis satu artikel tentang erti sebuah kawan..
    Di sana (Fes) aku telah kenal erti sahabat yang sejati dan bukan sahabat yang hanya di mata kita sahaja baik tetapi di belakang menjadi "Gunting dalam Lipatan" atau bila menghadapai kesusahan mencari dan memerlukan kita tetapi apabila senang menjadi lupa..itu lah kenyataan yang memang tidak dapat di ubah kerana itulah mauqiq atau realiti di zaman kini..contohnya kita dalam masa kita menuntut ilmu atau kita menuntut di sebuah universiti di luar negara.oleh itu para guru2 bukan lah bertutur dalam bahasa Melayu tetapi mereka bertutur dalam bahasa Inggeris,Arab,Perancis.oleh itu sudah pasti kita amat sukar untuk mendapatkan isi penting untuk mata pelajaran nya..kemudian tibalah waktu peperiksaan sedangkan kita tidak memahami satu habukpon mata pelajaran yang kita belajar.oleh itu kita akan berpusu2 mencari kawan-kawan atau menggunakan peluang untuk meminta nota dari kawan kita itu..mereka yang amat memahami kita akan membantu kita dalam pelbagai sudut mahupon kita hanya bercakap dengan mereka sekali sekala sahaja..namun mereka tetap menyanjung kita sebagai orang asing..tetapi apabila keputusan peperiksaan telah keluar dan natijah nya kita berjaya kita akan serta merta lupa akan jasa kawan kita tersebut..apabila di ajak untuk beraktiviti sebagai untuk mendapatkan kenangan kita tolak.apabila meraka datang ke rumah kita,kita lari.dan kita heboh dengan kawan2 lain yang kita tak suka berkawan dengan arab dan kita bagi pelbagai alasan yang bodoh.adakah itu sahabat yang kita cari selama ini???sungguh bertuah bg sesiapa yang mempunyai kawan seperti itu...
    Di Fes aku telah berjumpa dan berkawan dengan Muhammad Abduh seorang yang berasal dari Sudan..walaupon kulit mereka hitam tetapi aku dapat melihat hati mereka yang putih.dengan layanan dan gurauan yang mereka berikan..walaupon hanya beberapa minit sahaja aku berkenalan..berbeza dengan orang malaysia..kita memerlukan masa untuk berkenalan..bahkan ada yang paling teruk, mereka hanya memandang muka dan paras muka untuk berkawan..Astagfirullah..aku berlindung dari mu Ya Allah dari perasaan riak dan takabbur..kerana paras wajah ini kau berkuasa terhdapat segalanya.Teringat pula pada kata2 Imam Assyahid Hassan AlBanna di dalam berdakwah:
    "Jadi lah kamu dalam berdakwah ini seumpama sebuah Pokok yang lebat buahnya.Tetapi orang lain membalingnya dengan batu tetapi pokok tersebut menggugurkan nya buah"
    subhanallah..itulah nasihat Imam Hassan Al-Banna.kita boleh juga ambil nasihat tersebut dalam kita bersahabat ini..
    "Tidak berIman sesorang sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana die menyayangi dirinya" .Mafhum dari hadith Rasulullah..hadith ini adalah hadith yang masyhur.kita selalu menggunakan hadith ini tetapi adakah kita melaksanakan??jangan cakap tak serupa bikin..itu lah kita dalam kehidupan seharian.hanya pandai bercakap menggunakan dalil dan hadith tetapi di dalam hati busuk.mempunyai perasaan riak terhadap rakan-rakan sendiri yang ingin meunjukkan dirinya hebat.takkabur dengan perasaan diri sendiri..Astagfirullah..aku bermohon dari perkara syirik ini Ya Allah.semoga kau ampuni diri ku ini dari perkara syirik yang tersembunyi ini..amien..semoga Allah menjadikan kita di kalangan sahabat sejati dan menjadikan kita di kalangan hamba nya yang menuntut ilmu dan mengejar ilmu kerana Allah taala dan bukanlah sebab untuk mendaoat nama atau mendapat pujian di dunia ini.amien..

    al-faqir ila Rabbihi
    Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    posted by Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid @ 2:56 AM   0 comments
    Tuan Rumah

    Name: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid
    Home: Kenitra, Morocco
    About Me: -Lahir di Hosp Tampin,menetap di Kg Bongek Tengah,Rembau Negeri Sembilan,Sekarang di Univ Ibn Tofail,Kenitra Morocco..
    See my complete profile
    Diri Ku
    Nama di beri Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid arrembawi Assyafie.Arrembawi menandakan saya dari daerah Rembau negeri sembilan dalam bahasa Arab huruf "Ya" menandakan ya nisbah yang mane menisbahkan dirinya kepada sesuatu.contohnya malizie."zie"adalah huruf Ya menandakan dia adalah dari Malaysia.ada pon Assyafie menandakan diriku ini adalah bermazhab syafie.bukan lah menandakan saya adalah seorang yang taasub mazhab.di lahirkan di Hospital besar Tampin negeri sembilan.Dan Menetap di Kg Bongek Tengah Jalan Masjid Lama Rembau Negeri sembilan .Pernah Menuntut ilmu di Tadika Kemas Kg Bongek Tengah kemudian di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Dan sewaktu Tingkatan 1 merupakan perjalanan ku yang pertama dalam dunia nih.aku berkenalan dengan seorang Ustaz lepasan dari Mekkah yang Bernama Ustaz Hj Rosli Bin Saleh. Beliau merupakan Anak murid kepada Tuan Guru Haji Ali yang mana merupakan Mudir Di Pondok Siliau.Ustaz Hj Rosli menuntut di Mekah bertalaqi dengan seorang syeikh di Masjidil Haram. Dan Kemudian Di Sekolah Menengah Rendah Agama Rembau dan selepas PMR melanjutkan pelajaran ke Maahad Ahmadi Gemencheh Negeri Sembilan Darul Khusus,dan Selepas SPM aku melanjutkan pelajaran ke University Of Ibn Tofail Morocco
    Artikel
    Archives
    Tautan Sahabat
    My Family
    Tautan Akhawat
    Sahabat Lain Negara
    Photographer and My Friend
    Powered by

    BLOGGER

    © 2005 ARREMBAWI Blogger Templates by Isnaini Dot Com